Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Sunday, November 03, 2013

Setiap manusia perlukan motivasi berterusan

Insyaallah,...ulasan buku2 tulisan Prof Dr Muhaya yang terpilih akan menyusul untuk projek 2014.

Tuesday, October 29, 2013

GRADUATE EMPLOYABILITY BOOT CAMP 2013

Pendedahan mengenai kriteria yang perlu dikuasai oleh setiap graduan bagi mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kehendak industri berjaya didedahkan melalui penganjuran Graduate Employability Boot Camp 2013 oleh Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), Universiti Utara Malaysia (UUM), pada 7-9 Oktober 2013 yang lalu.
 
Pengarah CUIC, Prof Madya Dr Hartini Ahmad, berkata graduan perlu mempunyai pengetahuan mengenai latar belakang organisasi, nilai dan budaya kerja yang diamalkan sebelum terjun ke industri pekerjaan yang dipilih.
“Program ini merupakan platform terbaik untuk graduan khususnya mahasiswa tahun akhir mempersiapkan diri untuk menghadapi budaya kerja dan cabaran yang bakal ditempuh semasa bekerja nanti,” katanya.
Antara syarikat yang terlibat pada program yang berlangsung selama tiga hari tersebut adalah Mydin Mohamed Holdings Bhd, Tan Chong Motor Holdings, Malaysian Retailer Chains Association dan EMKAY Group.Hartini berkata, pihaknya mengadakan program tersebut bagi memberi peluang kepada mahasiswa daripada pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menghadiri latihan dan temu duga secara terus dengan syarikat terbabit.
“Latihan yang diberikan bertujuan untuk memperkenalkan organisasi, peluang pekerjaan yang ditawarkan, kehendak industri pada masa kini serta pelbagai informasi yang berguna untuk diterapkan ke dalam diri peserta sebelum memasuki dunia pekerjaan.
“Peserta yang menepati kriteria dan memenuhi kehendak industri akan diambil bekerja di syarikat yang berkenaan,” katanya ketika ditemui pada program tersebut.
Turut berkongsi pengalaman, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Multimedia UUM, Muhammad Azhari Mustafa, berkata program ini dapat membantu bakal graduan memperoleh pekerjaan sebelum tamat pengajian.
“Saya tidak melepaskan peluang ini kerana ia merupakan cara terbaik untuk saya memulakan usaha  mencari kerja sebelum bergraduasi. 
“Sekarang, bukan mudah untuk kita dapatkan pekerjaan kerana persaingan yang sengit. Jadi, program ini dapat mencungkil kebolehan yang ada dalam diri peserta sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan nanti,” katanya.  
Dalam perkembangan yang sama, UUM telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai peneraju Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) bagi sektor pemborongan dan peruncitan dengan dua fokus utama iaitu Perkongsian Teknologi dan Pembangunan Modal Insan. 
Perkongsian Teknologi bertujuan meningkatkan pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) zon utara manakala Pembangunan Modal Insan menyediakan empat jenis latihan kepada mahasiswa iaitu latihan industri, program praktikum berstruktur, pembangunan bakat dan Training of Trainers.
Selain itu, CUIC sebagai sekretariat dan ketua pelaksana ICoE di peringkat kementerian dalam dua sektor tersebut turut berperanan di peringkat antarabangsa bagi mengenalpasti peserta yang berpotensi untuk diserap ke industri.



ADAPTASI DAN IHSAN DARIPADA:

 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT UUM

Wednesday, October 09, 2013

Anugerah mata untuk kita .....

 "Mata bukan segala-galanya, tetapi tanpa mata segala-galanya tidak lagi bererti," itu yang diperkatakan pada Ceramah Kesihatan Mata Menyeluruh anjuran Persatuan Wanita (SUTRANITA) Universiti Utara Malaysia (UUM),  baru-baru ini.

Menurut yang Dipertua SUTRANITA UUM, Datin Norhayati Nazri, program ini merupakan inisiatif yang baik untuk memberi pendedahan kepada warga kampus dan ahli Sutranita khususnya berkaitan kepentingan penjagaan mata.

Katanya lagi, pihaknya akan  memperbanyakkan aktiviti sebegini di masa akan datang untuk memberi pendedahan awal kepada mereka.

“Program ini sangat baik sebagai platform untuk memberi  ilmu dan pendedahan awal berkenaan penjagaan mata yang betul.

SUTRANITA akan memperbanyakkan lagi aktiviti yang akan memberi manfaat bukan sahaja kepada ahli SUTRANITA tetapi kepada warga kampus secara keseluruhannya,” katanya.

Sementara itu, Pakar Perunding dan Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Datuk Dr Haslina Mohd Ali, berkata tahap keprihatinan masyarakat tentang penjagaan mata masih lagi berada pada tahap yang rendah.

“Masyarakat kita masih kurang membaca dan kurang ambil tahu tentang kesihatan mata dan banyak bergantung kepada maklumat dari mulut ke mulut tanpa ada fakta saintifik.

Hal ini bukan saja boleh memudaratkan mata dalam jangka panjang tetapi juga boleh mengakibatkan kebutaan,” katanya

Katanya lagi, kekurangan pengetahuan akan menyebabkan masyarakat kurang berusaha untuk meningkatkan penjagaan mata secara optimum walhal ia adalah pancaindera yang amat berharga kepada kualiti kehidupan manusia.

“Kita mesti tahu apakah keadaan mata kita supaya kita dapat mengambil langkah-langkah yang sepatutnya sekiranya berlaku simptom masalah mata.

“Selain itu, kita juga boleh melakukan langkah-langkah pencegahan untuk menjaga kesihatan mata iaitu menjaga pemakanan, tidak merokok dan menjaga kebersihan mata khususnya bagi pengguna kanta lekap,” katanya.

ADAPTASI DAN IHSAN DARIPADA:

 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT UUM


Keprihatinan SUTRANITA menyentuh perasaan anak yatim.....



Biasa kita dengar, anak yatim dari rumah kebajikan merupakan golongan yang paling sibuk memenuhi undangan dan mendapat perhatian luar biasa apabila bulan Ramadan dan Syawal berkunjung tiba.

Tidak lupa dengan keadaan golongan yang kurang bernasib baik itu, Persatuan Wanita (SUTRANITA) dengan kerjasama Kelab Penyayang Universiti Utara Malaysia (UUM) meraikan anak-anak yatim dalam Majlis Malam Amal 2013 di Dewan Tan Sri Othman, UUM, baru-baru ini.

Majlis ini dilihat sebagai platform kepada mahasiswa UUM untuk memupuk semangat dan sikap sukarelawan dalam diri serta mengeratkan lagi silaturahim antara ahli kelab dan anak-anak yatim yang dijemput dari Kompleks Penyayang Tun Dr Siti Hasmah.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim, berkata masa untuk menyumbang kepada golongan kurang berkemampuan dan bernasib baik ini seharusnya dilaksanakan tanpa mengira waktu agar mereka rasa lebih dihargai.

“Dengan adanya majlis seperti ini, kami mahu mereka tahu bahawa mereka sentiasa diingati dan disayangi,” katanya.

Beliau juga turut menyeru agar mahasiswa UUM sentiasa melaksanakan kerja-kerja sukarela dengan hati yang ikhlas khususnya dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

“Saya berharap mahasiswa yang mendaftar diri dengan kelab penyayang dapat mengekalkan sifat tanggungjawab ini dan mengambil peluang untuk berbakti agar sahsiah diri dapat dipertingkatkan,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut.

Sementara itu, Yang Dipertua SUTRANITA, Datin Norhayati Nazri pula berkata, penganjuran ini merupakan salah satu cara untuk mendekati anak-anak yatim dan menabur budi kepada mereka yang memerlukan.

“Malam amal adalah satu program yang amat baik kerana ini menunjukkan bahawa Kelab Penyayang bukan sahaja menjalankan aktiviti yang bersifat sosial tetapi juga turut melibatkan aktiviti kemasyarakatan dengan melibatkan SUTRANITA,” katanya.

Katanya, pihaknya turut mengadakan program motivasi bagi anak-anak yatim yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini selain menyampaikan sumbangan kewangan kepada mereka.

Dalam pada itu, Muhammad Shafiq Marzuki, 17, melahirkan rasa syukur dan terima kasih kerana mereka tetap diraikan meskipun Ramadan telah berlalu.

“Saya rasa gembira kerana walaupun Aidilfitri telah berlalu, namun pihak di sini (UUM) masih ingat dekat anak-anak yatim,” katanya yang turut mengadakan persembahan nasyid pada majlis tersebut.

Turut hadir Pengerusi Kelab Penyayang, Mohd Ali Faiz Salleh, Penasihat Kelab Penyayang merangkap Setiausaha Kehormat SUTRANITA dan wakil Pengetua Komplek Penyayang Tun Dr Siti Hasmah, Busu Ibrahim. 
ADAPTASI DAN IHSAN DARIPADA:

 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT UUM

Saturday, September 07, 2013

Kerjaya Pelbagai-tugas a.k.a 'Multi-tasking Career'? Mencabar atau tercabar minda....?

Jika pernah membaca entri sebelum ini, penulis pernah menyenaraikan tugas atau senarai semak tugas bagi konteks penulis mengikut tempoh tertentu? Nampak gaya senarai tugas itu tidak pernah berakhir  yang mendepani penulis dan saban hari tugas-tugas itu tidak pernah ada titik noktahnya.

Adakalanya penulis memuhasabah diri.Perlukan penulis cuba memfokuskan satu spesifikasi tugas dan yang lain cukup sekadar memenuhi keperluan.Maksudnya di sini, sebagai contoh, untuk pengajaran, cukup memenuhi kapasti yang minimum, namun mungkin untuk penulisan boleh memaksimakan keupayaaan sehingga sedaya mungkin, dan mungkin ada kalanya sebaliknya. Ini boleh meningkatkan motivasi penulis supaya tidak mudah jemu atau cepat berputus asa.

Bagi penulis, tidak semua manusia boleh memenuhi semua kapasiti tugas yang diamanahkan, mungkin kita memerlukan sokongan dan bantuan dari rakan2-rakan sekerja mahupun yang berkaitan. Jika diikutkan minat dan semangat ingin mencuba sesuatu yang baru memang tidak tercapai kesemuanya.Kesimpulannya, lakukan apa yang terdaya dan mengikut minat supaya usaha yang diberikan akan mempunyai momentum yang berterusan, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Tingkahlaku Perkongsian Pengetahuan

Rasa agak pelik apabila terma yang selalunya biasa dilihat sebagai ' Knowledge Sharing Behaviour' telah dialihbahasakan kepada bahasa ibunda.

Penulis telah mula memberanikan diri juga 'create page' dalam sosial media Facebook tentang diri penulis dalam dunia akademik mahupun dunia komuniti masyarakat alam siber yang semakin mencabar dan menguji kekuatan jiwa.

Bagi yang mengikuti blogs penulis ini sudi-sudikanlah menjadi komuniti   'Knowledge Sharing Behaviour'

Monday, July 08, 2013

Ulasan novel remaja:Sebenarnya saya isteri dia

Sebuah novel yang agak unik dan kreatif di mana penulis novel ini cuba mengenengahkan bahawa cinta di kampus tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan.Walaupun penulis bukanlah dari kalangan yang berlatarbelakangkan bidang penulisan kreatif, malahan beliau merupakan lulusan kejuruteraan, namun pengalaman beliau dalam bidang tersebut berjaya di tonjolkan di dalam novel ini dimana watak utama dalam novel ini mempunyai kerjaya sebagai jurutera dan pasangannya,Firash Arshad juga mengikuti pengajian dalam bidang yang sama.Daripada novel ini kita didedahkan dengan realiti kehidupan golongan elit dan juga hikmah disebalik kejujuran seorang wanita yang bernama Syafa Aqira. Novel ini sudah dicetak hampir empat belas kali dan sudah berjaya diadaptasikan ke layar perak dalam salah sebuah rangkaian televisyen popular,TV3 dan mendapat tempat di kalangan peminat drama melayu yang dahagakan kelainan dan pembaharuan dalam pengolahan cerita dan suntingan gaya cerita. Walaupun hanya diadaptasi, dan persamaan cerita hanyalah hampir 70%, antara novel dan drama, namun bagi yang pernah membaca novel ini sudah semestinya mereka akan menjadi peminat setia drama bersiri yang baru saja tamat episodnya pada 5 Julai lepas.Ulasan melalui wikipedia juga ada disediakan di sini. Beberapa sinopsis drama hasil adaptasi novel ini daripada beberapa blogger 1, blogger 2, blogger 3 juga boleh dibaca. Mungkinkah penulis novel ini akan membuat kejutan dengan menghasilkan kesinambungan novel ini dengan sesuatu perubahan besar akan berlaku dalam perkahwinan Firash Arshad dan Syafa Aqira? walaupun pengakhiran novel seakan 'happy ending' sepertimana filem2 Bollywood ataupun filem Hollywood yang popular??? Sama2 kita nantikan.

Tuesday, July 02, 2013

Ulasan artikel 2 dalam jurnal:Tema Sosial Media dan Web 2.0

Artikel kedua Artikel kedua ini juga diterbitkan oleh jurnal tempatan pada tahun 2011.Artikel ini lebih berorientasikan analisis kuantitatif memandangkan kaedah penyelidikan dalam artikel ini adalah berbentuk soal-selidik kepada 261 pelajar kolej swasta di Sabah.Di dalam artikel ini, penulis berjaya mengenalpasti tujuan penggunaan alat rangkaian sosial di kalangan pelajar iaitu bertujuan bersosial, bertujuan pendidikan dan berpotensi untuk tujuan pengajaran dan penmbelajaran. Bagi bahagian pengenalan dan pernyataan masalah dikupas kemas dan meyeluruh dalam konteks bidang internet dalam pendidikan.Seterusnya artikel ini juga berjaya mencapai objektif kajian dalam pengenalpastian tujuan penggunaan alat rangkaian sosial dan juga pandangan pelajar berkenaan hal itu. Metodologi kajian dan hasil kupasan analisis juga bagus dan menyeluruh bagi kesemua objektif yang ingin dicapai.Daripada artikel ini juga, kita dapat mengetahui bahawa berdasarkan kajian ini, generasi muda kususnya menyokong dan menerima alat rangkaian sosial yang mampu diketengahkan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.Walaubagaimanapun, seperti di artikel pertama, di dalam artikel ini juga terdapat rujukan yang ada dalam senarai rujukan namun tidak di'cite'kan di dalam artikel.

Monday, July 01, 2013

Ulasan artikel 1 dalam jurnal:Tema Sosial Media dan Web 2.0

Artikel pertama Artikel ini telah diterbitkan oleh Jurnal tempatan pada tahun 2010.Hasil penyelidikan ini adalah lebih kepada pendekatan kualitatif.Pendekatan kualitatif yang digunakan adalah berorientasikan pemerhatian berpartisipasi(participant observation) dan juga analisis kandungan(content analysis) terhadap jaringan sosial tempatan yang telah dipilih oleh penulis artikel ini.Gaya penulisan artikel ini juga mudah difahami bagi penyelidik dari Malaysia memandangkan artikel ini ditulis dalam Bahasa Melayu.Kupasan dan susun atur kertas artikel juga mempunyai susunan yang memudahkan pembaca memahami apa itu media sosial secara umumnya dan khususnya di dalam konteks Malaysia. Lima jaringan sosial yang dipilih untuk dijadikan kajian kes perbandingan adalah FriendX,eKawan,eMeimei;Arakian;Yemmz!;Ruums: dan juga Myfriends2u.Menariknya, laman jaringan sosial antarbangsa tidak dikupas secara terperinci, hanya dinyatakan kedudukan senario jaringan sosial di Malaysia sehingga November 2009.Di dalam kedudukan tersebut Facebook mendahului jumlah pelawat berbanding Friendster,MySpace,Twitter dan juga Multiply.Secara keseluruhannya artikel ini boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang mahu membuat kajian literatur apa itu media sosial dalam konteks Malaysia di peringkat awal fenomenon global jaringan sosial dalam talian ini.Artikel ini juga membincangkan sejarah laman jaringan sosial dan bagaimana penggunaan jaringan sosial dalam talian di Malaysia bermula.Seterusnya penganalisaan jaringan sosial tempatan secara keseluruhan dan juga secara spesifik kepada lima jaringan sosial tempatan dibincangkan.Keseluruhannya artikel bagus untuk penyelidik yang mahu menbuat kajian tentang sosial media. Walaubagaimanapun tidak semua rujukan yang tersenarai dalam bahagian rujukan di'cite' kan dalam artikel.

Tuesday, April 30, 2013

Ulasan buku motivasi:Bersyukurlah Kerana-Nya

Penulis meminati hasil karya penulis ini, Syed Alwi Alatas di atas kupasan dan garapan yang sangat menyeluruh dan pengolahan dari sumber yang boleh dipercayai. Buku Tarbiah Rohani hasil terbitan Galeri Ilmu ini terbahagi kepada empat bahagian setebal 328 mukasurat,iaitu Nikmat yang melimpah;Belumkah datang masa untuk bersyukur;Bagaimana bersyukur dan juga diakhiri dengan bahagian Berbahagialah mereka yang bersyukur. Untuk bahagian pertama,Syed Alwi Alatas cuba menyedarkan pembaca, bahawa nikmat yang Allah limpahkan adalah terlalu besar ertinya dan ujian kekayaan dan kesusahan semuanya adalah nikmat yang menguji kekuatan iman hambanya.Maka Syed Alwi Alatas juga cuba menyedarkan pembaca bahawa kepentingan dan signifikan mensyukuri nikmat yang Allah berikan untuk kita sama2 menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi Allah.Maka, untuk bahagian ketiga, disusuli pula dengan kisah2 bagaimana untuk mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan serta faedah2 dan kelebihan mensyukuri nikmat Allah dikupas kemas dalam bahagian terakhir. Sesungguhnya buku ini mempunyai kesinambungan daripada hasil penulisan Syed Alwi Alatas sebelum ini seperti buku 'Bila Allah Menduga Kita', 'Senyumlah', 'Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu' serta 'Mudahkan Jangan Susahkan'.Semua tajuk hasil penulisan beliau sememangnya amat sesuai dijadikan pedoman buat pembaca dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar minda dan akal manusia yang sentiasa terdedah dengan pelbagai kelemahan nafsi dan aqli.

Thursday, April 04, 2013

Ketidaksempurnaan....

Adakalanya sebagai seorang manusia kita terlalu mementingkan kesempurnaan di dalam sesuatu perkara yang kita lakukan.Walaupun kita sedia maklum, sebagai seorang manusia, kita bukanlah seorang yang maksum seperti Rasulullah S.A.W. Namun kita cenderung untuk selalu melihat ketidaksempurnaan seseorang daripada melihat kebaikan yang seseorang itu miliki.

Itulah lumrah kehidupan. Tidak pernah puas hati dengan apa yang ada.Mengkritik untuk tujuan penambahbaikan prestasi individu mahupun organisasi adalah amat dialu-alukan, namun jika ia hanya sebagai kata-kata pembunuh semangat, ia hanyalah sesuatu perkara yang sepatutnya tidak berlaku.

Perjalanan hidup ini sebenarnya bukanlah sentiasa lurus dan sentiasa sempurna, ujian dan gelombang kehidupan yang adakalanya di atas dan adakalanya di bawah sebenarnya menguji kesabaran dan kematangan diri seseorang dalam menjalani kehidupan sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi ini.

Moga kita semua diberi kekuatan dan inayahNya untuk terus sama-sama berazam meningkatkan kemandirian diri dan prestasi tanpa ada unsur dengki-mendengki.Wallahualam.

Saturday, March 30, 2013

Ulasan novel remaja:'Bila blogger menjadi maid'

Sebuah novel yang agak unik di mana penulis novel ini cuba mengenengahkan bahawa menjadi blogger juga berpeluang menjadi insan yang dikenali seumpama selebriti.Watak utama di dalam novel ini merupakan graduan universiti tempatan yang tidak kisah untuk memulakan kerjayanya sebagai maid.Seterusnya beliau menemui jodohnya  secara tidak sengaja dengan anak majikannya, lulusan dari universiti luar negara dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam empayar perniagaan keluarganya.Pelbagai peristiwa pahit manis yang menguji kesabaran, kesetiaan, kecekalan seorang wanita yang masih muda.Perkahwinan yang pada mulanya mempunyai kontrak tempoh tertentu akhirnya bertukar menjadi perkahwinan yang benar-benar bahagia setelah melalui pelbagai ujian dan cabaran.Suatu kisah yang santai tetapi sarat dengan mesej dan teladan untuk pembaca dan ada di antara permasalahan dan konflik yang digarapkan dalam novel ini boleh dijadikan panduan buat wanita dan remaja terutamanya.Satu permulaan yang menarik buat penulis novel ini dan diharapkan beliau akan terus menulis novel2 yang santai tetapi penuh makna serta penuh dengan pengajaran dan teladan.

Monday, March 11, 2013

BERUSAHA MEMPERKASA MAHASISWA






“Pertemuan Persidangan Meja Bulat kali Pertama MPUI-Universiti ini adalah membincangkan beberapa agenda penting dalam usaha membangunkan modal insan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara”
“Selain itu untuk mendapatkan resolusi yang berkisar Kepada Pembangunan Modal Insan, Kebolehpasaran Graduan, Graduan Usahawanan, pemantapan Kurikulum Universiti serta resolusi bagi memantapkan lagi hubungan akademia-industri,” ujar Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal PElajar)dalam perasmiannya di majlis tersebut.
Tambahnya lagi keputusan universiti mewajibkan latihan praktikum kepada pelajar tahun akhir adalah tepat kerana pelajar dapat mengaplikasikan antara teori dan praktis selain industri dapat menyerlahkan potensi dan bakat yang ada pada mahasiswa universiti.Beliau berharap persidangan ini mampu memberi hasil yang terbaik bagi membantu universiti dan warganya untuk memacu pertumbuhan negara, ujar beliau lagi.

Hasrat pihak pengurusan universiti itu turut disambut baik oleh wakil Industri Tan Chong Education Services Sdn Bhd yang mengambil slot dalam sesi perkongsian knowledge sharing: graduate entrepeneurship menyatakan empat kriteria utama perlu ada dalam diri setiap graduan meliputi pengetahuan, keyakinan diri, sikap dan kemahiran untuk memasarkan diri mereka dalam dunia kerjaya.
ADAPTASI DAN IHSAN DARIPADA:

 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT UUM



Tuesday, February 26, 2013

Introduce my other sites

Alhamdulillah, akhirnya selain blogs 'pencetus idea' ini dan blog famili 'sumber inspirasi;, penulis telah berjaya  menghasilkan satu lagi site yang lebih akademik untuk 'promosi keupayaan diri' yang ada untuk membantu dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang seadanya ini.Boleh layari ke Intan's google site.

Wednesday, January 30, 2013

Bersama CEO SME Corp

She was so energetic woman...adore her commitment.....no wonder she was CEO...may allah bless her

Penulis berpeluang mendengar 'perkongsian maklumat' oleh CEO SME Corp sewaktu urusan rasmi(Bengkel Kepimpinan Duta Universiti) di AKEPT minggu lepas. Gaya penyampaian beliau sememangnya dikagumi dan seharusnya boleh menyuntik semangat keapda semua duta universiti yang terlibat.

Gambar di atas...penulis bersama CEO SME Corp, Dato' Hafsah Hashim serta mentor2 merangkap rakan2 setugas.....  

Monday, January 14, 2013

Refleksi entri 2 Dis 2012-Tercapaikah malamat atau tersasar daripada sasaran ???

1- Siapkan jurnal  bersama Dr Maria Burke Univ of Salford yang sepatutnya hantar 15 Okt lepas...INTAN BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!sasaran tarikh 31hb Dis 2012- ALHAMDULILLAH DAH HANTAR SEBENARNYA PADA 15 DIS 2012 NAMUN DI'REJECT' SEHARI SELEPAS HANYA KERANA TEMA KERTAS JURNAL SUDAH TERLALU BANYAK, MASIH MENCARI KEKUATAN UNTUK MENGHANTAR SEMULA KE JURNAL LAIN....TERIMA KASIH KEPADA EDITOR JURNAL TERSEBUT YANG SANGAT EFISIEN

2- Siapkan jurnal bersama Dr Nazean UM sebelum 15hb Dis ini -DAH HANTAR KEPADA DR NAZEAN SEBAGAI FIRST DRAFT YANG SANGAT 'LOUSY' UNTUK SEMENTARA WAKTU DAN AKAN MENCARI WAKTU UNTUK FINALISE DENGAN BELIAU....DALAM BULAN JANUARI 2013 INI INSYAALLAH
3-Hantar draft laporan penyelidkan PPA sebelum 19 Dis ini -ALHAMDULILLAH DAH HANTAR PADA TARIKH YANG DISASARKAN DAN MASIH MENUNGGU RESPON DARIPADA PIHAK HEP SEMENTARA ITU, MENSASARKAN UNTUK LAKUKAN PEMURNIAN BAHAGIAN RUJUKAN LAPORAN

4-Siapkan soalan ujian subjek QIT5023 sebelum 23hb Dis ini.-ALHAMDULILLAH SELESAI KURSUS INI DAN AKAN 'SUBMIT' MARKAH KERJA KURSUS TIDAK LAMA LAGI

5- Pastikan kerja pengemaskinian website akan mencapai sasaran 75% sebelum 31hb Dis- Tugasan ini memerlukan kerjasama daripada ramai pihak, baik samada AJK penulis, consultant 'programmer' dan semua warga SQS ........kalau tidak mencapai sasaran, kesalahan sepatutnya tidak patut ditunding ke atas bahu penulis 100%...-ALHAMDULILLAH KERJA2 INI AKAN BERALIH KEPIMPINAN BARU JK WEBSITE...WALAUBAGAIMANAPUN PENULIS MASIH MENYELESAIKAN KERJA2 YANG TERSISA SEMENTARA PENGERUSI BARU MENGAMBIL ALIH....

6-Siapkan semak tugasan2 pelajar yang hanya 6 orang...tambah pelajar subjek gantian....11 orang..
SELESAI PADA MASANYA

7.Perancangan pengemaskinian draft buku bertajuk ''pengalaman peribadi phd...catatan menguji kematangan diri...; satu titik permulaan perjalanan seorang akademia yang sederhana dalam semua aspek kehidupan'.....(sasaran tahun diterbitkan tahun 2013...wallahualam...paling awal, paling lewat 2014)
- MASIH DALAM PROSES...ADAKALANYA RASA SEAKAN MUSTAHIL DAPAT DISIAPKAN DALAM TAHUN INI,APAPUN BERUSAHA DAN BERTAWAKAL KEPADA YANG MAHA ESA...

4 CABARAN YANG TELAH DINYATAKAN DALAM ENTRI TERSEBUT/DIBAWAH JUGA PERLU ADA PERANCANGAN STRATEGIKNYA YANG TERSENIDIRI DAN TIDAK BOLEH DIBIARKAN IANYA BERLALU TANPA PERANCANGAN YANG RAPI....
[ 1-Siapkan 1 penyelidikan geran Universiti
2-Pastikan geran2 KPT(FRGS,ERGS,RAGS]) mengikut perancangan dan ada alternatif2 gerakerjanya tersendiri ..

3-Penyeliaan pelajar sarjana dan Phd-moga aku dan pelajar2 diberi kekuatan olehNya....
wallahualam
4-Penulisan buku dan kelestarian penulisan blog ini SERTA penulisan ulasan karya seperti ulasan BUKU/ARTIKEL DALAM MAJALAH,ulasan RENCANA dan juga ulasan ARTIKEL dalam JURNAL.....satu suku tahun satu jenis....maka penulis sasarkan empat ulasan KARYA..]

Wednesday, January 09, 2013

anda adalah apa yang anda fikirkan....

Biasanya kita sukar nak mengaku kita hebat di depan orang lain kecuali pada diri kita sendiri.....namun kita risau kemungkinan apabila kita bercakap kepada diri sendiri akan hadir sifat riyak mahupun ujub dan sebagainya.Namun untuk menaikkan semangat dan motivasi yang boleh membantu kita meneruskan kehidupan ...seharusnya kita perlulah sentiasa berfikiran positif namun tidak keterlaluan untuk meletakkan diri kita terlalu ke dasar lautan mahupun tinggi melangit....bagi penulis...sejujurnya memadai setakat di ufuk timur mahupun permukaan lautan .Selalulah melihat ke lautan yang mana seluas2 lautan  bolehlah di samakan seluas2nya ilmu pengetahuan yang ada di muka bumi Allah ini.Maka ilmu yang kita miliki ini hanyalah setitis dari air lautan dan kita seharusnya  perlu sentiasa mencari ilmu baru dan tidak harus mendabik dada mengatakan aku tahu aku tahu ini..semuanya aku tahu.....bertawaduklah dan sentiasa  meletakkan pergantungan diri kita kepada yang Maha Esa...bukannya kepada manusia semata-mata....