Pengarah
CUIC, Prof Madya Dr Hartini Ahmad, berkata graduan perlu mempunyai
pengetahuan mengenai latar belakang organisasi, nilai dan budaya kerja
yang diamalkan sebelum terjun ke industri pekerjaan yang
dipilih.
“Program
ini merupakan platform terbaik untuk graduan khususnya mahasiswa tahun
akhir mempersiapkan diri untuk menghadapi budaya kerja dan cabaran yang
bakal ditempuh semasa bekerja nanti,” katanya.
Antara
syarikat yang terlibat pada program yang berlangsung selama tiga hari
tersebut adalah Mydin Mohamed Holdings Bhd, Tan Chong Motor Holdings,
Malaysian Retailer Chains Association dan EMKAY Group.Hartini
berkata, pihaknya mengadakan program tersebut bagi memberi peluang
kepada mahasiswa daripada pelbagai institusi pengajian tinggi untuk
menghadiri latihan dan temu duga secara terus dengan syarikat terbabit.
“Latihan
yang diberikan bertujuan untuk memperkenalkan organisasi, peluang
pekerjaan yang ditawarkan, kehendak industri pada masa kini serta
pelbagai informasi yang berguna untuk diterapkan ke dalam diri
peserta sebelum memasuki dunia pekerjaan.
“Peserta
yang menepati kriteria dan memenuhi kehendak industri akan diambil
bekerja di syarikat yang berkenaan,” katanya ketika ditemui pada program
tersebut.
Turut
berkongsi pengalaman, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda
Multimedia UUM, Muhammad Azhari Mustafa, berkata program ini dapat
membantu bakal graduan memperoleh pekerjaan sebelum tamat pengajian.
“Saya
tidak melepaskan peluang ini kerana ia merupakan cara terbaik untuk
saya memulakan usaha mencari kerja sebelum bergraduasi.
“Sekarang,
bukan mudah untuk kita dapatkan pekerjaan kerana persaingan yang
sengit. Jadi, program ini dapat mencungkil kebolehan yang ada dalam diri
peserta sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan
nanti,” katanya.
Dalam
perkembangan yang sama, UUM telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) sebagai peneraju Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) bagi
sektor pemborongan dan peruncitan dengan dua fokus
utama iaitu Perkongsian Teknologi dan Pembangunan Modal Insan.
Perkongsian
Teknologi bertujuan meningkatkan pembangunan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) zon utara manakala Pembangunan Modal Insan menyediakan
empat jenis latihan kepada mahasiswa iaitu latihan industri,
program praktikum berstruktur, pembangunan bakat dan Training of
Trainers.
Selain
itu, CUIC sebagai sekretariat dan ketua pelaksana ICoE di peringkat
kementerian dalam dua sektor tersebut turut berperanan di peringkat
antarabangsa bagi mengenalpasti peserta yang berpotensi untuk
diserap ke industri.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT UUM
ADAPTASI DAN IHSAN DARIPADA:
No comments:
Post a Comment