Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Wednesday, May 09, 2012

Creativity

Dalam kehidupan seharian ini, manusia sememang sukakan kelainan samada dalam tugasan seharian di pejabat dan di rumah. Namun kelainan atau lain dari yang lain ini sangat subjektif pengertiannya. Kebetulan pula dalam kuliah DSS hari ini penulis bercerita kepada pelajar tentang topik 'creativity'. Rasa teringat-ingat definisi creativity itu sendiri dimana seseorang itu mampu melihat sesuatu yang menjadi kebiasaan(subjektve norm) kepada sesuatu yang orang lain jarang/sukar melihat sesuatu perspektif yang dilihatnya. Ya, tidak dapat dinafikan bahawa bukan mudah untuk menjadi kreatif namun jika diasah dan digilap insyaallah setiap manusia ada potensi menjadi manusia yang kreatif.Bagi pengalaman penulis, ianya bermula dengan sikap pesimistik menzahirkan sikap lain dari yang lain dan cuba positifkan keadaan itu kepada menjadi insan yang pelik atau kreatif.Kriteria ini juga biasanya diperlukan dalam rata2 industri terutamanya dalam bidang penyiaran,insurans,seni hiburan,seni masakan,seni jahitan,multimedia,perguruan,pengurusan dan macam2 bidang lagi dewasa ini.Hampir semua bidang memerlukan elemen ini untuk membolehkan seseorang itu berdaya saing dalam kehidupan yang serba mencabar ini. Malah, di salah sekolah(school of..........) di tempat penulis bekerja akan ada satu program baru dimana salah satu perkataan dalam program tersebut mengandungi perkataan kreatif.Nama sebenar program yang akan ditawarkaan itu tidak dapat dipastikan ketepatannya,namun ianya ada kaitan dengan industri seni hiburan. Namun, kekreatifan ini haruslah berlandaskan logikalnya, lateralnya, kritikalnya, intuisinya, keberlawanannya(kadang2 kita perlu 'put other shoes into our shoes' cuba fikirkan jika aku jadi A atau aku jadi B atau jika perlu percambahan fikiran dalam kumpulannya......perlu diadunkan mengikut kesesuaian sesuatu keadaan atau keputusan mahupun tindakan yang perlu dilaksanakan itu.Creativity ini juga mampu menjana inovasi seterusnya transformasi seseorang mahupun sesebuah organisasi. CONTOH BLOG yang sangat kreatif dan santai untuk pelajar Master dan Phd.............