Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Saturday, October 29, 2011

DIdoakan untuk si dia moga,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


Sentiasa diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan untuk menuju ke titik penghujung perjalanan beliau....amin......................




Selagi si dia masih belum selesai perjuangannya, penulis juga tidak bisa di dalam ke'alpa'an dunia yang tidak seadanya..penulis juga sentiasa mendoakan kejayaan si dia...kerana dialah teman hidup penulis dunia akhirat................................................

Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang (...maha penyayang..)
leraikanlah aku dari keluh kesah (..uuu..)
yang membelenggu jiwa dan fikiran (..dan fikiran...)
ditambah dengan hasutan syaitan (..uuu..., haaa)

kurniakanlah kepadaku ketabahan (..ketabahan..)
singkapkanku hikmah segala ketentuan (..uu…)
Moga sinar-Mu berikanku pedoman (…pedoman..)
Hanya pada-Mu segala ketetapan (…haa…)

(backup)
oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku

content analysis coming soon insyaallah....

Wednesday, October 26, 2011

'Content Analysis' lagu nasyid "Hambamu"[SIRI 2]


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Dalam kehidupan ini,ia merupakan suatu pejalanan menuju kehidupan yang abadi,hasrat seorang hamba allah yang soleh/solehah sudah tentunya untuk masuk ke syurga jannah Allah....

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui


Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai ujian,halangan,godaan untuk mencapai babak2 kejayaan dalam kehidupan.....dengan restuNya sudah pasti kita mendapat kekuatan dalam menempuhi segala2nya



Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Maka tika itu,mohonlah padaNya sebagai petunjuk kerana Dialah yang Maha mendengar dan Maha mengasihani....agar semangat yang makin layu tidak padam selamanya....

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Ujian yang diberikan Ilahi seharusNya ditempuh dnegan penuh kesabaran,kecekalan; moga kita semakin kuat dan semakin beriman dengan segala ujian yang diberikan Allah...WALLAHULAM

ULANGAN LIRIK LAGU......
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

'Content Analysis' lagu Aku redha.....[SIRI 1]


Kau katakan mencintaiku cinta buta
Kau katakan merinduiku rindu gila
Kau katakan kasih sayang tak berharga
Mengapa baru kini kau luahkan


Kekasih@Si lelaki@Si suami ini sentiasa menyatakan perasaan cinta,rindu yang teramat dalam dan kasih sayangnya terhadap pasangannya namun, adakalanya diuji dengan ujian, si lelaki ini mula goyah dari segi pendiriannya dan mula menyatakan perasaan ketidakpuasan hatinya terhadap pasangannya.....


Aku redha untukmu yang aku cinta
Demi kebahagiaan kita
Mungkin kan kekhilafanku
Aku redha cinta ini terbiasa
Ujian telah huru-hara
Mencari kelemahanku...

Walaubagaimanapun, pasangan kekasih@si isteri sentiasa REDHA dengan segala yang berlaku dan mengakui adakalanya kesilapan atau kelemahan yang menyebabkan situasai tegang berlaku berpunca dari dirinya....


Aku redha andai kau jauhkan diri
Membawa hati dan mimpi
Membiasa hidup sendiri
Aku redha walaupun dada berburai
Jiwa tak bisa menghurai
Betapa cinta padamu...

Si perempuan@Si isteri tetap REDHA walaupun si lelaki cuba pergi jauh2 dari dirinya/membawa diri/mengalihkan perhatian kepada pihak lain,atau cuba tidak menghiraukan dirinya WALAUPUN hati si isteri itu remuk dan terluka demi kasih sayangnya terhadap si lelaki/si suaminya itu....

Oh...kasih jangan kau persiakan waktu
Maafkan aku tak berjaya
Mencipta bahagia ku janjikan...

malah si kekasih/si isteri dengan penuh rendah dirinya memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan termasuklah jika dia tidak mampu membuatkan pasangannya bahagia......

wallahualam.......

Monday, October 24, 2011

S.A.B.A.R

Sabar Mencerminkan Keimanan



Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Allah berfirman dalam hadis kudsi yang bermaksud, “Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga.”

(Riwayat Bukhari)



Huraian



1. Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.



2. Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian ahli keluarga kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Maksud al-Baqarah :156)



3. Sentiasa sabar menghadapi bala dan kesusahan kerana ganjarannya ialah dihapuskan dosa-dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.



4. Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, keimanannya akan diuji dan sekiranya berjaya menghadapi dugaan tersebut ia akan mendapat balasan yang besar di dunia dan akhirat iaitu balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.



5. Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak reda menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

sumber: Tazkirah Minggu Ini (T.M.I) oleh Pusat Islam UUM

Sunday, October 09, 2011

Moga2 pengorbanan ini ada hikmahnya yang tersendiri......

Siapa yang mahu ber'pisah' dengan teman hidup mahupun 'soul mate'nya dalam apa jua keadaan sekalipun..namun adakalanya kita hanya merancang namun Allah yang maha mengetahui segala2nya...teman hidup penulis berada di perantauan kini masih menyelesaikan perjuangannya di sana(Manchester) dan besar harapan penulis agar beliau akan pulang semula sebaik sahaja perjuanagannya selesai sekurang2nya sehingga hujung tahun ini...penulis sekeluarga sentiasa mendoakan yang terbaik untuk beliau...mohon pembaca semua mendoakan kejayaan beliau dalam perjuangannya dalam pencarian ilmu Allah yang tidak ada titik noktanhya ini...

Penulis tahu 'cool man is very sensitive man enough' walaupun luaran nampak sangat kuat....harapan penulis hanya hanya satu...moga beliau sentiasa kuat semangat,sentiasa fokus,sentiasa mohon padaNya dan jangan menyerah sebelum tiba masanya...insyaallah beliau boleh.....doa anak2 juga mengiringinya....