Sunday, December 16, 2012
Sunday, December 02, 2012
Sudah lama tiada coretan....
Sudah lebih dua bulan penulis tidak ada coretan mahupun catatan pengalaman yang boleh dikongsikan bersama...bukan tidak sudi, namun pengurusan masa yang masih belum efisien membataskan perkongsian pengalaman ataupun informasi ....
Selama hampir dua bulan tidak ada catatan akademia ini, tidak bermakna penulis duduk melepak tidak buat kerja langsung atau banyak 'mengulor'...namun, seperti mana yang dicoretkan tadi......tugas2 yang diamanahkan kepada penulis sebenarnya boleh disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan tapi selalunya ada penangguhan tarikh dek pengurusan masa yang terhad dan kurang berkesan.....MAKA dengan SEJUJURNYA penulis mahu senaraikan tugas2 yang tertangguh dek kerana kelemahan pengurusan masa penulis sendiri NAMUN penulis perlu mempunyai KEAZAMAN YANG TINGGI untuk menyelesaikan kerja2 tertangguh ini sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya......
1- Siapkan jurnal bersama Dr Maria Burke Univ of Salford yang sepatutnya hantar 15 Okt lepas...INTAN BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!sasaran tarikh 31hb Dis 2012
2- Siapkan jurnal bersama Dr Nazean UM sebelum 15hb Dis ini
3-Hantar draft laporan penyelidkan PPA sebelum 19 Dis ini
4-Siapkan soalan ujian subjek QIT5023 sebelum 23hb Dis ini.
5- Pastikan kerja pengemaskinian website akan mencapai sasaran 75% sebelum 31hb Dis- Tugasan ini memerlukan kerjasama daripada ramai pihak, baik samada AJK penulis, consultant 'programmer' dan semua warga SQS ........kalau tidak mencapai sasaran, kesalahan sepatutnya tidak patut ditunding ke atas bahu penulis 100%...
6-Siapkan semak tugasan2 pelajar yang hanya 6 orang...tambah pelajar subjek gantian....11 orang..
7.Perancangan pengemaskinian draft buku bertajuk ''pengalaman peribadi phd...catatan menguji kematangan diri...; satu titik permulaan perjalanan seorang akademia yang sederhana dalam semua aspek kehidupan'.....(sasaran tahun diterbitkan tahun 2013...wallahualam...paling awal, paling lewat 2014)
SEKALI LAGI DITEGASKAN..... ini tidak termasuk tugas2 menghadiri mesyuarat,perjumpaan, bengkel,seminar dan lain2 yang tidak pernah disasarkan sebelum menjelang akhir tahun 2012...Doakan moga penulis berjaya menyempurnakan sasaran2 diatas.....Sasaran no.7 hanyalah perancangan buku dahulu..... hasilnya belum lagi.....insyallah......semuanya hanya bermula dengan perancangan.
CABARAN(sebenarnya KPI tapi penulis tidak gemar guna istilah KPI....) TAHUN 2013:
1-Siapkan 1 penyelidikan geran Universiti
2-Pastikan geran2 KPT(FRGS,ERGS,[UA,PA,KTP-bwh CUIC]) mengikut perancangan dan ada alternatif2 gerakerjanya tersendiri ...nama2 terperinci......entri akan datang...apabila tiba masa yang sesuai....
3-Penyeliaan pelajar sarjana dan Phd-moga aku dan pelajar2 diberi kekuatan olehNya....
4-Penulisan buku dan kelestarian penulisan blog ini SERTA penulisan ulasan karya seperti ulasan BUKU/ARTIKEL DALAM MAJALAH,ulasan RENCANA dan juga ulasan ARTIKEL dalam JURNAL.....satu suku tahun satu jenis....maka penulis sasarkan empat ulasan KARYA...
Ameeeeen......................
Azam untuk keluarga- insyaallah...mungkinkah ada penambahan ahli????...Hanya Allah yang mengetahui segala perancangan hambanya yang lemah ini.....
Segala yang baik adalah dari Maha kuasa...segala yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri sendiri.....

Monday, October 01, 2012
'Content Analysis' lagu Memandang Awan [Siri III]
Pada sang mentari
Yang sering menjadi saksi
Akan segala rahsia cinta
Malam yang berbintang
Yang beralih sendiri
Menanti dinihari kembali
Rangkap ini cuba mendeskripsikan kekuasaan penciptaNya yang tidak pernah berhenti melaksanakan tanggungjawab yang telah diatur
Bagai arus yang mencari
Penghujung buat ku pasti
Hamba yang menyerah cinta
Kepada yang ingin dicinta
i>Sebenarnya insan yang dimaksudkan ini masih tercari-cari hala tuju dalam kehidupan yang semakin mencabar, namun
ini tidak mematahkan semangat untuk beliau terus melayari kehidupan
Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku
dalam rangkap ini, pula menguatkan lagi penceritaan insan dalam bait2 lirik ini sentiasa tidak putus asa walaupun banyak ujian dan dugaan mahupun hal2 yang menguji kesabaran; sentiasa memandang dari sudut positif untuk segala yang berlaku terhadap dirinya...
Hujankan diriku
Dengan sentuhan jiwa
Biar menjadi kasih abadi
Dalam masa yang sama dia perlukan sokongan dari sekeliling samda keluarga,rakan2 mahupun masyarakat...
Bagai arus yang mencari
Penghujung buat ku pasti
Hamba yang menyerah cinta
Kepada yang ingin dicinta
-sda-
Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku
-sda-
Heyyh, sering kali ku terleka
Wajah indah didepan mata
Lidah kelu untuk bicara
Kini bila kau tiada
Tak terungkap rasa kecewa
Nafas ku bergetar memandang ke awan
Dalam rangkap ini, insan yang menjadi pendorong utama mungkin telah tiada mahupun meninggalkan insan dalam bait2 ini, mungkin kekentalan dia sedikit tergoya
Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini, bertemu diriku [2x]
-sda-
Bertemu diriku
Bertemu diriku
sentiasalah bermuhasabah diri...wallahualam
Monday, August 27, 2012
Kursus di bulan Ramadhan......
Sudah lama penulis tidak berkongsi cerita sementelahan masa yang sentiasa tidak mencukupi bagi penulis yang selalu ada simptom PMS('penyakit malas sedia')
NAMUN, penulis sedar PMS ini tidak boleh dilayan keterlaluan sangat dek kerana kerja2 yang banyak masih belum terlaksana yang menunggu untuk dilunaskan....
Untuk kali ini, penulis mahu berkongsi lokasi berkursus anjuran kementerian pengajian tinggi, di penghujung bulan ramadhan yang lalu.Nampak agak membebankan,namun pengalaman melihat perkembangan pelajar universiti yang berdedikasi menghadiri sesi latihan penulis sewaktu menghadiri sesi2 'latihan',sangat tidak ternilai harganya.Insyaallah jika ada peluang lagi, penulis mungkin sampai di sini lagi(AKEPT,Bandar Enstek,Nilai).... maklumat dan gambar duta universiti selanjutnya, boleh ke laman blogs ini
Budak kecil yang sentiasa menemani mama@penulis ke mana sahaja penulis pergi dek masih menyusu badan.
Untuk sekian kalinya 'outstation' kali ini, ada yang tak dapat ikut......pengorbanan yang sukar namun harus ditempuh....
Dewan makan ala2 coffe house
Surau ala2 masjid
Blok penginapan dari jauh....
Tempat penginapan blok perempuan 'ala2 Hotel Seri Malaysia'
Budak kecil yang sentiasa menemani mama@penulis ke mana sahaja penulis pergi dek masih menyusu badan.
Untuk sekian kalinya 'outstation' kali ini, ada yang tak dapat ikut......pengorbanan yang sukar namun harus ditempuh....
Friday, July 20, 2012
Moga kejayaan ini menjadi pembakar semangat .......
Buat yang masih berjuang.....
bersama penyelia utama, Dr Maria Burke....sangat teruja bertemu penulis....insyaallah masih dalam proses untuk berkolaborasi membuat penyelidikan bersama beliau....
bersama penyelia kedua, Dr Helen Richardson
bersama kedua-dua penyelia, dan juga baby phd penulis.......
Monday, July 02, 2012
Sepatutnya....
Cari yang mana satu nama penulis....
Insyaallah mudah2an saat yang diimpikan bagi penulis yang ditangguhkan dari 2011 akan menjadi kenyataan untuk tahun ini, 2012...Amin.............Biarlah orang kata penulis gila menghabiskan duit, membazir waktu sebabnya bukan dekat, namun hanya jauhari yang mengenal manikam.Doakan kami sekeluarga selamat pergi dan selamat pulang......Bukan esok.....dua minggu lagi dari sekarang.......

Wednesday, June 20, 2012
Just sharing...not because of .............................
Kebiasaanya setiap semester, penulis suka minta pelajar memberikan komen pengajaran dan pebelajaran dalam kelas.
Ini salah satu komen yang terbaik dan boleh dikira sebagai penyuntik jati diri,motivasi dan semangat untuk penulis lebih berkobar-kobar menjadi pendidik yang berkaliber....wallahaualam.
Penulis sentiasa mendoakan kejayaan anak2 didiknya walau apa jua sikap mereka terhadap penulis.
Terima kasih banyak2 buat semua anak2 didik penulis (jika ada yang membaca entri ini...) ketahuilah 'saya sayang kalian semua....'..................
'.........................
posses a good quality educator-student interaction because in class she applies
a two-way communication among her and her students. She shared the responsibility for active
learning, small group discussion, problem-solving activities and variety of
supporting media to make Information System & Decision Making class more
interesting. She managed to develop and
teach an impressive introductory course and at the same time capable to handle
class wth ease and pleasure. She managed
to get to know her students by learning their names and something about their
backgrounds and interests.
In terms of
her teaching method, as a student, I can say that ......... believes, a problem
can have varied solutions. Her creative ways of teaching and lecturing in class
has invoked interest and respect in her students. She succesfully organize her
lectures carefully, trying to deliver them without detailed notes so that she
can maintained eye contact and get cues from students as to their
understanding. ........................ also has a flair
communication. Asking the right questions, saying the right things and being an
avid listener are some of her praiseworthy traits which other lecturers should
adopt too.
Apart from
that, ............................ help her students a lot by giving a good detailed syllabus and
refer to it frequently. What I found
interesting and what keeps me drawn to her lecture is how she relates the DSS
subject matter to current events or research which may be of interest to
students and give them assignments for which there may be ‘real world’
audiences whenever possible. I admire how she keep on encouraging us to always
strive hard and never lose hope in
achieving our dreams. She regularly boost our spirit with her inspiring stories
and her pass students achievements that would want to make us follow in the
footsteps aswell. All in all, I believe
that me and all my classmates love her as a loving, devoted lecturer because
she is warm, accessible, enthusiastic, caring and will always keep students motivated
with her lively approaches. '
Thursday, June 14, 2012
Kejayaanmu kejayaan ku jua....
Alhamdulillah....alhamdulillah...alhamdulillah......beberapa jam yang lalu, pasangan hidup penulis baru sahaja melepasi ujian vivanya di universiti yang sama dengan penulis menamatkan pengajian Phdnya tahun lepas, di Manchester.
Tiada apa yang lebih beerti dalam hidup ini buat masa sekarang melainkan kejayaan beliau dan moga dengan kejayaan beliau bisa meningkatkan lagi keimanan dan kesyukuran kami buat Yang Maha Pencipta.
Moga kehidupana ini akan lebih bermakna dengan peristiwa2 manis dan adakalanya diselangi dengan dugaan2 kehidupan yang bisa mematangkan kehidupan kami sekeluarga.Wallahualam
Wednesday, May 09, 2012
Creativity
Dalam kehidupan seharian ini, manusia sememang sukakan kelainan samada dalam tugasan seharian di pejabat dan di rumah.
Namun kelainan atau lain dari yang lain ini sangat subjektif pengertiannya.
Kebetulan pula dalam kuliah DSS hari ini penulis bercerita kepada pelajar tentang topik 'creativity'.
Rasa teringat-ingat definisi creativity itu sendiri dimana seseorang itu mampu melihat sesuatu yang menjadi kebiasaan(subjektve norm) kepada sesuatu yang orang lain jarang/sukar melihat sesuatu perspektif yang dilihatnya.
Ya, tidak dapat dinafikan bahawa bukan mudah untuk menjadi kreatif namun jika diasah dan digilap insyaallah setiap manusia ada potensi menjadi manusia yang kreatif.Bagi pengalaman penulis, ianya bermula dengan sikap pesimistik menzahirkan sikap lain dari yang lain dan cuba positifkan keadaan itu kepada menjadi insan yang pelik atau kreatif.Kriteria ini juga biasanya diperlukan dalam rata2 industri terutamanya dalam bidang penyiaran,insurans,seni hiburan,seni masakan,seni jahitan,multimedia,perguruan,pengurusan dan macam2 bidang lagi dewasa ini.Hampir semua bidang memerlukan elemen ini untuk membolehkan seseorang itu berdaya saing dalam kehidupan yang serba mencabar ini.
Malah, di salah sekolah(school of..........) di tempat penulis bekerja akan ada satu program baru dimana salah satu perkataan dalam program tersebut mengandungi perkataan kreatif.Nama sebenar program yang akan ditawarkaan itu tidak dapat dipastikan ketepatannya,namun ianya ada kaitan dengan industri seni hiburan.
Namun, kekreatifan ini haruslah berlandaskan logikalnya, lateralnya, kritikalnya, intuisinya, keberlawanannya(kadang2 kita perlu 'put other shoes into our shoes' cuba fikirkan jika aku jadi A atau aku jadi B atau jika perlu percambahan fikiran dalam kumpulannya......perlu diadunkan mengikut kesesuaian sesuatu keadaan atau keputusan mahupun tindakan yang perlu dilaksanakan itu.Creativity ini juga mampu menjana inovasi seterusnya transformasi seseorang mahupun sesebuah organisasi.
CONTOH BLOG yang sangat kreatif dan santai untuk pelajar Master dan Phd.............
Monday, April 30, 2012
Jangan mudah menyerah
Salah satu kriteria untuk orang yang mempunyai sikap positif...................
Selain itu menurut Pahrol Mohamad Juoi, orang yang yang mempunyai sikap positif adalah:
-Yakin terhadap diri
-Mampu melihat positif terhadap orang lain
-Dapat melihat peluang dalam setiap keadaan
-Fokus pada penyelesaian bukan pada permasalahan
-Dorongan yang tinggi untuk memberi
-100% berani memikul tanggungjawab
(m/s 64 Mukmin Profesional Celik Mata Hati, 2010)

Monday, April 23, 2012
Syukuri dengan anugerahNya
Lihatla ke kiri dan ke kanan
Anda akan menyaksikan betapa ramainya
Insan yang sedang mendapat cubaan
Selusurilah di setiap rumah
Pasti ada yang merintih dan setiap pipi
Pasti pernah basah oleh air mata
Maka anda bukan satu-satunya insan yang menerima Dugaan
Percayalah............Allah/Tuhan tidak pernah
mahu menyulitkan hambaNya
Namun, harus diinsafi bahawa Dia
Tidak memberikan apa yang kita mahu tapi memberikan apa yang kita PERLU
Terimalah segala ketentuan dengan lapang dada,tanpa dendam,tanpa prasangka..................
-Dr Robiah K.Hamzah,2010(Rawatlah Hati)-

Saturday, April 21, 2012
Monday, April 16, 2012
Kehidupan dan Kematian
Perjalanan menuju kematian telah bermula sebaik kita dilahirkan. Ingat mati adalah penawar untuk kesedihan hati apabila ditimpa ujian. Penghilang rasa nikmat untuk melakukan maksiat. Dan pendorong untuk istiqamah dalam melakukan ketaatan. Ya Allah, bantulah hati kami untuk sentiasa ingat untuk mengingati kematian. Amin.
ditimpa ujian
Kata2 di atas sejujurnya saya titipkan daripada seorang
-Pengarah Penyelidikan Fitrah Perkasa Sdn Bhd
-Pengacara TV
-Penulis Buku, Skrip & Majalah
-Ketua Editor Majalah Solusi
dengan harapan bahawa artikel ini boleh mengingatkan diri dan semua yang membaca artikel ini bahawa hidup kita di dunia ini hanya satu persinggahan sahaja, sebelum kita akan dibawa ke negeri yang abadi kelak selepas kematian.
Kata2 di atas memingatkan kita bahawa dengan mengingati kematian akan melahirkan manusia yang tidak mudah kalah atau putus asa kepada ujian , namun sebaliknya seseorang itu akan lebih cekal dan tabah kerana kita sedar bahawa dengan ujian2 yang diberi olehNya akan mendorong seseorang manusia itu untuk lebih mengingati Yang Maha Esa.
Contoh ujian yang mungkin boleh diketengahkan dalam kehidupan ini contohnya kita kehilangan seseorang yang kita sayangi, sepertimana yang telah berlaku kepada kakak penulis, di mana beliau baru sahaja kehilangan suaminya setelah menderita sakit di hospital beberapa minggu. Dan penulis amati beliau(kakak penulis) begitu tabah dan cekal mengharungi apa yang tersurat untuk beliau bersama tiga orang anak perempuannya yang masih bersekolah rendah.Ini secara tidak langsung menginsafkan diri penulis. Penulis yakin, ujian2 yang pernah ditempuhinya(kakak penulis) sebelum ini mampu membantu beliau menjadi semakin tabah dan cekal untuk fasa2 kehidupan yang mendatang.
Bagi penulis, ya diakui, ujian hidup ini boleh datang dalam pelbagai bentuk, tidak terhad hanya dalam bentuk kesusahan, ia juga boleh hadir dalam bentuk kesenangan, di mana adakalanya ia juga boleh dianggap ujian,andai kata apabila diberi kesenangan yang melimpah ruah, membuatkan kita bisa alpa dan lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba nya Yang Maha Esa.
ditimpa ujian
Ujian datang untuk mengingatkan...
Tuhan melontar kita dengan batu-batu kecil (ujian), tetapi sekiranya kita masih alpa, Tuhan mula melontar kita dengan batu-batu besar. Jangan sampai dilontar dengan batu bata... untuk tersedar dari alpa.
Dengarlah bisikan, jika tidak kita terpaksa mendengar jeritan!
Kata2 di atas sejujurnya saya titipkan daripada seorang
-Pengarah Penyelidikan Fitrah Perkasa Sdn Bhd
-Pengacara TV
-Penulis Buku, Skrip & Majalah
-Ketua Editor Majalah Solusi
dengan harapan bahawa artikel ini boleh mengingatkan diri dan semua yang membaca artikel ini bahawa hidup kita di dunia ini hanya satu persinggahan sahaja, sebelum kita akan dibawa ke negeri yang abadi kelak selepas kematian.
Kata2 di atas memingatkan kita bahawa dengan mengingati kematian akan melahirkan manusia yang tidak mudah kalah atau putus asa kepada ujian , namun sebaliknya seseorang itu akan lebih cekal dan tabah kerana kita sedar bahawa dengan ujian2 yang diberi olehNya akan mendorong seseorang manusia itu untuk lebih mengingati Yang Maha Esa.
Contoh ujian yang mungkin boleh diketengahkan dalam kehidupan ini contohnya kita kehilangan seseorang yang kita sayangi, sepertimana yang telah berlaku kepada kakak penulis, di mana beliau baru sahaja kehilangan suaminya setelah menderita sakit di hospital beberapa minggu. Dan penulis amati beliau(kakak penulis) begitu tabah dan cekal mengharungi apa yang tersurat untuk beliau bersama tiga orang anak perempuannya yang masih bersekolah rendah.Ini secara tidak langsung menginsafkan diri penulis. Penulis yakin, ujian2 yang pernah ditempuhinya(kakak penulis) sebelum ini mampu membantu beliau menjadi semakin tabah dan cekal untuk fasa2 kehidupan yang mendatang.
Bagi penulis, ya diakui, ujian hidup ini boleh datang dalam pelbagai bentuk, tidak terhad hanya dalam bentuk kesusahan, ia juga boleh hadir dalam bentuk kesenangan, di mana adakalanya ia juga boleh dianggap ujian,andai kata apabila diberi kesenangan yang melimpah ruah, membuatkan kita bisa alpa dan lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba nya Yang Maha Esa.
Labels:
challenges,
motivation,
self management,
up and down
Monday, April 09, 2012
Obses KPI dunia atau KPI akhirat????updated by 15th April 2012
Sekarang semua penjawat awam tidak kira pengurusan atasan mahupun pengurusan bawahan perlu mencapai KPI dalam kerjaya masing2.Penulis masih ingat sewaktu sekembalinya pulang dari cuti belajar, selalu penulis ingatkan diri bahawa 'anda tidak perlu obses dengan KPI ataupun terlalu kejarkan KPI' .Bekerja mengikut kemampuan anda dan jangan sekali-kali cuba membandingkan keupayaan anda dengan rakan pesaing ataupun tidak perlu bersaing dengan rakan sekerja anda.Namun kadang2 perasaan tidak pernah puas hati dengan apa yang ada mendorong penulis untuk cuba yang terbaik memenuhi KPI walaupun penulis tahu tidak semua penunjuk prestasi yang boleh dicapai atas beberapa faktor2 tertentu.Maka rasanya penulis cuba untuk berpegang semula prinsip yang pernah difikirkan suatu ketika dahulu.Kerja seikhlas hati dan tidak perlu terlalu mengejar dunia, jika akhirat kita terlupa untuk mempunyai perancangan peribadi menuju ke sana.
Dewasa ini, KPI bagi seorang pensyarah kanan sudah pasti lebih tinggi daripada pensyarah, namun momentum seseorang yang pensyarah tetap tidak sama, tidak kira dia Profesor, Profesor Madya,Pensyarah kanan,Pensyarah dan sebagainya.Nasib seseorang juga tidak sama.Walaupun seseorang itu berusaha bagaikan nak 'rak' kata orang, jika nasib tidak menyebelahi, tidak ke mana buat sementara waktu......sabar juga kunci pada situasi kesukaran bagi seseorang ahli akademik.Walubagaimanpun,kita perlu sentiasa bertawakal kepadaNya kerana 'man jadda wa jadda'-siapa yang berusaha dia akan berjaya,hanya masa serta rezeki dariNya yang menentukan segalanya-
Ingin saya kongsikan KPI tahunan seorang pensyarah kanan di tempat penulis bekerja,yang mana tidak semua perkara dapat dicapai dengan mudah. Jika tidak dicapai tidak bermakna tidak berusaha, namun adakalanya Allah sedang menduga kita......
Prestasi dalam Pengajaran:
Maksimum mengajar 3 kursus
ATAU
Menyelia lima(5) pelajar Phd(sepenuh masa) bersamaan 1 kursus
Bagi yang memegang jawatan pentadbiran tidak melebih satu(1) kursus
Bagi Jawatan Utama(Dekan Pengarah dan yang setaraf dengannya) boleh dikecualikan
Bagi penulis-Insyaallah untuk bahagian ini,dalam proses mencapai apabila masuk semester baru Sept nanti
Prestasi dalam Penyeliaan
Menyelia dengan memuaskan satu(1) pelajar Phd sepenuh masa
ATAU
dua(2) DBA
ATAU
dua(2) Sarjana (Penyelidikan)
ATAU
tiga(3) Sarjana(mixed mode)
ATAU
4 kertas projek
Bagi penulis- unofficially tidak ada pencapaian lagi untuk bahagian ini untuk tahun lepas,tapi jikaada rezeki, insyaallah ada kebolehpercayaan untuk pencapaian tahun ini.Amin.....................
Prestasi dalam Penyelidikan/Perundingan:
RM20,000 ke atas
Ketua Projek dalam satu(1) projek penyelidikan
ATAU projek perundingan
Bagi penulis- Terlibat dengan penyelidikan tetapi apabila dibahagikan2 mengikut keahlian penyelidik tidak mencapai RM20,000 ke atas lagi...wallahualam...namun geran penyelidikan alhamdulillah ada, walaupun kecil.....
Penglibatan dalam Persidangan/Seminar/Bengkel:
Membentangkan dua(2) kerta kerja peringkat antarabangsa/kebangsaan/kolej
Bagi penulis- Untuk tahun ini, dalam proses...insyaallah...
Prestasi dalam Penerbitan:
penerbitan ISI yang berimpak faktor 0.5 dan 1 jurnal berwasit ATAU lain2 penerbitan yang mempunyai impak kepada DASAR NEGARA....
{mungkinkah penulisan2 artikel dalam blogs ini diterima untuk KPI aku?????????????????????????hanya jauhari yang mengenal manikam}
Bagi penulis- Dalam proses dan ada yang masih diusahakan...
Prestasi Inovasi:
2 IPR(buku,modul,nota kuliah,monograf dan sebagainya yang mempunyai signifikan yang standard dengan yang disenaraikan)
Bagi penulis- Ada yang dalam proses dan dalam perancangan pelaksanaan........
Prestasi Perkhidmatan Profesional:
1 keahlian dalam badan profesional/persatuan antarabangsa -Association Information System(AIS)-masih ada keinginan untuk menambah keahlian dalam mana badan profesional yang berkaitan untuk tahun ini.
1 keahlian dalam badan profesional/persatuan kebangsaan-Persatuan Akademik Universiti ...(PERSATU) dan Qualitative Research Association Malaysia(QRAM)
Bagi penulis-Alhamdulillah....hanya berjaya meminimakan penunjuk prestasi buat setakat ini.... sudah berjaya dicapai sejak hujung tahun 2011.....
wallahualam
Secara keseluruhannya masih banyak yang perlu diperbaiki seiring dengan perancangan strategik menuju ke akhirat......insyaallah.........

Monday, April 02, 2012
Perancangan harian
Dalam menjalani kehidupan seharian, perancangan harian perlu ada untuk memudahkan kita mencapai apa yang kita sasarkan seharian.
Bagi penulis, sesuatu hari itu akan terasa bermakna apabila adanya senarai untuk dibuat terutamanya hari2 bekerja.
Ini untuk memudahkan kita menyemak semula andaikata kita terlepas pandang,terlupa mahupun tidak sempat melunaskan apa yang perlu kita lakukan.
Itu jugalah yang penulis amalkan pada sewaktu pengajian phd dan juga peringkat sarjana.
Bukan mahu mendabik dada, cuma sekadar berkongsi pengalaman atau dalam erti kata lain, kajian kes sebenar' yang pernah penulis tempuhi.
Dalam menguruskan projek mahupun pelaksanaan tugas baik skop kecil mahupun besar, pengurusan perancangan adalah amat penting untuk memastikan segala yang dirancang dilaksanakan.
Tidak hairanlah pihak KPT juga telah menggariskan Pelan Strategik Tinggi Negara untuk memperkasakan tahap kualiti institut pengajian tinggi awam di Malaysia.
Berbalik kepada pengalaman penulis, senaraikan apa yang perlu dibuat biasanya dibuat mengikut harian,mingguan ataupun bulanan mengikut keperluan dan sasaran kerja.Sebenarnya melalui cara ini kita mudah untuk memberi 'hadiah'@self-reward kepada diri sendiri jika kita berjaya mencapai sasaran seterusnya sebagai motivasi dalaman untuk seronok mengharungi kehidupan. Nampak mudah bukan, cubalah.....lain orang lain caranya.Perancangan peribadi ini boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah sebagaimana ada individu yang mempunyai perancangan belanjawan peribadi masing-masing.Wallahualam....
Monday, March 26, 2012
Sibuk sangatkan anda??????????????
Secara jujurnya memang saya akui masa sangat berharga buat masa sekarang. Pengurusan masa yang salah dan tidak efektif menyebabkan saya rasa, masa tidak pernah cukup setiap hari.Hari demi hari dirasakan begitu pantas.Adalah tidak wajar untuk dinukilkan secara terperinci apa yang disibukkan saban hari.Cukuplah saya mengatakan bahawa saya masih perlu memperbaiki diri dalm hal pengurusan masa, diri dalam kerjaya dan juga untuk keluarga.Masih terlalu banyak jurang dan lompang-lompang yang perlu diisi.
Walaubagaimanapun dalam masa yang sama, saya tumpang gembira dengan kejayaan demi kejayaan rakan2 seperjuangan yang sudahpun bergelar Dr(Phd) sejak akhir2 ini......Sejak hujung tahun 2011 lagi sehingga sekarang, berita gembira itu sering datang menjelma, kebanyakannya berjaya dengan cemerlang.Saya sendiri lulus Phd ini hanya setakat biasa2 sahaja,namun saya tetap gembira dengan pencapaian saya.Namun, teman hidup saya masih belum sampai gilirannya. Saya sentiasa mendoakan kejayaan beliau akan tiba jua, cepat atau lambat, biar Allah yang menentukan segala2nya...
Saya mendoakan yang terbaik untuk perjalanan karier saya yang masih jauh lagi. Phd sebenarnya bukan segalanya namun ia boleh dikatakan titik permulaan untuk peningkatan kredibiliti sesesorang pensyarah atau profesional dalam bidang tugas masing-masing. Phd bukan juga boleh dijadikan alasan untuk kita mendabik dada dan mengatakan bahawa kita tahu segala-galanya di dunia ini. Ilmu yang kita ada untuk mencapai kelulusan tersebut boleh diibaratkan umpama setitis air di lautan sahaja.Moga yang terbaik dan yang terindah menjadi milik saya,teman hidup, rakan2 seperjuangan dan sesiapa sahaja yang membaca coretan ini.Insyaallah......

Monday, March 05, 2012
Sebuah buku selautan Ilmu (Bhgn 2)
Walaubagaimanapun salah satu cabaran untukmenangani bagaimana untuk menarik minat pelajar mahupun orang dewasa untukmenjadikan membaca sebagai satu budaya yang berterusan hingga ke akhir hayat?
Sebagai contoh, dalam menangani masalahmemupuk minat membaca bacaan sastera di kalangan pelajar sekolah? Perkara inidirujuk melalui laporan kajian oleh Lee(2005) bahawa; kelemahan dalam minat danperasaan fobia terhadap sastera telah menjadi penyumbang utama kepadakemerosotan skor markah dan prestasi sastera. Keadaan ini menimbulkanmasalah-masalah susulan seperti pelajar kurang memberi perhatian semasapengajaran dan pembelajaran, pasif, tidak membuat kerja rumah dan tiadainsentif untuk meningkatkan prestasi diri. Dweck (1975 dalam Lee(2005)) dalamkajiannya membuktikan bahawa pelajar perlu sedar kekurangan usaha pada dirinyasupaya dia dapat memperbaiki kelemahan pada dirinya dalam proses pembelajaran. Safiah(1979 dalam Lee(2005)) pula menegaskan kewujudan hubungan minat membaca dikalangan pelajar ada perkaitan dengan faktor pencapaian. Pelajar memerlukan kepelbagaiancabaran-cabaran intelektual. Tambahan pula mereka tidak terhad untuk memahami maksudyang tersurat, malah juga perlu memahami maksud tersirat melalui penaakulan dangerak hati. Menurut Lee(2005) lagi, hasil kajian beliau menggariskan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajarkurang meminati sastera. Pertama, pelajar kurang berminat untuk membaca dantiada kesedaran untuk membaca bahan sastera. Golongan ini leih berkecenderunganuntuk meminati bahan bacaan yang ringan dan santai, tanpa perlu menggunakanotak mereka semaksima mungkin. Kedua, sikapibubapa yang juga tidak menyedari kepentingan bahan bacaan sastera untukanak-anak. Ketiga, tiada pendedahan yang menonjol tentang kepentingan bahansastera serta kos untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan juga agak mahal.
Sementara itu, hasil dapatan kajian Kathy(1994 dalam Lee(2005)) turut membuktikan bahan bacaan sastera berbentuksantai masih kurang, maka seharusnya diwujudkan kelab membaca. Ini membolehkanpelajar boleh minat membaca dengan adanya sedikit imbuhan dengan sokongandaripada pihak berkaitan. Selain itu, kajianKathy (1994 dalam Lee(2005)) mendapati teknik bacaan yang didorongi dengansemangat yang kuat serta tiada mengenal erti jemu daripada pihak sekolah untukmenggalakkan pelajar membaca dan buku percuma diberikan kepada pelajar yangterlibat. Tambahan lagi, galakan berbentuk motivasi dalaman atau motivasi luaranperlu ada daripada pihak persekitaran iaitu pihak ibu bapa atau guru. Kajian Ina Sue (1994 dalam Lee(2005)) turut mendapati bahawa budaya membaca yangseronok timbul apabila terdapatnya galakan, pilihan bahan bacaan dan masa untukmembaca. Ini bermaksud, pelajar membaca dengan penuh minat apabila wujudnyasokongan dan galakan daripada ibu bapa dan guru.
Merujuk pula kepada kajian oleh Badusahdan Embi(2006), selain buku secara nyata, aplikasi buku elektronik untukperingkat pembelajaran dan pengajaran adalah merupakan satu pilihan bijak dan inovatifserta sesuai dengan gaya pembacaan generasi kini dalam mendapatkan maklumat.Kemajuan di dalam teknologi informasi dan komunikasi telah membawa transformasidalam kaedah dan cara pembacaan.
Tambahan lagi, hasil kajian oleh Gandhi (2001 dalam Badusah danEmbi(2006)) turut menyokong pernyataan faedah buku elektronik dimana buku elektronikjuga termasuk maklumat-maklumat digital antaranya bahan-bahan pemprosesanperkataan, surat elektronik, hiperteks atau internet. Aplikasi buku elektronik termasuklahbuku digital, komputer dan internet yang berbentuk alat bantu belajar bagitujuan pembelajaran di dalam bilik darjah pada zaman teknologi maklumat dankomunikasi. Buku elektronik merupakan salah satu lagi pilihan bagi tenagapengajar selain membawa buku teks kekuliah mahupun ke kelas.
Walaubagaimanapun, buku elektronik ataujuga boleh dikenali sebagai buku digital ini boleh serta perlu dikawal kandunganperisiannya melalui portal pembelajaran. Medium baru melalui penggunaan bukuelektronik ini mampu menarik minat serta meningkatkan motivasi membaca danmengumpulkan maklumat bagi pelajar(Gandhi 2001 dalam Badusah dan Embi(2006)).
Selain itu, buku elektronik jugaberkebolehan beroperasi tanpa wayar, mudah dan praktikal untuk digunakan; amat sesuaibagi mendapatkan maklumat dengan selesa dan pantas. Rekabentuk untuk buku elektronikberbentuk setempat memandangkan buku elektronik ini menggunakan sistem tetingkap.Sistem ini membenarkan lebih daripada satu tetingkap muncul di layar bukuelektronik tersebut.
Ini menunjukkan kepelbagaian bahanpembacaan berbentuk multimedia.Ini membolehkan capaian melalui tetingkap olehpelajar sama ada melalui aplikasi Internet atau teks digital (Godwin 2003 dalamBadusah dan Embi(2006)). Kepelbagaian kajian berkiatan hal ini membuktikan keistimewaan dan kemudahan buku elektronik inimampu meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran di bilik darjah(Becker 1994; Awbrey 1996; Bracha & Feldman 2000; Chambers dan Davies 2002dalam Badusah dan Embi(2006)).
Teknologi buku elektronik ini juga bolehdikategorikan sebagai alat bantu belajar yang baru. Memandangkan ia menggabungkanpelbagai aplikasi teknologi sebagai penyediaan persekitaran yang kaya maklumatdan sumber maklumat serta mampu beradaptasi dengan keadaan setempat. Inimerupakan satu inovasi dalam pendekatanpengajaran bahasa yang dibantu komputer. Inovasi yang dimaksudkan dalam hal iniadalah ia boleh merangkumi kepelbagaian jenis buku, majalah dan surat khabar didalam sebuah buku elektronik.
Buku elektronik boleh dideskripsikan dengankemudahan layar dan papan kekunci yang saiznya lebih kecil daripada sebuahkomputer persendirian sebagai contoh Kindle oleh Amazon(Kindle Malaysia,2011),dewasa ini. Saiz buku elektronik juga boleh menayamai saiz buku biasa. Tambahan lagi buku ini ini bersifattanpa wayar serta berfungsi menggunakan jaringan Internet mahupun rangkaiansetempat (Local Area Network) (Gandhi 2001; Godwin 2003 dalam Badusah danEmbi(2006)). Maka dengan adanya kemudahan jaringan tanpa wayar ini, pelajarlebih mudah membaca bahan yang digemarinya dengan menggunakan buku elektronik.
Walaubagaimanapun ada juga sesetengahpendapat mengatakan dengan adanya teknologi canggih melalui teknologikomunikasi ini menyebabkan manusia semakin malas. Manusia semakin malas keperpustakaan, malas untuk bersosial secara alam nyata, memandangkan kewujudanribuan laman sosial seperti Facebook dan sebagainya. Adakalanya maklumat di hujung jari tidakdiperolehi secara holistik, dan adakalanya bersifat provokasi (Johnjim, 2011).Ini menyebabkan perpecahan fahaman berlaku. Maka melalui pembacaan buku yangberkualiti tinggi dapat menangani situasi daripada terus menjadi barah dalammasyarakat. Walaubagaimanapun kecanggihan teknologi untuk kemudahan komunikasidewasa ini sebenarnya bergantung kepada seseorang individu itu sendiri. Malah,selain individu, komuniti juga memainkan peranan dalam menyumbang kepadakelakuan perkongsian pengetahuan di zaman teknologi canggih ini(Sulaiman,2010). Secara tidak langsung, ketiga-tiga faktor ,individu(personal,komuniti dan teknologi) ini ada perkaitan dalam menentukan sejauh mana sesebuahperkongsian pengetahuan berlaku(Sulaiman,2010).
Maka kepentingan buku juga tidak boleh disangkalkanlagi malah amat bermakna dalam pembangunan minda individu dan juga ketamadunan sesebuahbangsa juga. Buku dan membaca, ibarat irama dan lagu. Tanpa buku, masakanseseorang boleh membaca,manakala tanpa membaca, seseorang itu tidak bolehmeperolehi maklumat dan pengetahuan yang diperlukan. Budaya membaca perludipupuk seawal seseorang insan didalam kandungan ibu lagi. Ini mampu melahirkangenerasi yang berpengetahuan dan dapat meningkatkan lagi pembangunan sahsiahseseorang. Buku juga boleh diibaratkan sebagai senjata kepada seseorangindividu untuk mempertahankan diri.
Rujukan
Alatas,S.A.(2011),’Senyumlah’, Galeri Ilmu, PetalingJaya,Selangor.
Badusah, J. & Embi, M.A.(2006), ‘Keberkesanan Penggunaan Buku Elektronik:Penulisan Karangan Berbentuk Deskriptif’, Jurnal Teknologi Maklumat &Multimedia, 3(2006) ,43-54
Johnjim.(2011),’ Teknologi jadikan manusia pemalas? 8 Ogos 2011 ; http://berita-harian-online.com/teknologi-jadikan-manusia-pemalas/
Hamid, H.(2010),‘Masadepan buku terletak pada kanak-kanak hari ini’, 28 Mac 2010; http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0328&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_12.htm
Hong, L.K.(2005),’ Pengajarandan Pembelajaran Sastera dalam Sukatan Pelajaran Pengajian Cina KDPM’ , Seminar PenyelidikanPendidikan MPBL 2005, Holiday Inn,Kuching, Sarawak.
Kedai Rakyat 1Malaysia(2012),’Utamakan kesejahteraan rakyat’, 5 Februari2012, http://www.kedairakyat1malaysia.com.my/ms/utamakan-kesejahteraan-rakyat
Kindle Malaysia(2011),’Kindle Acase with Leather Case’, 5 Februari 2012, http://kindlemalaysia.com/products-page/kindle-device/kindle-case/?utm_source=Google&utm_medium=CPC&utm_term=MajorKindle&utm_content=StylishCase&utm_campaign=Kindle-M%27sia-Search-Exp&gclid=CIjaxYabh64CFQZ76wodLBqC3g
Mohanad,B dan Hashim,I.(2009), ’Bagaimana Memotivasi Pelajar : Teori, Konsep dan Kepentingan’, PTSPublishing Kuala Lumpur.
Mzurs(2010), ‘Kepentingan membaca’, 16 Mei 2010, http://edu4u.edublogs.org/2010/05/16/kepentingan-membaca/
Sulaiman,N.I.S(2010),The Critical Success Factors in Knowledge Sharing Behaviouramong Malaysian Undergraduate Students, Phd Thesis, The University ofSalford,Manchester
Pengurusan SumberPendidikan(2012),’i-NILAM’,5 Feb 2012, http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/faqs/214-program-nilam.html
Portal rasmiKementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2012), ‘Baucar Buku 1Malaysia’,5Februari 2012; http://www.mohe.gov.my/portal/component/content/article/34-slide-banner/535-baucar-buku-1malaysia.html
Portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia(2011),’Bajet 2012’, 7Oktober 2011, http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub12.pdf
Zainal Abidin, N. danAyudin,M.R.(2009),’Kerjaya sebagai pensyarah:Siri Pendidikan Kerjaya, PTSPublishing,Kuala Lumpur.
Artikel@Esei ini mendapat tempat kedua di dalam Pertandingan Menulis Esei sempena Pesta Buku Utara 2012 di UUM (19hb-23hb Feb 2012) .
Artikel@Esei ini mendapat tempat kedua di dalam Pertandingan Menulis Esei sempena Pesta Buku Utara 2012 di UUM (19hb-23hb Feb 2012) .
Alhamdulillah........
Monday, February 27, 2012
Sebuah buku selautan Ilmu (Bhgn 1)
Buku adalah bahan terpenting
dalam kehidupan seseorang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Terdapat
kepelbagaian kegunaan mengikut kategori ilmu yang ditetapkan. Walaupun pada era
ini, kewujudan bahan ilmiah dan maklumat hanya di hujung jari, namun,
masyarakat masih memerlukan buku untuk pembelajaran sepanjang zaman. Buku
merupakan pendokumentasian sesebuah manuskrip mahupun karya seseorang baik
ilmiah mahupun bukan ilmiah. Buku juga selalunya dikaitkan dengan kunci
pengetahuan. Bermula dengan proses pembacaan buku, seseorang itu akan mendapat
maklumat. Kemudian proses pemahaman maklumat ditransformasikan pengetahuan
berdasarkan konteks pengalaman seseorang itu sendiri. Pengetahuan ini boleh
didefinisikan sebagai perolehan maklumat yang berasaskan pengalaman serta pemahaman
dan pencernaan sesuatu maklumat yang diterima (Sulaiman, 2010). Manakala
maklumat diperolehi daripada data yang telah diproses, samada sebagai fakta
untuk membantu seseorang membuat keputusan dan juga informasi untuk mengukuhkan
sebab seseorang itu untuk membuat keputusan (Sulaiman, 2010).
Proses pembangunan sahsiah
seseorang individu juga bergantung kepada sejauh mana pemahaman dan penghayatan
seseorang individu itu terhadap buku atau bahan bacaan yang difahami dan
dihayati. Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia, bertarikh 28 Mac 2010,
bertajuk ‘Masa depan buku terletak pada kanak-kanak hari ini’,
menunjukkan bahawa buku sememangnya amat signifikan bagi manusia untuk memahami
apa yang dikatakan ilmu. Malah, ketidakwujuduan buku menjadikan sukar untuk
melahirkan manusia yang bijak dan berpotensi dalam mencapai cita-cita seseorang.
Hampir dua ratus tahun yang lalu, buku telah dilihat sebagai medium utama dalam
pembangunan memberi kebebasan untuk manusia berfikir. Tambahan lagi, buku juga
mampu menjadi perisai penting untuk memartabatkan generasi yang akan datang.
Selain daripada dikenali sebagai kunci
pengetahuan, buku juga sering dikaitkan dengan jambatan pengetahuan. Ini
bermaksud, buku diibaratkan sebagai penghubung antara seseorang yang tidak tahu
kepada tahu sesuatu pengetahuan yang ingin diketahuinya. Sebagai contoh, buku
motivasi yang mampu mengubah paradigma seseorang yang membaca dari seorang yang
berpandangan negatif kepada seseorang yang mampu berpandangan postif. Begitu
juga dengan buku tarbiah rohani, yang mampu menenangkan jiwa seseorang indvidu
yang tertekan ataupun mengalami masalah. Melalui pembacaan buku, hati yang
gelisah mampu menjadi tenang dan lebih positif dalam kehidupan.
Satu lagi contoh yang lebih spesifik
tentang buku motivasi iaitu ’Bagaimana Memotivasi Pelajar : Teori, Konsep dan
Kepentingan’ oleh Mohamad dan Hashim(2009), dapat diaplikasikan dalam kehidupan
seharian seseorang pelajar. Motivasi amat penting dalam merangsang diri agar
terus mengejar dan meraih kejayaan. Namun, tidak ramai yang tahu apa itu
motivasi dalam erti kata yang sebenar. Di dalam buku ini juga turut menerangkan
secara terperinci tentang kepentingan motivasi, teori-teori barat, motivasi
dalam Islam, motivasi pelajar dan juga bagaimana menerapkan motivasi dalam diri.
Sesungguhnya dewasa ini. pertambahan buku
tentang pembangunan diri dan pengurusan diri sangat mudah diperolehi di
mana-mana kedai buku yang boleh dibeli di kedai buku mahupun secara atas talian.
Walaubagaimanapun, semuanya tertakluk kepada jenis bahan bacaan yang dibaca.
Pastikan bahan bacaan adalah yang bahan bacaan yang berkualiti tinggi dan mampu
menjana ilmu kepada pembaca, bukan hanya hidangan ringan semata-mata seperti
hiburan ataupun bahan-bahan bacaan yang tidak bermanfaat.
Sebagai contoh, sebuah buku
yang dibaca antara yang terjual paling banyak di pasaran buat masa ini yang
bertajuk ‘Senyumlah’ ditulis oleh Alatas (2011) sarat dengan mesej-mesej
positif dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Buku
ini turut menghuraikan kepentingan masalah dalam kehidupan dan juga peranan
sabar dalam menghadapi masalah dalam kehidupan seharian. Bagi individu yang membaca
buku tersebut akan tersentuh dan cuba berusaha untuk mempositifkan diri melalui
penghayatan dam pemahaman yang menyeluruh bagi buku tersebut. Selain bahan
motivasi dalam bentuk buku, dewasa ini, bahan berbentuk motivasi juga boleh
diperolehi dengan mudah melalui teknologi web 2.0 seperti laman sosial
Facebook, Blogs,Youtube dan juga aplikasi mobiliti seprti telefon pintar.
Buku pelajaran atau buku akademik
bagi seseorang pelajar juga tidak kurang pentingnya. Buku teks serta modul nota
kuliah sebagai contoh, seharusnya pelajar universiti secara spesfiknya perlu
melihat kepentingan untuk memiliki buku bagi setiap kursus yang diambil. Antara
kepentingan membeli buku teks atau nota kuliah ataupun buku bacaan tambahan,
sudah pastinya pelajar tersebut mendapat gambaran yang lebih menyeluruh dan kepelbagaian
contoh dalam buku teks yang disyorkan oleh pensyarah. Walaubagaimanapun masih
terdapat segelintir pelajar universiti masih sukar untuk membeli buku dengan
kepelbagaian alasan yang direka untuk menyelamatkan diri. Kerajaan Malaysia juga
turut mengorak inisiatif terbaru dengan memberi insentif baucer 1Malaysia (Portal
rasmi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2012), seorang RM200 kepada semua pelajar universiti
samada pra-siswazah mahupun pasca- sisiwazah. Pemberian baucar 1Malaysia kepada semua pelajar Malaysia termasuklah
yang berada di Tingkatan Enam,
Matrikulasi, Asasi, Politeknik, universiti tempatan mahupun universiti swasta. Pemberian
baucar 1Malaysia ini telahpun diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
ketika membentangkan Belanjawan 2012 (Portal rasmi Kementerian Kewangan
Malaysia,2011). Para pelajar boleh menggunakan baucar tersebut bagi pembelian pelbagai
bahan rujukan mengikut keutamaan seperti buku akademik, jurnal, majalah ilmiah
dan peralatan pembelajaran. Ini menujukkan kerajaan Malaysia menyedari
kepentingan buku ataupun bahan bacaan yang mampu meningkatkan pengetahuan dan
pemahaman seseorang pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, bagi
peringkat sekolah rendah dan menengah bawah, pihak kerajaan juga turut tidak
lupa memberi bantuan kewangan kepada para ibubapa dengan sumbagan setiap
pelajar RM100 (Kedai Rakyat 1Malaysia, 2012), dimana ibubapa juga boleh menggunakan wang
tersebut untuk membeli buku latihan ataupun buku aktiviti tambahan kepada
anak-anak. Memandangkan buku teks juga telah dibekalkan secara percuma kepada
semua pelajar sekolah bantuan kerajaan tanpa mengambil kira latarbelakang
kewangan ibubapa pelajar-pelajar sekolah berkaitan. Mengikut pengamatan
penulis, bagi buku-buku latihan dan juga buku aktiviti ataupun buku tambahan
bagi pelajar sekolah rendah mahupun menengah, harga yang ditawarkan adalah amat
berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua pelajar. Terpulang kepada ibubapa
untuk menentukan jenis dan kualiti buku yang diperlukan bergantung kepada
keperluan pelajar. Selain guru, ibubapa juga harus bekerjasama dalam proses
pembelajaran dan pemahaman pelajar terutamanya selepas waktu sekolah. Buku dan
pelajar juga amat penting, selain alat bantuan mengajar dan belajar yang lain.
Adakalanya buku juga adalah kunci utama dalam pembelajaran di samping
penglibatan pelajar itu sendiri dalam kelas. Tidak hairanlah adakalanya guru
sanggup mendenda pelajar jika terdapat pelajar yang tertinggal buku yang perlu
digunakan di dalam kelas.Ini menunjukkan betapa pentingnya buku dlam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah kelas. Ini kerana, secara
logiknya jika pelajar tersebut ketiadaan buku, keberkesanan pemahaman di dalam
pembelajaran sedikit sebanyak akan tergugat dan membantutkan pemahaman pelajar
itu tadi.
Begitu juga dengan ahli
akademik, buku dan pensyarah tidak boleh dipisahkan. Tidak terkecuali guru, tenaga
pengajar di institut kemahiran mahupun politeknik ataupun di semua institusi
pengajian. Golongan pendidik ini boleh diibaratkan sebagai ‘sifu’ dalam bidang
masing-masing. Mereka perlu memiliki kelulusan yang tertentu sebelum layak
menjadi tenaga pendidik baik sebagai pensyarah,guru mahupun jurulatih. Untuk
menjadi pensyarah universiti contohnya, seseorang individu sekurang-kurangnya
perlu memilik ijazah sarjana. Untuk memiliki kelulusan setahap ini, individu
itu perlu meghasilkan disertasi yang memerlukan rujukan daripada pelbagai bahan
rujukan termasuklah kepelbagaian buku. Ini untuk memastikan pensyarah mampu
melaksanakan lima bidang tugas utama yang sangat kompeten iaitu mengendalikan
sesi kuliah iaitu pengajaran, menjalankan penyelidikan, menulis hasil penyelidikan,
menyelia pelajar dan juga penglibatan dalam perundingan profesional (Zainal
Abidin dan Ayudin(2009).
Bagi golongan pendidik ini, sebagai
persediaan kepada pengajaran, buku amat diperlukan bagi tenaga pengajar sebagai
melengkapi bahan pengajaran selain nota kuliah ataupun alat bantuan mengajar. Bagi
ahli akademik, golongan ini juga harus lebih bergerak secara proaktif untuk menghasilkan
buku mengikut kepakaran masing-masing dalam konteks nasional mahupun peringkat
antarabangsa. Selain dapat mengembangkan kepakaran dan perkongsian pengetahuan
kepada golongan sasaran, ahli akademik juga mampu mengasah kemahiran menulis
seterusnya dapat meningkatkan penerbitan melalui hasil kerja penulisan. Antara
matlamat yang boleh dicapai melalui penerbitan buku ini, perkongsian
pengetahuan daripada pihak pakar kepada yang mencari pengetahuan tersebut dapat
dihasilkan. Secara tidak langsung, penerbitan buku juga sebagai salah satu
medium untuk membuktikan kepakaran sesorang ahli akademik, selain melalui
proses penyelidikan mahupun perundingan.
Bagi novelis buku, mereka juga
mampu membuat anjakan paradigma melalui mesej-mesej yang tersirat dan tersurat
dalam penceritaan yang dinovelkan. Kebiasaannya novel lebih mengabstrakkan
kisah kehidupan sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat dan sebagainya.
Penulisan novel juga memerlukan pengetahuan dan kemahiran menulis yang
memerlukan kepada pembacaan novel berkaitan. Dalam penulisan novel,
kebiasaannya, penulis mempunyai daya imaginasi yang agak tinggi, memandangkan
novel biasanya dimulai dengan pendeskripsian situasi dengan keadaan yang
difokuskan. Terdapat juga novel yang berjaya diadaptasikan menjadi filem dan
drama dimana, sebelum dihasilkan drama mahupun filem, sesebuah novel perlu
ditukar dalam bentuk skrip drama mahupun skrip filem. Tidak ketinggalan, pengarah
drama mahupun pengarah filem juga memerlukan pembacaan buku mahupun apa jua
bahan bacaan yang berkaitan sebelum menghasilkan produksi yang mantap.
Begitu juga dengan perilaku membaca. Tanpa
membaca, seseorang itu tidak akan mampu mempunyai ilmu pengetahuan walaupun
memiliki berjuta buah buku sekalipun.Membaca
dan buku ibarat aur dengan tebing, bagaikan irama dengan lagu. Dimana sikap
suka membaca menyumbang kepada kekuatan kepada sesiapa sahaja seterusnya kepada
mana-mana bangsa mahupun sesebuah negara. Walaupun
sesebuah negara tersebut dilengkapi dengan kekuatan sistem pertahanan mahupun sistem
kewangan, tanpa rakyat yang
berpengetahuan, tidak mustahil negara itu akan terancam dengan kuasa-kuasa
besar yang lain.
Kesedaran kerajaan dalam hal ini telahpun
diimpelmentasikan hampir sedekad yang lalu, melalui Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) (Pengurusan
Sumber Pendidikan, 2012) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini
telah membuktikan semangat suka membaca dari peringkat sekolah rendah yang
mampu menyumbang kepada individu yang berkebolehan dalam pelbagai sudut
kemahiran. Pelbagai sudut kemahiran ini juga secara tidak langsung menyumbang
kepada ketrampilan, kesahsiaan dan juga keperilakuan yang mulia. Semua aspek
ini hasil dari pembacaan yang berkualiti dan penerapan nilai-nilai murni yang berkesan dan mantap.
Bagi staf pula, Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah
menggalakkan staf untuk lebih minat dan
membiasakan diri dengan tabiat suka membaca melalui kaedah latihan secara
pembacaan menggantikan hari berkursus. Melalui kaedah ini, setiap staf secara
tidak langsung dapat mempertingkatkan kemahiran mereka melalui pembacaan buku.
Mereka perlu membaca, merekod dan mempersembahkan dapatan mereka. Buku yang
dibaca pula perlu ada kaitan dengan bidang tugas semasa. Secara tidak langsung,
program bermatlamat untuk memenuhi dasar latihan sekurang-kurangnya tujuh hari
kursus dalam setahun bagi setiap staf kerajaan.
Selain itu , Kementerian Dalam Negeri juga
turut mewajibkan semua staf Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta pelatih Pusat Serenti terlibat dengan Kempen
Galakan Membaca (Mzurs, 2010). Melalui kempen ini, matlamat untuk melahirkan pegawai
AADK yang lebih berwibawa dan
berdedikasi semasa menjalankan tugas mereka serta lebih berinformasi serta keyakinan kepada pelatih Pusat Serenti sebaik
sahaja mereka keluar dari pusat latihan.- bersambung
Artikel@Esei ini mendapat tempat kedua di dalam Pertandingan Menulis Esei sempena Pesta Buku Utara 2012 di UUM (19hb-23hb Feb 2012) .Alhamdulillah........
Monday, February 20, 2012
Antara SCL dan Blended Learning
Kedua-duanya bagaikan irama dan lagu.Itu pendapat jujur saya.
Apa itu SCL?Student Centered Learning atau dalam istilah Melayu adalah Pembelajaran berpusatkan pelajar.Ia boleh dikendalikan melalui Case Study(contoh-contoh yang realiti bukan fantasi) mahupun Problem based(berasaskan masalah).....
Pendekatan ini antara tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan tahap keyakinan diri para pelajar semasa di dalam kuliah dan untuk mengelakkan mereka merasa boring dan mudah mengantuk. Matlamat lain adalah untuk meningkatkan juga tahap 'soft skill' pelajar itu sendiri.
Memang ini satu cabaran baik untuk para pelajar mahupun pensyarah itu sendiri.Mengapa? kerana sistem pendidikan di Malaysia ini sebenarnya sudah lama mengamalkan pendekatan pembelajaran berpusatkan pensyarah mahupun guru dan juga berorientasikan peperiksaan.Memang agak sukar untuk menuju ke arah anjakan paradima ini, namun jika semua pihak mempunyai nekad untuk berubah , tidak ada yang mustahil!!!!!!!!!!!!!!
Blended Learning merupakan gabungan pembelajaran bersemuka di kelas dan juga menggunakan teknologi elektronik(sumber-sumber pengajaran melalui teknologi pembelajaran elektronik(E-learning).Antara contoh konsep ini yang biasa dilakukan adalah kuiz atas talian, penerangan tugasan atas talian, waima perbincangan atau tutorial atas talian.Pentingnya disini, sejauh mana tahap penerimaan teknologi E-learning ini dioptimumkan oleh pihak pensyarah mahupun para pelajar.
Minggu ini adalah minggu pertama sesi perkuliahan di tempat penulis bekerja, sudah pasti rata-rata pensyarah sibuk memuat-naikkan(up oad) nota-nota kuliah di E-learning portal yang disediakan.Moga para pelajar meghargainya!!!!!!!!!!!!

Monday, February 13, 2012
Kepelbagaian tugas dan tanggungjawab.
Tinggal seminggu sahaja lagi, semester baru akan bermula.Persediaan untuk pengajaran di semester baru tidaklah sesempurna yang dijangkakan.Tugas pentadbiran dan penyediaan kertas kerja untuk menjalankan penyelidikan perlu diutamakan untuk minggu ini.Penulis akui, pengajaran juga merupakan salah satu tugas utama, namun keterbatasan masa mengekang penyediaan pengajaran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.Penulis yakin, ini senario biasa bagi seorang ahli akademik dek komitmen yang perlu dibahagikan seadil-adilnya kepada semua bidang tugas sebagai seorang ahli akademik itu sendiri.
Bagi yang tidak jelas bidang tugas ahli akademi biasanya merangkumi 5P;Pengajaran;Penyelidikan(Perundingan);Penulisan:Perundingan dan juga Pentadbiran(termasuk hanya menjadi AJK,mahupun Dekan hatta sekalipun).Dan ahli akademik tidak bercuti tatkala pelajar-pelajar universiti cuti semester, berbeza dengan pendidik di sekolah kebangsaan mahupun menengah, namun dewasa ini, pendidik juga tidak terkecuali dengan bebanan tugas yang sangat mencabar.
Berbalik kepada penulis, minggu ini lebih difokuskan kepada P kedua dan P kelima tadi(Penyelidikan dan juga Pentadbiran).Mujur juga penulis mempunyai pembantu penyelidik yang banyak membantu kerja-kerja penyelidikan. Pentadbiran? penulis bukan lah Dekan mahupun Ketua Jabatan, hanya sekadar memudahkan kerja dan melaksanakan perintah Dekan dan Ketua Jabatan, namun tugas itu turut memerlukan pembuatan keputusan dari penulis sendiri,dan perlu disempurnakan dalam masa yang agak singkat. Dalam hal ini, penulis harus bersikap profesional terutamanya jika ianya melibatkan hati dan emosi seseorang. Diharapkan penulis lebih banyak bersabar, lebih matang(cuba menjadi seorang yang 'ignorance') dan juga sentiasa bersikap telus dan hormat kepada orang samada dibawah mahu pun di atas.

Thursday, February 09, 2012
Tuesday, February 07, 2012
Kalau namanya guru@pendidik................
Penulis terharu apabila mantan pensyarahnya masih mengecam beliau walaupun sudah hampir 13 tahun lamanya selepas dia mengambil kursus di bawah pengajaran pensyarah itu dan beliau bukan pelajar yang top mahupun pelajar kegemaran pensyarah suatu tika dahulu,,,pelajar jenis pasif jugalah kiranya...Hari ini, penulis berpeluang menghadiri satu bengkel dimana penceramahnya adalah pensyarah beliau waktu peringkat pengajian sarjana muda di salah satu IPTA autonomi berbelas tahun lalu(penulis beranggapan lebih daripada 10 tahun memandangkan waktu pengajian beliau untuk ijazah pertama adalah di antara tahun 1998 hingga 2001). Kini mantan pensyarahnya adalah salah seorang Profesor di IPTA yang sama dan merupakan salah seorang ahli panel untuk geran ERGS bagi kategori sains komputer.....Itulah normanya...pendidik tidak pernah melupakan anak didiknya....Terima kasih Prof Dr Abdullah!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Monday, February 06, 2012
PERKONGSIAN MAKLUMAT
Selain blogs saya ini yang masih setahun jagung dalam peringkat perkongsian pengalaman dalam penyelidikan Phd mahupun sarjana, penulis berbesar hati untuk berkongsi satu lagi blogs yang banyak berkongsi tips dan strategi untuk menjalankan penyelidikan iaitu blog Dr Othman Talib
Sunday, February 05, 2012
Techniques of Operations Research
Techniques of Operations Research
- Linear Programming. Linear Programming (LP) is a mathematical technique of assigning a fixed amount of resources to satisfy a number of demands in such a way that some objective is optimized and other defined conditions are also satisfied.
- Transportation Problem. The transportation problem is a special type of linear programming problem, where the objective is to minimize the cost of distributing a product from a number of sources to a number of destinations.
- Assignment Problem. Succinctly, when the problem involves the allocation of n different facilities to n different tasks, it is often termed as an assignment problem.
- Queuing Theory. The queuing problem is identified by the presence of a group of customers who arrive randomly to receive some service. This theory helps in calculating the expected number of people in the queue, expected waiting time in the queue, expected idle time for the server, etc. Thus, this theory can be applied in such situations where decisions have to be taken to minimize the extent and duration of the queue with minimum investment cost.
- Game Theory. It is used for decision making under conflicting situations where there are one or more opponents (i.e., players). In the game theory, we consider two or more persons with different objectives, each of whose actions influence the outcomes of the game. The game theory provides solutions to such games, assuming that each of the players wants to maximize his profits and minimize his losses.
- Inventory Control Models. It is concerned with the acquisition, storage, handling of inventories so as to ensure the availability of inventory whenever needed and minimize wastage and losses. It help managers to decide reordering time, reordering level and optimal ordering quantity.
- Goal Programming. It is a powerful tool to tackle multiple and incompatible goals of an enterprise.
- Simulation. It is a technique that involves setting up a model of real situation and then performing experiments. Simulation is used where it is very risky, cumbersome, or time consuming to conduct real study or experiment to know more about a situation.
- Nonlinear Programming. These methods may be used when either the objective function or some of the constraints are not linear in nature. Non-Linearity may be introduced by factors such as discount on price of purchase of large quantities.
- Integer Programming. These methods may be used when one or more of the variables can take only integral values. Examples are the number of trucks in a fleet, the number of generators in a power house, etc.
- Dynamic Programming. Dynamic programming is a methodology
useful for solving problems that involve taking decisions over several
stages in a sequence. One thing common to all problems in this category
is that current decisions influence both present & future periods.
"The best thing about future is that it comes one day at a time. " - Abraham Lincoln - Sequencing Theory. It is related to Waiting Line Theory. It is applicable when the facilities are fixed, but the order of servicing may be controlled. The scheduling of service or sequencing of jobs is done to minimize the relevant costs. For example, patients waiting for a series of tests in a hospital, aricrafts waiting for landing clearances, etc.
- Replacement Models. These models are concerned with the problem of replacement of machines, individuals, capital assets, etc. due to their deteriorating efficiency, failure, or breakdown.
- Markov Process. This process is used in situations where various states are defined and the system moves from one state to another on a probability basis. The probability of going from one state to another is known. This theory helps in calculating long run probability of being in a particular state.
- Network Scheduling-PERT and CPM. Network scheduling is a technique used for planning, scheduling and monitoring large projects. Such large projects are very common in the field of construction, maintenance, computer system installation, research and development design, etc. Projects under network analysis are broken down into individual tasks, which are arranged in a logical sequence by deciding as to which activities should be performed simultaneously and which others sequentially.
- Symbolic Logic. It deals with substituting symbols for words, classes of things, or functional systems. It incorporates rules, algebra of logic, and propositions. There have been only limited attempts to apply this technique to business problems; however, it is extensively used in designing computing machinery.
- Information Theory. It is an analytical process transferred from the electrical communications field to operations research. It seeks to evaluate the effectiveness of information flow within a given system and helps in improving the communication flow.
Some problems that can be analyzed by operations research approach are classified as follows:
1. Finance, Budgeting and Investments- Credit policy analysis.
- Cash flow analysis.
- Dividend policies.
- Investment portfolios.
- Product selection, timing, etc.
- Advertising media, budget allocation.
- Number of salesman required.
- Selection of product mix.
- Optimal buying and reordering.
- Replacement policies
- Location and size of warehouses, factories, retail outlets, etc.
- Distribution policy.
- Loading and unloading facilities for trucks, etc.
- Production scheduling.
- Optimum product mix.
- Project scheduling and allocation of resources.
- Selection of suitable personnel.
- Recruitment of employees.
- Assignment of jobs.
- Skills balancing.
- Project selection.
- Control of R&D projects.
- Reliability and alternative design.
http://www.universalteacherpublications.com/univ/ebooks/or/Ch1/techniq.htm
Monday, January 30, 2012
Seberapa pantas...
Kerjaya sebagai pensyarah adakalanya seseorang individu itu bertindak dengan seberapa pantas mahupun menyiapkan beberapa tugasan dalam masa yang sama.Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna kerja yang disiapkan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Tugasan yang diamanahkan haruslah disempurnakan sebaik mungkin.
Bagi penulis, tidak dinafikan adalah menjadi ketidakselesaan bekerja tertakluk di bawah tarikh akhir tertentu. Lebih-lebih lagi tugas-tugas yang kurang digemari oleh seseorang individu itu sendiri.Tidak terkecuali bagi penulis......setelah hampir setahun kembali berkhidmat, kecenderungan penulis menyiapkan sesuatu tugasan adalah bergantung kepada minat dan keikhlasan penulis.
Jika dibuat dalam keadaan keterpaksaan dan tanpa keikhlasan, rasanya kerja yang dipinta akan ditunaikan agak lambat mahupun lewat dari tarikh yang ditetapkan.Namun bagi kerja2 yang menjadi minat dan kecenderungan, mungkin adakalanya boleh dibuat tanpa disuruh!!!!!seperti menulis entri di dalam blogs.
Tiada arahan daripada Tuan Dekan , mahupun Ketua Jabatan.Ini adalah minat sendiri dan insyaallah blogs ini jugalah akan menjadi salah satu medium 'pengumpulan data bagi kajian2 saya yang akan datang.Bermula dengan kajian Phd penulis(yang sederhana sahaja....).....pengumpulan data melalui pembacaan blogs juga boleh dikira antara sumbangan baru kepada kajian dalam bidang sistem maklumat berorientasikan teoritikal kualitatif.
Selingan gambar...(memori ketika menghadiri APCEMAL Nov 2011 yang lepas...;bersama 'network' yang baru dan juga mantan staf universiti tempat penulis bekerja....)

Calon Phd [ guru SMK Sungkai(atas) dan Nazir Sekolah(bawah)]
Prof Madya Dr Noorulhuda....pernah menjadi jiran di Changlun 8 tahun lepas..bertemu semula....
'Network' baru......Dr Nur Jahan...lepasan Phd dari Leeds University
IPG4P;UUM;UPSI
Monday, January 16, 2012
Geran
Jika disebut geran, mungkin ada yang memahami sebagai geran tanah, geran kereta, geran rumah dan sebagainya.
Walaubagaimanapun bagi ahli akademik, geran lebih sinonim dengan peruntukan kewangan oleh pihak tertentu yang diperolehi untuk menjalankan penyelidikan mahupun perundingan.Bagi ahli akademik yang baru 'setahun jagung' usia perkhidmatan seperti penulis, untuk memperolehi geran bukan suatu perkara yang mudah.Ia perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas dan tidak perlu berputus asa untuk menempuhi semua itu.
Maka dengan itu, PERCAYA DENGAN KEBOLEHAN DIRI (tapi JANGAN TAKBUR DAN RIAK, NAUUZUBILLAHI MIN ZALIK).......ia lebih kepada semangat dalaman[intrinsic motivation] sangat penting untuk melalui proses permohonan, bermula dengan proses penyediaan kertas kerja termasuk menghadiri pelbagai bengkel berkaitan, pembentangan kertas kerja , tidak ubah seperti menjalani penyelidikan phd.
Maka, ini bermakna jika anda merupakan ahli akademik yang berkelulusan phd mahupun sarjana, anda tidak boleh lari dari melakukan penyelidikan samada bergeran mahupun tidak bergeran (penyelidikan pembiayaan sendiri).
Sentiasalah BERFIKIRAN POSITIF dan PERCAYA kepada KEBOLEHAN DIRI.Insyaallah pasti boleh...wallahulam
Thursday, January 12, 2012
Monday, January 09, 2012
SIBUK?perkataan sinonim dengan Penulis?
Sibuk?suatu istilah yang adakalanya dijadikan alasan penyelamat mahupun sememangnya kita benar-benar sibuk waktu itu.Bagi penulis, tidak dinafikan waktu ini sitausai dan keadaan begitu mencemburui penulis setiap masa.Hari ini, pelajar-pelajar bagi subjek yang diajar penulis sudahpun selesai menduduki peperiksaan akhir, menandakan penulis perlu memeriksa kertas jawapan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa ada ralat dan kecuaian.
Dalam masa yang sama, penulis juga sedang merangka beberapa strategi untuk memastikan kerja2 penyelidikan atau penulisan mahupun permohonan geran dapat dicapai.Strategi yang diadaptasi ini tidak mampu dikongsikan bersama lagi sementelahan belum mampu dibuktikan buat sementara waktu ini. Hanya satu prinsip kerja penulis 'Just do it....' , kemudian, sebarang permasalahan timbul selepas itu, haruslah dinilai dan diberi penambaikan seadanya.
Bagi penulis, dalam zaman serba berteknologi ini, tidak ada kerja yang mudah, sementelahan menjadi surirumah tangga juga ada cabarannya yang tersendiri.Tidak terkecuali untuk ahli akademik, penulis selalu mengingatkan diri bahawa, jangan mudah menyerah dalam setiap tugas yang diamanahkan, jangan bongkak dan juga sebaik-baiknya jangan mendabik dada dalam apa jua yang kita lakukan.Ikutlah resmi padi...semakin tunduk semakin berisi, BUKAN resmi lalang,,,semakin tinggi,semakin melayang bak layang-layang ditiup angin.
Mencakna dan menjana pemikiran minda juga tidak harus dilimitasikan dengan sesuatu bidang tumpuan sahaja, afdhalnya akademia perlu ada sikap keterbukaan untuk mempelajari apa saja yang baru dan boleh dijadikan penambah nilai dalam fokus bagi akademia yang sedia ada.
Sebagai contoh, penulis sendiri berkelulusan Sistem Maklumat(information system) merangkumi teknologi maklumat-pengurusan serta sains dan pengurusan sistem, namun untuk menjamin daya juang dalam kerjaya penulis, penulis haruslah disiapsiagakan diri dengan bidang-bidang tumpuan yang boleh diaplikasikan seperti penyelidikan operasi dalam pendidikan,perniagaan mahupun kesihatan, samada pendekatan kuantitatif ataupun kualitatif.
Sikap keterbukaan ini penting supaya dapat melahirkan akademia yang tidak terlalu jumud mahupun obses dengan satu fokus tertentu sahaja sehingga menidakkan kelebihan bidang di luar pengetahuan mahupun tidak berkaitan dengan kepakaran akademia itu sendiri.
Mungkinkah pada waktu mendatang penyelidikan penulis akan dipetakan sebegini???????Contoh 'interdiscipliary' dalam sistem maklumat mengkhusus dalam Pengurusan Pengetahuan dan Sistem Kognitif.

Monday, January 02, 2012
Anjakan paradigma...........Perlukah setiap tahun baru harus ada azam tahun baru???????????????
Bagi penulis, tidak perlu menunggu di awal tahun baru kita perlu ada azam untuk peningkatan diri....sebaik2nya azam yang terbaik adalah sebaik sahaja kita bangun tidur - dimana kita harus memasang niat, aku mahu jadi yang terbaik dan seboleh mungkin lebih baik dari semalam,dan sebelum tidur, yang afdhal nya bermuhasabah sebelum tidur....'penilaian diri sendiri' apa yang telah kita lakukan saban hari...
....tidak salah ada azam tahun baru dan tidak dinafikan penulis juga ada azam tahun baru apatah lagi tuntutan kerja yang perlu mencapai KPI tahunan, tentu tidak dapat lari dari memiliki azam secara individual...namun biarlah azam itu hanya untuk pengetahuan kita,bukan dihebah sana sini, mahupun dicanang sana sini...sebab hidup dalam zaman teknologi moden ini....tidak memungkinkan semua orang sealiran pemikiran dengan kita....seharusnya kita perlu berwaspada dan sentiasa peka dengan stail dan senario semasa.
Begitu juga bagi penulis, kerjaya seperti penulis sebenarnya menuntut kesabaran,pengorbanan dan tekanan yang amat tinggi serta pekerjaan berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit dan sebenarnya kerjaya seperti penulis...IAITU ..golongan akademia ini sebenarnya bersaing dengan dirinya sahaja(Prof Zakaria Abas,2012) bukan dengan orang lain...sebab itulah juga tidak perlu untuk kita mendabik dada mahupun bermegah-megah dengan apa yang kita ada jika ilmu itu tidak dimanfaatkan untuk orang lain................wallahualam

Subscribe to:
Posts (Atom)