Kedua-duanya bagaikan irama dan lagu.Itu pendapat jujur saya.
Apa itu SCL?Student Centered Learning atau dalam istilah Melayu adalah Pembelajaran berpusatkan pelajar.Ia boleh dikendalikan melalui Case Study(contoh-contoh yang realiti bukan fantasi) mahupun Problem based(berasaskan masalah).....
Pendekatan ini antara tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan tahap keyakinan diri para pelajar semasa di dalam kuliah dan untuk mengelakkan mereka merasa boring dan mudah mengantuk. Matlamat lain adalah untuk meningkatkan juga tahap 'soft skill' pelajar itu sendiri.
Memang ini satu cabaran baik untuk para pelajar mahupun pensyarah itu sendiri.Mengapa? kerana sistem pendidikan di Malaysia ini sebenarnya sudah lama mengamalkan pendekatan pembelajaran berpusatkan pensyarah mahupun guru dan juga berorientasikan peperiksaan.Memang agak sukar untuk menuju ke arah anjakan paradima ini, namun jika semua pihak mempunyai nekad untuk berubah , tidak ada yang mustahil!!!!!!!!!!!!!!
Blended Learning merupakan gabungan pembelajaran bersemuka di kelas dan juga menggunakan teknologi elektronik(sumber-sumber pengajaran melalui teknologi pembelajaran elektronik(E-learning).Antara contoh konsep ini yang biasa dilakukan adalah kuiz atas talian, penerangan tugasan atas talian, waima perbincangan atau tutorial atas talian.Pentingnya disini, sejauh mana tahap penerimaan teknologi E-learning ini dioptimumkan oleh pihak pensyarah mahupun para pelajar.
Minggu ini adalah minggu pertama sesi perkuliahan di tempat penulis bekerja, sudah pasti rata-rata pensyarah sibuk memuat-naikkan(up oad) nota-nota kuliah di E-learning portal yang disediakan.Moga para pelajar meghargainya!!!!!!!!!!!!
Tajuk 1824 - Kisah saya di BLOG MENDELEY
3 years ago
No comments:
Post a Comment