Tuesday, April 30, 2013
Ulasan buku motivasi:Bersyukurlah Kerana-Nya
Penulis meminati hasil karya penulis ini, Syed Alwi Alatas di atas kupasan dan garapan yang sangat menyeluruh dan pengolahan dari sumber yang boleh dipercayai.
Buku Tarbiah Rohani hasil terbitan Galeri Ilmu ini terbahagi kepada empat bahagian setebal 328 mukasurat,iaitu Nikmat yang melimpah;Belumkah datang masa untuk bersyukur;Bagaimana bersyukur dan juga diakhiri dengan bahagian Berbahagialah mereka yang bersyukur.
Untuk bahagian pertama,Syed Alwi Alatas cuba menyedarkan pembaca, bahawa nikmat yang Allah limpahkan adalah terlalu besar ertinya dan ujian kekayaan dan kesusahan semuanya adalah nikmat yang menguji kekuatan iman hambanya.Maka Syed Alwi Alatas juga cuba menyedarkan pembaca bahawa kepentingan dan signifikan mensyukuri nikmat yang Allah berikan untuk kita sama2 menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi Allah.Maka, untuk bahagian ketiga, disusuli pula dengan kisah2 bagaimana untuk mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan serta faedah2 dan kelebihan mensyukuri nikmat Allah dikupas kemas dalam bahagian terakhir.
Sesungguhnya buku ini mempunyai kesinambungan daripada hasil penulisan Syed Alwi Alatas sebelum ini seperti buku 'Bila Allah Menduga Kita', 'Senyumlah', 'Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu' serta 'Mudahkan Jangan Susahkan'.Semua tajuk hasil penulisan beliau sememangnya amat sesuai dijadikan pedoman buat pembaca dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar minda dan akal manusia yang sentiasa terdedah dengan pelbagai kelemahan nafsi dan aqli.
Labels:
behaviour,
book,
content analysis,
inspired elated,
motivation
Thursday, April 04, 2013
Ketidaksempurnaan....
Adakalanya sebagai seorang manusia kita terlalu mementingkan kesempurnaan di dalam sesuatu perkara yang kita lakukan.Walaupun kita sedia maklum, sebagai seorang manusia, kita bukanlah seorang yang maksum seperti Rasulullah S.A.W. Namun kita cenderung untuk selalu melihat ketidaksempurnaan seseorang daripada melihat kebaikan yang seseorang itu miliki.
Itulah lumrah kehidupan. Tidak pernah puas hati dengan apa yang ada.Mengkritik untuk tujuan penambahbaikan prestasi individu mahupun organisasi adalah amat dialu-alukan, namun jika ia hanya sebagai kata-kata pembunuh semangat, ia hanyalah sesuatu perkara yang sepatutnya tidak berlaku.
Perjalanan hidup ini sebenarnya bukanlah sentiasa lurus dan sentiasa sempurna, ujian dan gelombang kehidupan yang adakalanya di atas dan adakalanya di bawah sebenarnya menguji kesabaran dan kematangan diri seseorang dalam menjalani kehidupan sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi ini.
Moga kita semua diberi kekuatan dan inayahNya untuk terus sama-sama berazam meningkatkan kemandirian diri dan prestasi tanpa ada unsur dengki-mendengki.Wallahualam.

Subscribe to:
Posts (Atom)