Sebuah novel yang agak unik di mana penulis novel ini cuba mengenengahkan bahawa menjadi blogger juga berpeluang menjadi insan yang dikenali seumpama selebriti.Watak utama di dalam novel ini merupakan graduan universiti tempatan yang tidak kisah untuk memulakan kerjayanya sebagai maid.Seterusnya beliau menemui jodohnya secara tidak sengaja dengan anak majikannya, lulusan dari universiti luar negara dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam empayar perniagaan keluarganya.Pelbagai peristiwa pahit manis yang menguji kesabaran, kesetiaan, kecekalan seorang wanita yang masih muda.Perkahwinan yang pada mulanya mempunyai kontrak tempoh tertentu akhirnya bertukar menjadi perkahwinan yang benar-benar bahagia setelah melalui pelbagai ujian dan cabaran.Suatu kisah yang santai tetapi sarat dengan mesej dan teladan untuk pembaca dan ada di antara permasalahan dan konflik yang digarapkan dalam novel ini boleh dijadikan panduan buat wanita dan remaja terutamanya.Satu permulaan yang menarik buat penulis novel ini dan diharapkan beliau akan terus menulis novel2 yang santai tetapi penuh makna serta penuh dengan pengajaran dan teladan.
Saturday, March 30, 2013
Monday, March 11, 2013
BERUSAHA MEMPERKASA MAHASISWA
“Pertemuan
Persidangan Meja Bulat kali Pertama MPUI-Universiti ini adalah membincangkan beberapa agenda penting dalam usaha membangunkan modal
insan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara”
“Selain
itu untuk mendapatkan resolusi yang berkisar Kepada Pembangunan Modal Insan,
Kebolehpasaran Graduan, Graduan Usahawanan, pemantapan Kurikulum Universiti
serta resolusi bagi memantapkan lagi hubungan akademia-industri,” ujar Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal PElajar)dalam perasmiannya di majlis tersebut.
Tambahnya
lagi keputusan universiti mewajibkan latihan praktikum kepada pelajar tahun akhir
adalah tepat kerana pelajar dapat mengaplikasikan antara teori dan praktis
selain industri dapat menyerlahkan potensi dan bakat yang ada pada mahasiswa universiti.Beliau
berharap persidangan ini mampu memberi hasil yang terbaik bagi membantu
universiti dan warganya untuk memacu pertumbuhan negara, ujar beliau lagi.
Hasrat pihak pengurusan universiti itu turut disambut baik oleh wakil Industri Tan Chong Education Services Sdn Bhd yang mengambil slot dalam sesi perkongsian knowledge sharing: graduate entrepeneurship menyatakan empat kriteria utama perlu ada dalam diri setiap graduan meliputi pengetahuan, keyakinan diri, sikap dan kemahiran untuk memasarkan diri mereka dalam dunia kerjaya.
ADAPTASI DAN IHSAN DARIPADA:
Subscribe to:
Posts (Atom)