“Pertemuan
Persidangan Meja Bulat kali Pertama MPUI-Universiti ini adalah membincangkan beberapa agenda penting dalam usaha membangunkan modal
insan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara”
“Selain
itu untuk mendapatkan resolusi yang berkisar Kepada Pembangunan Modal Insan,
Kebolehpasaran Graduan, Graduan Usahawanan, pemantapan Kurikulum Universiti
serta resolusi bagi memantapkan lagi hubungan akademia-industri,” ujar Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal PElajar)dalam perasmiannya di majlis tersebut.
Tambahnya
lagi keputusan universiti mewajibkan latihan praktikum kepada pelajar tahun akhir
adalah tepat kerana pelajar dapat mengaplikasikan antara teori dan praktis
selain industri dapat menyerlahkan potensi dan bakat yang ada pada mahasiswa universiti.Beliau
berharap persidangan ini mampu memberi hasil yang terbaik bagi membantu
universiti dan warganya untuk memacu pertumbuhan negara, ujar beliau lagi.
Hasrat pihak pengurusan universiti itu turut disambut baik oleh wakil Industri Tan Chong Education Services Sdn Bhd yang mengambil slot dalam sesi perkongsian knowledge sharing: graduate entrepeneurship menyatakan empat kriteria utama perlu ada dalam diri setiap graduan meliputi pengetahuan, keyakinan diri, sikap dan kemahiran untuk memasarkan diri mereka dalam dunia kerjaya.
ADAPTASI DAN IHSAN DARIPADA:
No comments:
Post a Comment