Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Monday, April 02, 2012

Perancangan harian


Dalam menjalani kehidupan seharian, perancangan harian perlu ada untuk memudahkan kita mencapai apa yang kita sasarkan seharian.
Bagi penulis, sesuatu hari itu akan terasa bermakna apabila adanya senarai untuk dibuat terutamanya hari2 bekerja.
Ini untuk memudahkan kita menyemak semula andaikata kita terlepas pandang,terlupa mahupun tidak sempat melunaskan apa yang perlu kita lakukan.
Itu jugalah yang penulis amalkan pada sewaktu pengajian phd dan juga peringkat sarjana.
Bukan mahu mendabik dada, cuma sekadar berkongsi pengalaman atau dalam erti kata lain, kajian kes sebenar' yang pernah penulis tempuhi.
Dalam menguruskan projek mahupun pelaksanaan tugas baik skop kecil mahupun besar, pengurusan perancangan adalah amat penting untuk memastikan segala yang dirancang dilaksanakan.
Tidak hairanlah pihak KPT juga telah menggariskan Pelan Strategik Tinggi Negara untuk memperkasakan tahap kualiti institut pengajian tinggi awam di Malaysia.

Berbalik kepada pengalaman penulis, senaraikan apa yang perlu dibuat biasanya dibuat mengikut harian,mingguan ataupun bulanan mengikut keperluan dan sasaran kerja.Sebenarnya melalui cara ini kita mudah untuk memberi 'hadiah'@self-reward kepada diri sendiri jika kita berjaya mencapai sasaran seterusnya sebagai motivasi dalaman untuk seronok mengharungi kehidupan. Nampak mudah bukan, cubalah.....lain orang lain caranya.Perancangan peribadi ini boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah sebagaimana ada individu yang mempunyai perancangan belanjawan peribadi masing-masing.Wallahualam....

No comments: