Perjalanan menuju kematian telah bermula sebaik kita dilahirkan. Ingat mati adalah penawar untuk kesedihan hati apabila ditimpa ujian. Penghilang rasa nikmat untuk melakukan maksiat. Dan pendorong untuk istiqamah dalam melakukan ketaatan. Ya Allah, bantulah hati kami untuk sentiasa ingat untuk mengingati kematian. Amin.
ditimpa ujian
Kata2 di atas sejujurnya saya titipkan daripada seorang
-Pengarah Penyelidikan Fitrah Perkasa Sdn Bhd
-Pengacara TV
-Penulis Buku, Skrip & Majalah
-Ketua Editor Majalah Solusi
dengan harapan bahawa artikel ini boleh mengingatkan diri dan semua yang membaca artikel ini bahawa hidup kita di dunia ini hanya satu persinggahan sahaja, sebelum kita akan dibawa ke negeri yang abadi kelak selepas kematian.
Kata2 di atas memingatkan kita bahawa dengan mengingati kematian akan melahirkan manusia yang tidak mudah kalah atau putus asa kepada ujian , namun sebaliknya seseorang itu akan lebih cekal dan tabah kerana kita sedar bahawa dengan ujian2 yang diberi olehNya akan mendorong seseorang manusia itu untuk lebih mengingati Yang Maha Esa.
Contoh ujian yang mungkin boleh diketengahkan dalam kehidupan ini contohnya kita kehilangan seseorang yang kita sayangi, sepertimana yang telah berlaku kepada kakak penulis, di mana beliau baru sahaja kehilangan suaminya setelah menderita sakit di hospital beberapa minggu. Dan penulis amati beliau(kakak penulis) begitu tabah dan cekal mengharungi apa yang tersurat untuk beliau bersama tiga orang anak perempuannya yang masih bersekolah rendah.Ini secara tidak langsung menginsafkan diri penulis. Penulis yakin, ujian2 yang pernah ditempuhinya(kakak penulis) sebelum ini mampu membantu beliau menjadi semakin tabah dan cekal untuk fasa2 kehidupan yang mendatang.
Bagi penulis, ya diakui, ujian hidup ini boleh datang dalam pelbagai bentuk, tidak terhad hanya dalam bentuk kesusahan, ia juga boleh hadir dalam bentuk kesenangan, di mana adakalanya ia juga boleh dianggap ujian,andai kata apabila diberi kesenangan yang melimpah ruah, membuatkan kita bisa alpa dan lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba nya Yang Maha Esa.
ditimpa ujian
Ujian datang untuk mengingatkan...
Tuhan melontar kita dengan batu-batu kecil (ujian), tetapi sekiranya kita masih alpa, Tuhan mula melontar kita dengan batu-batu besar. Jangan sampai dilontar dengan batu bata... untuk tersedar dari alpa.
Dengarlah bisikan, jika tidak kita terpaksa mendengar jeritan!
Kata2 di atas sejujurnya saya titipkan daripada seorang
-Pengarah Penyelidikan Fitrah Perkasa Sdn Bhd
-Pengacara TV
-Penulis Buku, Skrip & Majalah
-Ketua Editor Majalah Solusi
dengan harapan bahawa artikel ini boleh mengingatkan diri dan semua yang membaca artikel ini bahawa hidup kita di dunia ini hanya satu persinggahan sahaja, sebelum kita akan dibawa ke negeri yang abadi kelak selepas kematian.
Kata2 di atas memingatkan kita bahawa dengan mengingati kematian akan melahirkan manusia yang tidak mudah kalah atau putus asa kepada ujian , namun sebaliknya seseorang itu akan lebih cekal dan tabah kerana kita sedar bahawa dengan ujian2 yang diberi olehNya akan mendorong seseorang manusia itu untuk lebih mengingati Yang Maha Esa.
Contoh ujian yang mungkin boleh diketengahkan dalam kehidupan ini contohnya kita kehilangan seseorang yang kita sayangi, sepertimana yang telah berlaku kepada kakak penulis, di mana beliau baru sahaja kehilangan suaminya setelah menderita sakit di hospital beberapa minggu. Dan penulis amati beliau(kakak penulis) begitu tabah dan cekal mengharungi apa yang tersurat untuk beliau bersama tiga orang anak perempuannya yang masih bersekolah rendah.Ini secara tidak langsung menginsafkan diri penulis. Penulis yakin, ujian2 yang pernah ditempuhinya(kakak penulis) sebelum ini mampu membantu beliau menjadi semakin tabah dan cekal untuk fasa2 kehidupan yang mendatang.
Bagi penulis, ya diakui, ujian hidup ini boleh datang dalam pelbagai bentuk, tidak terhad hanya dalam bentuk kesusahan, ia juga boleh hadir dalam bentuk kesenangan, di mana adakalanya ia juga boleh dianggap ujian,andai kata apabila diberi kesenangan yang melimpah ruah, membuatkan kita bisa alpa dan lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba nya Yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment