Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Monday, January 30, 2012

Seberapa pantas...

Kerjaya sebagai pensyarah adakalanya seseorang individu itu bertindak dengan seberapa pantas mahupun menyiapkan beberapa tugasan dalam masa yang sama.Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna kerja yang disiapkan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Tugasan yang diamanahkan haruslah disempurnakan sebaik mungkin.

Bagi penulis, tidak dinafikan adalah menjadi ketidakselesaan bekerja tertakluk di bawah tarikh akhir tertentu. Lebih-lebih lagi tugas-tugas yang kurang digemari oleh seseorang individu itu sendiri.Tidak terkecuali bagi penulis......setelah hampir setahun kembali berkhidmat, kecenderungan penulis menyiapkan sesuatu tugasan adalah bergantung kepada minat dan keikhlasan penulis.

Jika dibuat dalam keadaan keterpaksaan dan tanpa keikhlasan, rasanya kerja yang dipinta akan ditunaikan agak lambat mahupun lewat dari tarikh yang ditetapkan.Namun bagi kerja2 yang menjadi minat dan kecenderungan, mungkin adakalanya boleh dibuat tanpa disuruh!!!!!seperti menulis entri di dalam blogs.

Tiada arahan daripada Tuan Dekan , mahupun Ketua Jabatan.Ini adalah minat sendiri dan insyaallah blogs ini jugalah akan menjadi salah satu medium 'pengumpulan data bagi kajian2 saya yang akan datang.Bermula dengan kajian Phd penulis(yang sederhana sahaja....).....pengumpulan data melalui pembacaan blogs juga boleh dikira antara sumbangan baru kepada kajian dalam bidang sistem maklumat berorientasikan teoritikal kualitatif.

Selingan gambar...(memori ketika menghadiri APCEMAL Nov 2011 yang lepas...;bersama 'network' yang baru dan juga mantan staf universiti tempat penulis bekerja....)

Calon Phd [ guru SMK Sungkai(atas) dan Nazir Sekolah(bawah)]





Prof Madya Dr Noorulhuda....pernah menjadi jiran di Changlun 8 tahun lepas..bertemu semula....
'Network' baru......Dr Nur Jahan...lepasan Phd  dari Leeds University

IPG4P;UUM;UPSI

No comments: