Sibuk?suatu istilah yang adakalanya dijadikan alasan penyelamat mahupun sememangnya kita benar-benar sibuk waktu itu.Bagi penulis, tidak dinafikan waktu ini sitausai dan keadaan begitu mencemburui penulis setiap masa.Hari ini, pelajar-pelajar bagi subjek yang diajar penulis sudahpun selesai menduduki peperiksaan akhir, menandakan penulis perlu memeriksa kertas jawapan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa ada ralat dan kecuaian.
Dalam masa yang sama, penulis juga sedang merangka beberapa strategi untuk memastikan kerja2 penyelidikan atau penulisan mahupun permohonan geran dapat dicapai.Strategi yang diadaptasi ini tidak mampu dikongsikan bersama lagi sementelahan belum mampu dibuktikan buat sementara waktu ini. Hanya satu prinsip kerja penulis 'Just do it....' , kemudian, sebarang permasalahan timbul selepas itu, haruslah dinilai dan diberi penambaikan seadanya.
Bagi penulis, dalam zaman serba berteknologi ini, tidak ada kerja yang mudah, sementelahan menjadi surirumah tangga juga ada cabarannya yang tersendiri.Tidak terkecuali untuk ahli akademik, penulis selalu mengingatkan diri bahawa, jangan mudah menyerah dalam setiap tugas yang diamanahkan, jangan bongkak dan juga sebaik-baiknya jangan mendabik dada dalam apa jua yang kita lakukan.Ikutlah resmi padi...semakin tunduk semakin berisi, BUKAN resmi lalang,,,semakin tinggi,semakin melayang bak layang-layang ditiup angin.
Mencakna dan menjana pemikiran minda juga tidak harus dilimitasikan dengan sesuatu bidang tumpuan sahaja, afdhalnya akademia perlu ada sikap keterbukaan untuk mempelajari apa saja yang baru dan boleh dijadikan penambah nilai dalam fokus bagi akademia yang sedia ada.
Sebagai contoh, penulis sendiri berkelulusan Sistem Maklumat(information system) merangkumi teknologi maklumat-pengurusan serta sains dan pengurusan sistem, namun untuk menjamin daya juang dalam kerjaya penulis, penulis haruslah disiapsiagakan diri dengan bidang-bidang tumpuan yang boleh diaplikasikan seperti penyelidikan operasi dalam pendidikan,perniagaan mahupun kesihatan, samada pendekatan kuantitatif ataupun kualitatif.
Sikap keterbukaan ini penting supaya dapat melahirkan akademia yang tidak terlalu jumud mahupun obses dengan satu fokus tertentu sahaja sehingga menidakkan kelebihan bidang di luar pengetahuan mahupun tidak berkaitan dengan kepakaran akademia itu sendiri.
Mungkinkah pada waktu mendatang penyelidikan penulis akan dipetakan sebegini???????Contoh 'interdiscipliary' dalam sistem maklumat mengkhusus dalam Pengurusan Pengetahuan dan Sistem Kognitif.
Tajuk 1824 - Kisah saya di BLOG MENDELEY
3 years ago
No comments:
Post a Comment