Menurut
yang Dipertua SUTRANITA UUM, Datin Norhayati Nazri, program ini
merupakan inisiatif yang baik untuk memberi pendedahan kepada
warga kampus dan ahli Sutranita khususnya berkaitan kepentingan
penjagaan mata.
Katanya lagi, pihaknya akan memperbanyakkan aktiviti sebegini di masa akan datang untuk memberi pendedahan awal kepada mereka.
“Program ini sangat baik sebagai platform untuk memberi ilmu dan pendedahan awal berkenaan penjagaan mata yang betul.
SUTRANITA
akan memperbanyakkan lagi aktiviti yang akan memberi manfaat bukan
sahaja kepada ahli SUTRANITA tetapi kepada warga kampus
secara keseluruhannya,” katanya.
Sementara
itu, Pakar Perunding dan Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah
Bahiyah (HSB), Datuk Dr Haslina Mohd Ali, berkata tahap
keprihatinan masyarakat tentang penjagaan mata masih lagi berada pada
tahap yang rendah.
“Masyarakat
kita masih kurang membaca dan kurang ambil tahu tentang kesihatan mata
dan banyak bergantung kepada maklumat dari mulut
ke mulut tanpa ada fakta saintifik.
Hal ini bukan saja boleh memudaratkan mata dalam jangka panjang tetapi juga boleh mengakibatkan kebutaan,” katanya
Katanya
lagi, kekurangan pengetahuan akan menyebabkan masyarakat kurang
berusaha untuk meningkatkan penjagaan mata secara optimum walhal
ia adalah pancaindera yang amat berharga kepada kualiti kehidupan
manusia.
“Kita
mesti tahu apakah keadaan mata kita supaya kita dapat mengambil
langkah-langkah yang sepatutnya sekiranya berlaku simptom masalah
mata.
“Selain
itu, kita juga boleh melakukan langkah-langkah pencegahan untuk menjaga
kesihatan mata iaitu menjaga pemakanan, tidak merokok
dan menjaga kebersihan mata khususnya bagi pengguna kanta lekap,”
katanya.
ADAPTASI DAN IHSAN DARIPADA:
No comments:
Post a Comment