Biasanya kita sukar nak mengaku kita hebat di depan orang lain kecuali pada diri kita sendiri.....namun kita risau kemungkinan apabila kita bercakap kepada diri sendiri akan hadir sifat riyak mahupun ujub dan sebagainya.Namun untuk menaikkan semangat dan motivasi yang boleh membantu kita meneruskan kehidupan ...seharusnya kita perlulah sentiasa berfikiran positif namun tidak keterlaluan untuk meletakkan diri kita terlalu ke dasar lautan mahupun tinggi melangit....bagi penulis...sejujurnya memadai setakat di ufuk timur mahupun permukaan lautan .Selalulah melihat ke lautan yang mana seluas2 lautan bolehlah di samakan seluas2nya ilmu pengetahuan yang ada di muka bumi Allah ini.Maka ilmu yang kita miliki ini hanyalah setitis dari air lautan dan kita seharusnya perlu sentiasa mencari ilmu baru dan tidak harus mendabik dada mengatakan aku tahu aku tahu ini..semuanya aku tahu.....bertawaduklah dan sentiasa meletakkan pergantungan diri kita kepada yang Maha Esa...bukannya kepada manusia semata-mata....
No comments:
Post a Comment