Artikel kedua
Artikel kedua ini juga diterbitkan oleh jurnal tempatan pada tahun 2011.Artikel ini lebih berorientasikan analisis kuantitatif memandangkan kaedah penyelidikan dalam artikel ini adalah berbentuk soal-selidik kepada 261 pelajar kolej swasta di Sabah.Di dalam artikel ini, penulis berjaya mengenalpasti tujuan penggunaan alat rangkaian sosial di kalangan pelajar iaitu bertujuan bersosial, bertujuan pendidikan dan berpotensi untuk tujuan pengajaran dan penmbelajaran. Bagi bahagian pengenalan dan pernyataan masalah dikupas kemas dan meyeluruh dalam konteks bidang internet dalam pendidikan.Seterusnya artikel ini juga berjaya mencapai objektif kajian dalam pengenalpastian tujuan penggunaan alat rangkaian sosial dan juga pandangan pelajar berkenaan hal itu. Metodologi kajian dan hasil kupasan analisis juga bagus dan menyeluruh bagi kesemua objektif yang ingin dicapai.Daripada artikel ini juga, kita dapat mengetahui bahawa berdasarkan kajian ini, generasi muda kususnya menyokong dan menerima alat rangkaian sosial yang mampu diketengahkan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.Walaubagaimanapun, seperti di artikel pertama, di dalam artikel ini juga terdapat rujukan yang ada dalam senarai rujukan namun tidak di'cite'kan di dalam artikel.
No comments:
Post a Comment