Artikel pertama
Artikel ini telah diterbitkan oleh Jurnal tempatan pada tahun 2010.Hasil penyelidikan ini adalah lebih kepada pendekatan kualitatif.Pendekatan kualitatif yang digunakan adalah berorientasikan pemerhatian berpartisipasi(participant observation) dan juga analisis kandungan(content analysis) terhadap jaringan sosial tempatan yang telah dipilih oleh penulis artikel ini.Gaya penulisan artikel ini juga mudah difahami bagi penyelidik dari Malaysia memandangkan artikel ini ditulis dalam Bahasa Melayu.Kupasan dan susun atur kertas artikel juga mempunyai susunan yang memudahkan pembaca memahami apa itu media sosial secara umumnya dan khususnya di dalam konteks Malaysia. Lima jaringan sosial yang dipilih untuk dijadikan kajian kes perbandingan adalah FriendX,eKawan,eMeimei;Arakian;Yemmz!;Ruums: dan juga Myfriends2u.Menariknya, laman jaringan sosial antarbangsa tidak dikupas secara terperinci, hanya dinyatakan kedudukan senario jaringan sosial di Malaysia sehingga November 2009.Di dalam kedudukan tersebut Facebook mendahului jumlah pelawat berbanding Friendster,MySpace,Twitter dan juga Multiply.Secara keseluruhannya artikel ini boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang mahu membuat kajian literatur apa itu media sosial dalam konteks Malaysia di peringkat awal fenomenon global jaringan sosial dalam talian ini.Artikel ini juga membincangkan sejarah laman jaringan sosial dan bagaimana penggunaan jaringan sosial dalam talian di Malaysia bermula.Seterusnya penganalisaan jaringan sosial tempatan secara keseluruhan dan juga secara spesifik kepada lima jaringan sosial tempatan dibincangkan.Keseluruhannya artikel bagus untuk penyelidik yang mahu menbuat kajian tentang sosial media. Walaubagaimanapun tidak semua rujukan yang tersenarai dalam bahagian rujukan di'cite' kan dalam artikel.
No comments:
Post a Comment