'Supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri'[al-hadid:23]
Petikan ulasan firman Alquran di atas daripada buku 'Bila Allah Menduga Kita':Syed Alwi Alatas:-
'Pada kenyataannya,rasa senang yang berlebihan boleh membuatkan kita lalai dan lupa diri.Di satu pihak,kegembiraan itu boleh membuat kita lupa untuk bersyukur.Kita lupa dengan siapa yang telah memberikan nikmat itu kepada kita dan kita meletakkan semua kemenangan dan kejayaan kita sepenuhnya atas kemampuan kita sendiri.Orang yang gembira secara berlebihan biasanya berkecenderungan tinggi untuk berbangga diri.Sekiranya dia menyedari bahawa segala sesuatu itu datang dari Allah,tentu dia tidak perlu merasa kesenangannya secara berlebihan, yang akan membuatkan seseorang lupa dengan kemungkinan yang akan dihadapinya di masa depan'[m/s:85]
Mudahan2 kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa bersederhana dalam segala aspek kehidupan...Amin.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Minta izin nak share info buku terbaru Syed Alwi:
Tajuk: Senyumlah, Apa pun masalahmu Ia pasti akan berlalu
Penulis: Syed Alwi Alatas
Penerbit: Galeri Ilmu (Malaysia)
Harga: RM 21.00 (Semenanjung Malaysia), RM 23.00 (Sabah/ Sarawak)
Terbit: May 2011
Insya Allah pada hujung minggu ini atau awal minggu hadapan sudah boleh didapat di kedai-kedai buku di Malaysia.
Tengok juga Page-nya di Facebook: http://www.facebook.com/pages/Senyumlah-Apa-pun-masalahmu-Ia-pasti-akan-berlalu/116783405069645
Sinopsis:
Hidup setiap manusia tidak terlepas daripada berdepan dengan masalah sama ada ringan atau berat. Ketika menghadapi permasalahan ringan dalam hidup, kebanyakan manusia jarang berputus asa, namun tidak sedikit daripada mereka yang mengeluh dan kehilangan mood kerananya.
Ketika menghadapi masalah berat pula, ada yang hilang arah ...dan pedoman hingga terlupa kepada Sang Pencipta.
Lantaran itu, ada orang yang sangat membenci masalah dan berusaha lari daripadanya. Ada yang berputus asa kerananya, justeru menjadikan keadaannya semakin buruk dan menderita.
SENYUMLAH ditulis untuk membantu pembaca melihat masalah dengan cara pandang yang baru. Setelah membaca buku ini, mudah-mudahan pembaca akan menjadi lebih bahagia dan lebih faham bahawa setiap permasalahan itu sama ada berat atau ringan, ia pasti akan berlalu akhirnya.
http://bukugaleri.blogspot.com/2011/04/senyumlah.html
ALwi Alatas-terima aksih di atas info yang diberikan.Akan diusahakan mencari buku tersebut....
Post a Comment