Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................
Showing posts with label long journey. Show all posts
Showing posts with label long journey. Show all posts

Monday, April 09, 2012

Obses KPI dunia atau KPI akhirat????updated by 15th April 2012

Sekarang semua penjawat awam tidak kira pengurusan atasan mahupun pengurusan bawahan perlu mencapai KPI dalam kerjaya masing2.Penulis masih ingat sewaktu sekembalinya pulang dari cuti belajar, selalu penulis ingatkan diri bahawa 'anda tidak perlu obses dengan KPI ataupun terlalu kejarkan KPI' .Bekerja mengikut kemampuan anda dan jangan sekali-kali cuba membandingkan keupayaan anda dengan rakan pesaing ataupun tidak perlu bersaing dengan rakan sekerja anda.Namun kadang2 perasaan tidak pernah puas hati dengan apa yang ada mendorong penulis untuk cuba yang terbaik memenuhi KPI walaupun penulis tahu tidak semua penunjuk prestasi yang boleh dicapai atas beberapa faktor2 tertentu.Maka rasanya penulis cuba untuk berpegang semula prinsip yang pernah difikirkan suatu ketika dahulu.Kerja seikhlas hati dan tidak perlu terlalu mengejar dunia, jika akhirat kita terlupa untuk mempunyai perancangan peribadi menuju ke sana.

Dewasa ini, KPI bagi seorang pensyarah kanan sudah pasti lebih tinggi daripada pensyarah, namun momentum seseorang yang pensyarah tetap tidak sama, tidak kira dia Profesor, Profesor Madya,Pensyarah kanan,Pensyarah dan sebagainya.Nasib seseorang juga tidak sama.Walaupun seseorang itu berusaha bagaikan nak 'rak' kata orang, jika nasib tidak menyebelahi, tidak ke mana buat sementara waktu......sabar juga kunci pada situasi kesukaran bagi seseorang ahli akademik.Walubagaimanpun,kita perlu sentiasa bertawakal kepadaNya kerana 'man jadda wa jadda'-siapa yang berusaha dia akan berjaya,hanya masa serta rezeki dariNya yang menentukan segalanya-

Ingin saya kongsikan KPI tahunan seorang pensyarah kanan di tempat penulis bekerja,yang mana tidak semua perkara dapat dicapai dengan mudah. Jika tidak dicapai tidak bermakna tidak berusaha, namun adakalanya Allah sedang menduga kita......


Prestasi dalam Pengajaran:
Maksimum mengajar 3 kursus
ATAU
Menyelia lima(5) pelajar Phd(sepenuh masa) bersamaan 1 kursus

Bagi yang memegang jawatan pentadbiran tidak melebih satu(1) kursus

Bagi Jawatan Utama(Dekan Pengarah dan yang setaraf dengannya) boleh dikecualikan

Bagi penulis-Insyaallah untuk bahagian ini,dalam proses mencapai apabila masuk semester baru Sept nanti

Prestasi dalam Penyeliaan
Menyelia dengan memuaskan satu(1) pelajar Phd sepenuh masa
ATAU
dua(2) DBA
ATAU
dua(2) Sarjana (Penyelidikan)
ATAU
tiga(3) Sarjana(mixed mode)
ATAU
4 kertas projek

Bagi penulis- unofficially tidak ada pencapaian lagi untuk bahagian ini untuk tahun lepas,tapi jikaada rezeki, insyaallah ada kebolehpercayaan untuk pencapaian tahun ini.Amin.....................

Prestasi dalam Penyelidikan/Perundingan:
RM20,000 ke atas
Ketua Projek dalam satu(1) projek penyelidikan
ATAU projek perundingan
Bagi penulis- Terlibat dengan penyelidikan tetapi apabila dibahagikan2 mengikut keahlian penyelidik tidak mencapai RM20,000 ke atas lagi...wallahualam...namun geran penyelidikan alhamdulillah ada, walaupun kecil.....

Penglibatan dalam Persidangan/Seminar/Bengkel:
Membentangkan dua(2) kerta kerja peringkat antarabangsa/kebangsaan/kolej
Bagi penulis- Untuk tahun ini, dalam proses...insyaallah...

Prestasi dalam Penerbitan:
penerbitan ISI yang berimpak faktor 0.5 dan 1 jurnal berwasit ATAU lain2 penerbitan yang mempunyai impak kepada DASAR NEGARA....
{mungkinkah penulisan2 artikel dalam blogs ini diterima untuk KPI aku?????????????????????????hanya jauhari yang mengenal manikam}
Bagi penulis- Dalam proses dan ada yang masih diusahakan...

Prestasi Inovasi:
2 IPR(buku,modul,nota kuliah,monograf dan sebagainya yang mempunyai signifikan yang standard dengan yang disenaraikan)
Bagi penulis- Ada yang dalam proses dan dalam perancangan pelaksanaan........

Prestasi Perkhidmatan Profesional:
1 keahlian dalam badan profesional/persatuan antarabangsa -Association Information System(AIS)-masih ada keinginan untuk menambah keahlian dalam mana badan profesional yang berkaitan untuk tahun ini.
1 keahlian dalam badan profesional/persatuan kebangsaan-Persatuan Akademik Universiti ...(PERSATU) dan Qualitative Research Association Malaysia(QRAM)

Bagi penulis-Alhamdulillah....hanya berjaya meminimakan penunjuk prestasi buat setakat ini.... sudah berjaya dicapai sejak hujung tahun 2011.....
wallahualam


Secara keseluruhannya masih banyak yang perlu diperbaiki seiring dengan perancangan strategik menuju ke akhirat......insyaallah.........

Tuesday, August 23, 2011

Namun di sebalik semua kepahitan...tersembunyi..........

Insyaallah after raya, workload will be more hectic and busy at the maximum level ....insyaallah.. try the best to perfom the good job ...

After 4th Sept, new semester will start, the author will teach 2 courses, same subject(Decision Support System and Information System in Decision Making);same but not the same....use the same references.... for two different types of students; 1 course for undergraduate-final semester students and 1 course for postgraduate course....; will go outstation for supervise practicum students for 1 week; will facilitate slot with new programme students this coming 8th Sept; continue to help her colleague do the research on knowledge sharing also-this one have been successfully got the grant....alhamdulillah, will extend her phd research either to get the new grant or not(still in work-in progress the grant application after the previous one was rejected...), plan 'work out' with few paper conferences after one was rejected....just get the the news yesterday....maybe that is the way; maybe Allah know the author's strength and always determined her in 'failure' mode..wallahualam...HE give fail FIRST to her so that she have to 'work up more strongly.....

Sunday, May 29, 2011

Sedikit peringatan untuk diri sendiri dan semua......................

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya..

Monday, March 21, 2011

3 days more to go.....


my journey here was settle down......will start new chapter in my life again in my beloved homecountry....perhaps everything will goes smoothly.amin.....

Monday, February 21, 2011

Walaupun dah siap..hati masih gundah gulana....

Setelah dua malam bersengkang mata(tiada pilihan okay...siang sibuk dgn anak2 terutamanya si comel lote tu;mujur malam dia sesekali je bangun...'good girl dear'!!!!!!(siapa lagi nak puji kalau bukan mama nya )......)....berjaya juga membuat pembetulan untuk kali kedua...dan kini tgh menunggu maklumbalas 'proof reader' dan sv sebelum dihantar sekali lagi ke dua2 examiner saya yang 'sangat baik hati' itu....mudah2an selepas ini tiada lagi pembetulan yang dikemukakan lagi....aku sudah tiada masa.....awal bulan mac ini perlu dihantar seboleh2nya ke 'postgraduate office' wallahualam.....

~AKU MAHU PULANG~

nota 1 - passport dan dapat semula dan visa sudah berjaya diperbaharui..alhamdulillah...dah 'line clear' untuk pulang...ooopppps tunggu passport si comel lote dulu...........

nota 2- hati masih gundah gulana selagi 'final submission' tak selesai...ya allah permudahanlah urusanku amin....
updated: 'proofreader' sibuk pulak..minggu depan baru boleh dapat semula.....sabar ye cik intan...allah lebih mengetahui yang terbaik untuk dirimu.........................................

nak 'release tension...........................'layan jap lagu ni dan kumpulan yang pernah jadi kegemarannya ku suatu ketika dulu..dengan nasihat...'muko comel lote......peel biar molek...........'

Wednesday, February 09, 2011

In my life......

I met so many types of people especially during my phd journey......sometimes in front of me so kind and well behaved but when at my back..................however...I just redha and thankful to Allah with all of that....like in this song said.................

Monday, January 17, 2011

Yang tak syoknya di sini apabila.................

Mendapat berita musibah di tanahair di mana untuk pulang bergegas macam Penang- Kelantan bukan suatu perkara yang mudah.Semalam baru sahaja mendapat tahu ibu mertuaku masih dalam keadaan tidak sedarkan diri dan perlu menjalani pembedahan segera akibat pendarahan beku dalam otak komplikasi dari tekanan darah tinggi yang beliau alami beberapa hari yang lepas. Mohon doakan moga ibu mertuaku dipermudahkan urusan beliau dan sembuh seperti sediakala.Aku dan suami hanya dapat berdoa dari jauh memandangkan aku hanya menunggu hari dan suami pula masih sibuk dengan penulisan tesisnya yang juga dijadualkan perlu dihantar kepada penyelianya sebelum kami 'back for good' dua bulan lagi.Insyaallah....

Dan beberapa perkara lagi yang akan kunukilkan kemudian.............

Wednesday, January 05, 2011

Today.5.1.2011

settled smoothly on register fourth year at university(just student card and passport.......no more financial affidavit since for fourth year student or write-up year student in my university do not have to pay any fees anymore-for my case it is just formality, as long as, I'm still not submit yet the final version of my thesis...)....then my scholarship just valid for 6 months only, then we will have to back for good already....'tak sabarnya nak balik Malaysia'(even sometimes I have some feelings wanna stay here more long existing in my heart....why??????????I have my own reason-maybe other entry I'll try share even some people will argue with me...hahahahaha).....

settled on return all non-related library books even the correction still on the process(not too much anymore...come on dear..you can settle it before deliver.........)

correction on DEIT 2011 have been done last Monday and have been submitted to my lovely sv......

visa extension manners still not settle yet......most probably in this week to settle down, I just have more 24 days before my due date......

Thursday, December 23, 2010

Like this videoclip.....

About Manchester's student life

credit to MCOT member....sweet and nice impression about study in Manchester.............

Tuesday, November 09, 2010

Links from my Friendster blogs

Suddenly I just remember that I have share some my best experience residing here....which you can click here to know more.....


and so I think I have other 25 entries from this Friendster blogs....(however, at this moments no updates anymore....)

Wednesday, May 12, 2010

Metafora Phd

Dulu,aku ibarat dalam terowong yang gelap gelita gelap..memang gelap yang sangat gelap...Aku meraba-raba dalam kegelapan...namun alhamdulillah ada beberapa insan yang sudi memimpinku jalan dalam kegelapan itu berbantukan 'lampu suluh'...

Kini, aku sudah nampak sedikit cahaya daripada dalam terowong yang gelap itu...Namun cahaya itu rupanya masih TERLALU JAUH TERSANGATLAH JAUH....... untuk tiba sekaligus besar harapan aku kiranya tatkala aku tiba pada cahaya tersebut,maka aku dapatlah keluar daripada terowong gelap itu...Ya,aku masih dalam terowong itu..walau sudah nampak cahaya nya....itulah metafora phd aku kini.....
------------------------------------------------------------------------------------------------
Tajuk Metafora ini tercetus daripada tajuk nasyid ini yang sangat puitis liriknya(nasyid tidak berkaitan dengan kehidupanku secara langsung...cuma suka melodi dan liriknya sahaja..dan boleh dibuat pedoman untuk kita semua....)- nak dengar boleh cari di sebelah...track no.26(4 dari belakang...)

Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naif untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri

Friday, April 30, 2010

Satu demi satu.....

Orang2 Malaysia di kariah aku(CHeetham Hill) kini semakin berkurangan....dalam tahun ni saja lebih daripada 10 famili akan pulang.Terasa hiba jugak....hari ni pun ada akak senior aku,kak ima dan keluarga yg akan 'back for good' memandangkan suaminya sudah bergelar DR....sedihle....sbb akak ni mmg pakar kek...dah tak boleh tempah kek sedap dah kat dia......kenangan terakhir dengan k.ima masa 'shopping di NEXT Mac lalu..hehehe....semalam di rumah dia ...terlupa bergambar.....

*k.ima-dua dari kiri....yg kelima-k.ita dari kiri pun dah pulang awal bulan April.......

Aku juga yang masih di sini...sentiasa memohon dipermudahkan moga2 aku akan pulang juga suatu hari nanti seperti mereka-palaing awal pun tahun depan, jangan mimpi le dalam tahun ni yer...perjalanan aku masih jauh.......halangan pun masih banyak lagi.....

.....sepertimana juga salah satu lagu dlm track di sebelah ni- Home by Westlife....
(cari sendiri ye...)

Thursday, April 22, 2010

May our journey is blessing by the Creator dear....

Today,22/4/2010 is my spouse birthday;Mr Muhammad Mat Yusof...But we do not have 'big celebration' yet since I'm too busy with my school work and preparation for IE.....however, I bless our journey will go smoothly and my dear hubby will remain loving me forever and ever same as me feeling to him...Amin.........


I'm dedicated two romantic songs for him.......hopefully he likes it....



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife(hubby) and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Sunday, March 21, 2010

RM10K? incentive for those..................

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Eksekutif Universiti ke 158 bil 3/2010 hari ini bersetuju meluluskan insentif kewangan RM 10,000.00 (Sepuluh Ribu RINGGIT, tunai) kepada mana-mana staf akademik **M yang menyelesaikan pengajian PhD mereka dalam tempoh** yang diluluskan, berkuatkuasa serta merta.

**Mengikut tarikh surat kelulusan senat universiti berkenaan.


the question is......................................Can I acheive this challenge???????????...
I don't think so.......Thanks my dear...**M..

I try my best but it is not promising..because this journey is ver though, not easy as ABC and really need lots of patience and sacrification as been storied by this paragraphs:-



Apabila memikirkan perjalanan PhD aku berdebar-debar. PhD sama sekali berbeza dengan Master. PhD memerlukan terlebih banyak segala rencah berbanding Master. Sebahagian besar yang menempuh PhD adalah di usia yang lebih dewasa. Bila usia dewasa, ujian dan cabarannya lebih layak dengan kematangan dan kedewasaan seseorang itu.

Semua calon PhD cuba merancang yang terbaik, melakukan time-frame dan berusaha memenuhinya. PhD bukan untuk orang yang cerdik, tetapi PhD adalah untuk orang yang sabar. Kesabaran yang akan mendorong calon-calon PhD berjaya. Calon PhD perlu bersabar dalam membaca, menganalisis, berfikir, bersabar juga dengan segala ujian yang datang di luar upaya dan perancangan mereka.

Penyelia Master aku pernah bercerita semasa menyelesaikan PhDnya, beliau terpaksa kuatkan hati menghadapi dua kali kematian anak kecilnya. Seorang kakak seniorku menghadapi dua kali perceraian melalui dua perkahwinannya sepanjang tempoh menyelesaikan PhD. Seorang senior lagi menghadapi kahancuran rumah tangga di saat-saat dia sangat memerlukan sokongan suami, kawannya sendiri telah menjadi perosak rumahtangganya lalu merampas si suami. Ada juga yang berkali-kali keguguran. Ada juga calon PhD yang menghadapi kematian dirinya sendiri. Lahawla wala quwwata illa billah. Banyak kisah calon PhD lain lagi. Pendek kata, PhD adalah satu bentuk tarbiyah daripada Allah, menguji intelektual dan rohani sekaligus.

Najwa sahabatku selalu mengulangi, PhD adalah untuk orang yang sabar, PhD adalah medan untuk berdoa. Memang ia medan air mata. Ia medan mendekatkan kita kepada Allah.

Ujian-ujian lain seperti kewangan, penyelia, kesukaran mencari dan menganalisa bahan, adalah rencah-rencah biasa dalam PhD.

Di sebabkan itulah bagi aku, seharusnya PhD medan tarbiyah Allah ini melahirkan para doktor yang tawadhuk, merendah diri, tidak mementingkan diri sendiri. Yang lebih penting PhD melahirkan hamba-hamba Allah yang penuh bertaqwa dan penuh tawakkal, hati yang tulus merendah diri kepada Allah Ta'ala.

........

wallahualam

Wednesday, February 10, 2010

Almost done although it still need improvement.....

Today remarks myself for 25th meeting with my sv and she is okay with my deliverables(slides, the conference paper,the journal paper) and only my slides needs some improvements. She also was express herself ' very very very' sorry with what happened to me.. and ask me either I need more break for myself.'Luckily' I can said to her..'it is okay.........I think I can handle it'...It just not too much time.....then after 3.3.10, maybe I'll take some break for one to two weeks(Yes!!!!!!!!! it will) before my preparation of real IE..

INSHAALLAH.....I believe that all these things would makes me more strong in survive my life after this....yes, I believe on that.....

Saturday, January 09, 2010

2 years was here...

Another 1 year insyaallah..can I finish or not...I am not sure...whatever it is, this month I have to register as third year student at university...how time flies..it was so fast and just left one year to finish my journey...with a lots of job responsibilities...I do not have any confidence to finish within on time...just let the time judge it..not us...