Di saat-saat ilhamku datang mencurah-curah bagaikan salji yang turun di luar rumahku pada waktu ini..tetiba emosiku diketuk dengan perasaan yang tak sepatutnya ada bagi seorang pelajar PhD...namun aku tidak sekuat itu..acapkali email dari penyelia utama adalah email yang amat aku takuti..takut-takut dapat respon yang negatif....erm...sememangnya esok aku akan berjumpa dengan beliau buat kali ke13 sejak setahun yang lalu...dengan pelbagai 'tugasan2' yang telah aku siapkan sepenuh hati...hari ni dia membalas email aku berkenaan abstrak kertas kerja yang bukan kali pertama aku hantar pada beliau....sudahla kertas kerja tersebut sebenarnya sudah pun disemak oleh rakan seperjuanganku yang lebih pandai tahap bahasa Inggerisnya daripada aku, nampaknya 'kakak' ku ini belum berpuas hati dengan meminta aku untuk membuat 'proof reading' bagi abstrak kertas kerja aku itu kepada orang putih..adus...nampak gayanya aku kena hantar kepada penyelia kedua aku untuk menyemak jika beliau ada dan jika dia tiada kena jugaklah cari sesapa yang sudi untuk 'proof-reading' abstrak aku itu...erm..dah hilang mood sebenarnya tadi dah tulis berjela-jela..tup-tup internet terputus plak di tambah dengan karenah anak2 yang adakalanya menguji jua kesabaranku tika aku begini...noktah je la jawabnya.......walaubagaimanapaun mereka jugaklah pembakar semangatku yang kian luntur ini...hatiku ini juga menangis mencurah-curah sebagaimana salji di luar turun mencurah-curah lagi ..esok entah jumpa ke tidak aku dengan penyelia ku....sebab sememangnya dalam ramalan cuaca salji akan turun sepanjang minggu ini...wallahualam...
Tajuk 1824 - Kisah saya di BLOG MENDELEY
5 years ago