Penulis:Prof Dr Muhaya Mohamad
a-Buku ini merupakan sumber kekuatan bagi pembaca mahupun pemilik buku ini dalam menelusuri cabaran kehidupan,Mengapa kita harus hidup,paadigma yang seringkali manusia caknakan adakalanya meresahkan hati manusia sendiri dalam perjalanan kehidupan seorang khalifah Allah sejak lahir hingga dewasa.Erti kasih sayang,keazaman dan cabaran dalam kehidupan,apa yang diperlukan untuk hidup,kesantunan dan tingkah laku yang baik memberi refleksi dalam kehidupan masyarakat.Apabila selesai mebaca buku ini, penulis mengharapkan bahawa pembacanya akan sentiasa kuat dan tabah dalam kehidupan.
b-Buku ini merupakan susulan daripada penghasilan buku Celik Mata & Jiwa.
Daripada tajuk buku ini, dapat fahami bahawa penulis mempunyai matlamat untuk mengubah cara berfikir dan selalulah kita bermuhasabah dalam kehidupan yang kita tempuh.Untuk mengubah cara berfikir , memang merupakan satu cabaran besar bagi masyarakat kita yang sudah mempunyai norma kehidupan yang tersendiri.Namun apabila buku mampu difahami dan dihayati,kita akan terpacu untuk mensetkan semula daripada selalu berfikir negatif kepada akan cuba untuk memaksimakan pemikiran positif.
Tuesday, April 01, 2014
Ulasan buku 2 2014: Padanya Ada Hikmah
Penulis:Prof Dr Muhaya Mohamad dan Bahrudin Bekri
Buku yang berdasarkan kisah-kisah masyarakat, terselit inspirasi, setiap satunya untuk menyedarkan minda pembaca bahawa apa yang berlaku dalam dunia ini ada sebab dan justifikasinya yang tersendiri. Pendekatan yang kreatif, tidak secara langsungdi mana kisah-kisah ini adalah pengalaman-pengalaman hidup penulis sendiri namun digarapkan melalui watak yang tersendiri supaya cerita dan moral yang hendak disempurnakan lebih terkesan di hati pembaca,Tahniah buat penulis!

Ulasan buku 1 2014:Bagaimana menjadi seorang pelajar yang baik dan berjaya
Penulis:Prof Dr Muhaya Mohamad
Kandungan buku motivasi ini sememangnya seiring dengan tajuk buku yang mencakupi keseluruhan aspek dalam pembangunan pelajar dalam membangunkan potensi dirinya untuk berjuang dalam kehidupan.
Secara tidak langsung, buku ini mampu mencanai pembaca dalam panduan kepada pelajar untuk menjadi seorang yang lebih positif,tabah dan tidak mudah putus asa untuk berjaya.Ia merangkumi aspek emosi,intelektual,spiritual dan rohani.
Sebagai penulis yang berpengalaman luas dalam bidang perubatan khususnya,beliau berjaya mengadun teknik belajar dengan berkesan dan bagaimana untuk menjadi insan yang beriman kepada Tuhannya

Subscribe to:
Posts (Atom)