Aku merupakan peminat siri penyiasatan CSI sejak bulan ramadhan yang lepas.....setiap hari pukul 7 malam,pasti aku akan mengadap tv sehinggalah siri2 penyiasatan CSI dan yg se'waktu ' dengannya berakhir, ianya tidak menentu, bergantung kepada tahap kemengantukan mata dan kondisi aku setiap malam(heheh kadang2 CSI yang 'menonton' aku pun ada...duk lena depan TV jugak tu...hehehehe)....Aku pernah kongsikan minat aku ini dalam entri blogs anak2 Ogos lepas.Cuma sejak aku menjadi peminat CSI ini, salah satu siri semalam agak terkesan kepada diri aku, selalunya siri ini hanya 1 jam, tetapi siri istimewa semlm-CSI Vegas 'Grave Alive', adalah selama hampir 2 jam...mulanya aku macam kurang berminat melihatkan tajuk siri tersebut( berfikir sendiri,tentunya agen2 CSI akan menyiasat mayat hidup ke mumia ke yang sewaktu dengannya-aku penakut cerita hantu...semalam cik abang pergi tengok bola pula tu..anak2 semua dah tidur...)....namun setelah 20 minit siri ini,aku baru menyedari bahawa salah seorang agen CSI(kebetulan agen yang aku minat pula tu...Nick Stoke....telah di'kuburkan' hidup2 oleh penjahat)...aku menonton keseorangan dengan penuh cemas, kesian sangat dengan keadaan Nick Stones..memang sangat men'suspen'kan..kadang2 aku hampir nak marah dengan rakan2 agen penyiasatan CSI sebab rasa mereka bertindak terlalu perlahan...hampir2 beliau(Nick Stones) mati digigit kerengga merah(red ants)dalam 'keranda'...namun akhirnya beliau berjaya diselamatkan oleh rakan2 agen CSI beliau....aku cuba membayangkan kalau aku yang jadi Nick Stones tu...huh...macam mati hidup semula....aku kagum dengan lakonan George Eads tu(pelakon yang membawakan watak Nick Stokes tu...) boleh menang anugerah Best Actor la.....hmm........
nampak macam takda kaitan pun dengan penyelidkan aku ni...tapi aku je yang tahu ada ke takda...sebenarnya secara tidak langsung memang ada..............dari segi 'penajaman' pemahaman aku terhadap apa yang aku kaji dengan siri2 penyiasatan yang aku ikuti ini......cumanya siri CSI ini ianya lebih kepada pendekatan positivism~scientifc investigation, apa yang aku kaji lebih kepada interpretivism~subjectivity research...apa2pun aku enjoy dengan minat ini...sapa pun tak boleh halang kan?????satu lagi siri penyiasatan yang aku minati iaitu~ The MENTALIST- siri yang lebih kepada pendekatan psikologi....nanti aku ceritakan di entri akan datang.......................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment