Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Monday, April 09, 2012

Obses KPI dunia atau KPI akhirat????updated by 15th April 2012

Sekarang semua penjawat awam tidak kira pengurusan atasan mahupun pengurusan bawahan perlu mencapai KPI dalam kerjaya masing2.Penulis masih ingat sewaktu sekembalinya pulang dari cuti belajar, selalu penulis ingatkan diri bahawa 'anda tidak perlu obses dengan KPI ataupun terlalu kejarkan KPI' .Bekerja mengikut kemampuan anda dan jangan sekali-kali cuba membandingkan keupayaan anda dengan rakan pesaing ataupun tidak perlu bersaing dengan rakan sekerja anda.Namun kadang2 perasaan tidak pernah puas hati dengan apa yang ada mendorong penulis untuk cuba yang terbaik memenuhi KPI walaupun penulis tahu tidak semua penunjuk prestasi yang boleh dicapai atas beberapa faktor2 tertentu.Maka rasanya penulis cuba untuk berpegang semula prinsip yang pernah difikirkan suatu ketika dahulu.Kerja seikhlas hati dan tidak perlu terlalu mengejar dunia, jika akhirat kita terlupa untuk mempunyai perancangan peribadi menuju ke sana.

Dewasa ini, KPI bagi seorang pensyarah kanan sudah pasti lebih tinggi daripada pensyarah, namun momentum seseorang yang pensyarah tetap tidak sama, tidak kira dia Profesor, Profesor Madya,Pensyarah kanan,Pensyarah dan sebagainya.Nasib seseorang juga tidak sama.Walaupun seseorang itu berusaha bagaikan nak 'rak' kata orang, jika nasib tidak menyebelahi, tidak ke mana buat sementara waktu......sabar juga kunci pada situasi kesukaran bagi seseorang ahli akademik.Walubagaimanpun,kita perlu sentiasa bertawakal kepadaNya kerana 'man jadda wa jadda'-siapa yang berusaha dia akan berjaya,hanya masa serta rezeki dariNya yang menentukan segalanya-

Ingin saya kongsikan KPI tahunan seorang pensyarah kanan di tempat penulis bekerja,yang mana tidak semua perkara dapat dicapai dengan mudah. Jika tidak dicapai tidak bermakna tidak berusaha, namun adakalanya Allah sedang menduga kita......


Prestasi dalam Pengajaran:
Maksimum mengajar 3 kursus
ATAU
Menyelia lima(5) pelajar Phd(sepenuh masa) bersamaan 1 kursus

Bagi yang memegang jawatan pentadbiran tidak melebih satu(1) kursus

Bagi Jawatan Utama(Dekan Pengarah dan yang setaraf dengannya) boleh dikecualikan

Bagi penulis-Insyaallah untuk bahagian ini,dalam proses mencapai apabila masuk semester baru Sept nanti

Prestasi dalam Penyeliaan
Menyelia dengan memuaskan satu(1) pelajar Phd sepenuh masa
ATAU
dua(2) DBA
ATAU
dua(2) Sarjana (Penyelidikan)
ATAU
tiga(3) Sarjana(mixed mode)
ATAU
4 kertas projek

Bagi penulis- unofficially tidak ada pencapaian lagi untuk bahagian ini untuk tahun lepas,tapi jikaada rezeki, insyaallah ada kebolehpercayaan untuk pencapaian tahun ini.Amin.....................

Prestasi dalam Penyelidikan/Perundingan:
RM20,000 ke atas
Ketua Projek dalam satu(1) projek penyelidikan
ATAU projek perundingan
Bagi penulis- Terlibat dengan penyelidikan tetapi apabila dibahagikan2 mengikut keahlian penyelidik tidak mencapai RM20,000 ke atas lagi...wallahualam...namun geran penyelidikan alhamdulillah ada, walaupun kecil.....

Penglibatan dalam Persidangan/Seminar/Bengkel:
Membentangkan dua(2) kerta kerja peringkat antarabangsa/kebangsaan/kolej
Bagi penulis- Untuk tahun ini, dalam proses...insyaallah...

Prestasi dalam Penerbitan:
penerbitan ISI yang berimpak faktor 0.5 dan 1 jurnal berwasit ATAU lain2 penerbitan yang mempunyai impak kepada DASAR NEGARA....
{mungkinkah penulisan2 artikel dalam blogs ini diterima untuk KPI aku?????????????????????????hanya jauhari yang mengenal manikam}
Bagi penulis- Dalam proses dan ada yang masih diusahakan...

Prestasi Inovasi:
2 IPR(buku,modul,nota kuliah,monograf dan sebagainya yang mempunyai signifikan yang standard dengan yang disenaraikan)
Bagi penulis- Ada yang dalam proses dan dalam perancangan pelaksanaan........

Prestasi Perkhidmatan Profesional:
1 keahlian dalam badan profesional/persatuan antarabangsa -Association Information System(AIS)-masih ada keinginan untuk menambah keahlian dalam mana badan profesional yang berkaitan untuk tahun ini.
1 keahlian dalam badan profesional/persatuan kebangsaan-Persatuan Akademik Universiti ...(PERSATU) dan Qualitative Research Association Malaysia(QRAM)

Bagi penulis-Alhamdulillah....hanya berjaya meminimakan penunjuk prestasi buat setakat ini.... sudah berjaya dicapai sejak hujung tahun 2011.....
wallahualam


Secara keseluruhannya masih banyak yang perlu diperbaiki seiring dengan perancangan strategik menuju ke akhirat......insyaallah.........

2 comments:

mak encik | SZ said...

Allahuakbar ...

boleh tahan juga kpi yg nak dicapai tu kak...insyaAllah, sama-sama kita berusaha ...

sekadar cadangan, utk international membership tu try akak bukak IACSIT punya website, try apply utk jd member klu berminat ... :)

http://www.iacsit.org/member.htm

yang lain tu macam biasa lah boleh juga apply utk IEEE malaysian society

Unknown said...

DR SUZI,
Insyallah dalam pertimbangan....IEEE tu takut sikit sbb akak lebih kepada non technical IT/IS....IACSIT tu akan cuba ditinjau2 dulu..anyway thanks dear!!!!!!!!!!!!!!!!1111