Tinggal seminggu sahaja lagi, semester baru akan bermula.Persediaan untuk pengajaran di semester baru tidaklah sesempurna yang dijangkakan.Tugas pentadbiran dan penyediaan kertas kerja untuk menjalankan penyelidikan perlu diutamakan untuk minggu ini.Penulis akui, pengajaran juga merupakan salah satu tugas utama, namun keterbatasan masa mengekang penyediaan pengajaran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.Penulis yakin, ini senario biasa bagi seorang ahli akademik dek komitmen yang perlu dibahagikan seadil-adilnya kepada semua bidang tugas sebagai seorang ahli akademik itu sendiri.
Bagi yang tidak jelas bidang tugas ahli akademi biasanya merangkumi 5P;Pengajaran;Penyelidikan(Perundingan);Penulisan:Perundingan dan juga Pentadbiran(termasuk hanya menjadi AJK,mahupun Dekan hatta sekalipun).Dan ahli akademik tidak bercuti tatkala pelajar-pelajar universiti cuti semester, berbeza dengan pendidik di sekolah kebangsaan mahupun menengah, namun dewasa ini, pendidik juga tidak terkecuali dengan bebanan tugas yang sangat mencabar.
Berbalik kepada penulis, minggu ini lebih difokuskan kepada P kedua dan P kelima tadi(Penyelidikan dan juga Pentadbiran).Mujur juga penulis mempunyai pembantu penyelidik yang banyak membantu kerja-kerja penyelidikan. Pentadbiran? penulis bukan lah Dekan mahupun Ketua Jabatan, hanya sekadar memudahkan kerja dan melaksanakan perintah Dekan dan Ketua Jabatan, namun tugas itu turut memerlukan pembuatan keputusan dari penulis sendiri,dan perlu disempurnakan dalam masa yang agak singkat. Dalam hal ini, penulis harus bersikap profesional terutamanya jika ianya melibatkan hati dan emosi seseorang. Diharapkan penulis lebih banyak bersabar, lebih matang(cuba menjadi seorang yang 'ignorance') dan juga sentiasa bersikap telus dan hormat kepada orang samada dibawah mahu pun di atas.
Tajuk 1824 - Kisah saya di BLOG MENDELEY
3 years ago
2 comments:
Salam perkenalan...kak sham suka baca blog ni...banyak motivation dan pengajaran...tq..teruskan
shamsida-tqvm for the support......teuskan melawat blogs saya yg biasa2 shj ini.Akan cuba kongsikan yang terbaik dari saya...
Post a Comment