Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Monday, January 02, 2012

Anjakan paradigma...........Perlukah setiap tahun baru harus ada azam tahun baru???????????????

Bagi penulis, tidak perlu menunggu di awal tahun baru kita perlu ada azam untuk peningkatan diri....sebaik2nya azam yang terbaik adalah sebaik sahaja kita bangun tidur - dimana kita harus memasang niat, aku mahu jadi yang terbaik dan seboleh mungkin lebih baik dari semalam,dan sebelum tidur, yang afdhal nya bermuhasabah sebelum tidur....'penilaian diri sendiri' apa yang telah kita lakukan saban hari...

....tidak salah ada azam tahun baru dan tidak dinafikan penulis juga ada azam tahun baru apatah lagi tuntutan kerja yang perlu mencapai KPI tahunan, tentu tidak dapat lari dari memiliki azam secara individual...namun biarlah azam itu hanya untuk pengetahuan kita,bukan dihebah sana sini, mahupun dicanang sana sini...sebab hidup dalam zaman teknologi moden ini....tidak memungkinkan semua orang sealiran pemikiran dengan kita....seharusnya kita perlu berwaspada dan sentiasa peka dengan stail dan senario semasa.

Begitu juga bagi penulis, kerjaya seperti penulis sebenarnya menuntut kesabaran,pengorbanan dan tekanan yang amat tinggi serta pekerjaan berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit dan sebenarnya kerjaya seperti penulis...IAITU ..golongan akademia ini sebenarnya bersaing dengan dirinya sahaja(Prof Zakaria Abas,2012) bukan dengan orang lain...sebab itulah juga tidak perlu untuk kita mendabik dada mahupun bermegah-megah dengan apa yang kita  ada jika ilmu itu tidak dimanfaatkan untuk orang lain................wallahualam



2 comments:

Cik F said...

X sgka tersebar hasil karya saya

http://interprestasi-aku.blogspot.com/2011/05/putera-katak.html

Unknown said...

saudari- hafifah- saya harap anda berbesar hati ramai yang berkongsi kata2 semangat tersebut......