roles-of-phd-supervisors
Ramai pelajar PhD yang merungut kepada saya bahawa supervisors mereka tidak membantu serta beri tunjuk ajar sewaktu buat PhD. Saya hanya tersenyum. Buat apa kalau ada supervisor tetapi tidak menolong apa-apa. Dulu masa buat master degree senang aje. Sekarang ini perlu belajar sendiri. Kalau nak tahu pasal methodology kena baca sendiri, and kalau nak tahu guna statistics pun kena baca sendiri. Susah betul!
Selepas mendengar keluhan mereka, saya pun menerangkan kepada pelajar PhD ini dan kebetulan beliau ialah rakan saya. Begini, sebenarnya buat PhD ini, supervisor hanya beri 5 peratus sahaja manakala yang 95 peratus kerja kita. Kalau tidak supervisor yang dapat PhD! Dulu masa master berlainan sedikit dan kalau bagi saya master tu hanya cover 20% untuk PhD. Untuk buat PhD, pelajar perlu buat semua benda termasuk mendalami knowledge research termasuk cara-cara menjalankan kajian, sampling, research instrument, data analysis etc. Kalau nak tahu kena belajar dengan sesiapa aje yang mahir. Masa ini kita tidak lagi depend kepada supervisor kerana mereka hanya menunjukkan "jalan" yang betul. Kalau terlajak, supervisor akan betulkan. So, dengan mudah saya katakan bahawa, PhD ini perlu belajar sendiri dan pandai-pandai sendiri tetapi 'pergerakkan' pelajar PhD akan dipantau oleh supervisor mereka. Sebab itu ada berbagai-bagai cara supervisor membimbing pelajar PhD mereka. Tidak ada standard. Kalau dapat supervisor yang jenis menulis, maka pelajar beliau akan digalakkan untuk menulis. Begitulah...
Oleh yang demikian, saya nak syorkan kepada semua pelajar PhD supaya prepare diri masing-masing dengan research knowledge dan betul-betul faham menjalankan kajian. Jangan sudah mendaftar dan masuk program PhD baru nak belajar semua benda, and kita tahulah conclusionnya kan...mula malas nak belajar, lambat defend proposal, dan last sekali tak tamat. Bila tak tamat pengajian, mula rakan-rakan sepejabat akan mula mengata yang bukan-bukan. Ada kawan saya sampai tukar tempat kerja sebab tak tamat pengajian. Dulu masa dapat biasiswa PhD, dia diraikan dengan hebat, tetapi bila tak tamat pengajian, mula tak tahu nak letak muka kat mana termasuk saudara mara, mak bapak dan mentua. Emm...mungkin anda dah mendengar cerita-cerita begini. Apa boleh buat, PhD bukannya hak mutlak dan tanggungjawab supervisor PhD. Pelajar PhD yang bertanggungjawab sepenuhnya pada PhD mereka. Pesanan saya, banyakkan berusaha, berdoa dan bertawakkal. Jangan lupa duduk bersama-sama rakan PhD lain untuk boostkan motivation dan discuss bersama mereka. Jangan buat PhD sorang-orang. Nanti tak menjadi! InsyaAllah anda akan berjaya membawa balik topi burger dengan bergaya!
http://norzaidi.blogspot.com/2009/10/roles-of-phd-supervisors.html
Thanks Sis Anis for sharing this links.....I'll keep it as spirit!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment