Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Thursday, May 13, 2010

Cabaran dan Dugaan

Cabaran 2008
*9 bulan pertama- bergilir2 ke sekolah memandangkan 2 kanak2 kecil perlu dijaga; untuk hantar kat orang 2 org agak mahal kosnya
*bulan ke tujuh- ada musibah yang menimpa menyebabkan kami 'patah kaki' hampir 2 bulan, tidak kemana2 ; hanya di rumah kecuali sekitar Manchester menggunakan bas awam
*'culture shock' - aku tidak dapat menerima kenyatan orang sekeliling sibuk mempedulikan saiz fizikal tubuh badan anak2 aku.......aku sedih sehingga sekarang..walaupun aku sudah memaafkan orang2 sekeliling itu namun kesedihan itu tak bisa dilenyapkan.....
*supervisor aku tidak ada pelajar phd lain selain dari aku...sebelum ini, dia hanya ada pelajar Mphil yang sudah bergelar Dr......tidak bermakna aku boleh berjumpa dengan beliau setiap minggu, perjumpaan hanya sebulan sekali dan kdg2 dua bulan sekali...dia juga sibuk sepertimana supervisor2 yang ada nama Prof di hadapan....
*tahap sensitif- makin berganda-ganda semenjak 'culture shock'.....
*rumah diancam tikus dan pelbagai hidupan yang tidak diundang- rasa tidak ada keserasian lagi pada rumah itu....
*Zimah mengalami alahan pada kepalanya tatkala musim panas menjelma,

Cabaran 2009
^Mizah dah ke sekolah sejak Sept 2008,maka Hanie bolehlah dihantar ke 'babysitter'...maka dapatlah ke sekolah setiap hari walaupun dalam tempoh yang amat terhad
^Perlu mampu menyesuaikan diri dengan suasana kekalutan setiap pagi menyiapkan anak2 ke sekolah dan aku serta suami
^Pindah rumah baru yang 1001% selesa daripada rumah lama- mood aku makin elok
^Hanie perlu dipantau sakitnya itu..yang aku telah ketahui sejak lahir lagi.

Cabaran 2010
*Aku keguguran
*Hingga kini masih tidak serik untuk mencuba(menambah le,bukan mencuba utk keguguran...nau'zubillah...biarlah org nak kata apa pun, aku ada justifikasinya yang tersendiri)
*Mizah perlu diperiksa matanya yang dikhuatiri didapati ada masalah.....
*Sentiasa ada perasaan takut...................... takut tak mampu membawa pulang apa yang dicitakan dan menamatkan perjalanan ini....
*Hanie masih perlu dipantau dari masa ke semasa; namun dia tetap cergas dan riang ria macam kanak2 lain dan sangat 'petah'......

4 comments:

mak encik | SZ said...

begitulah kehidupan kita ni kan k intan, ada hari gembira,ada hari sedih...dugan yg mendatang pun dlm pelbagai bentuk...semoga semuanya sejahtera...

Unknown said...

suzi- betul tu..even di luar kehidupan sbg pelajar phd pun byk cabarannya kan???apatah lagi dlm sitausi sbg insan yg 'multitasking' nie..hehehehe

umimiqdad said...

salam...
doa akak semoga intan tabah menghadapi cabaran dan dugaan yg mendatang...

p/s:btw ingat lg tak pd kak zanisah ftsm ukm dulu

Unknown said...

k.zanisah- saya ingat kak....jadi cikgu yer???thanks for visit me...