Aku dan dia....
Punyai matlamat yang sama, Cara yang berbeza
Kajian aku kualitatif, Kajian dia kuantitatif
Kajian aku tiada pengaturcaraan, Kajian dia banyak melibatkan pengaturcaraan
Kajian aku melibatkan banyak perkataan, Kajian dia banyak melibatkan nombor
Kajian aku perlukan pengupasan yang sangat kompleks dan holistik, Kajian dia perlukan kupasan yang secara langsung dan ringkas tapi padat
Kajian aku melibatkan paradigma interpretif, Kajian dia tidak perlukan penerangan paradigma kerana sememangnya sudah terang lagi bersuluh dia adalah secara positivist
Kajian aku pada tahun pertama pengajian gelap gelita, Kajian dia diberi 'cahaya lilin' oleh penyelianya sejak awal lagi
Kajian aku memerlukan data utama dan data sekunder, Kajian dia hanya perlukan data sekunder
Walau jurang kami seakan langit dan bumi, Namun matlamat kami TETAP sama- PhD; maka secara automatik, kami perlu faham memahami dan banyak bertolak ansur untuk membuat sebarang 'pengorbananan' dalam semua aspek......aminnnnnnnnn
***** dia merujuk kepada teman sehidup sematiku @ suami tercinta yang juga mengharungi perjalanan solo ini bersama-sama......
Friday, May 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
yg penting2 sama2 memahami... :) bestnya 2-2 blk ngan title nnt...dr intan & dr che mat ;)
suzi- mudah2an diperkenankanNya....aminnnnnnnnnn....
Post a Comment