Sesekali......
Gambar2 di bawah dah lama rupanya....hampir 8 tahun yang lalu....sebenarnya tika ini tengah serabut memikirkan untuk mengekspresikan penulisan bagi bab kajian literatur aku yang tertunggak tiga hari lepas......aku masih buntu...sementelahan sedang membuat penambahbaikan 'slide power point' untuk sesi percambahan idea melalui pembentangan khas yang diatur oleh 'kakak' aku minggu hadapan sebagai persediaan untuk aku bagi Internal Evaluation (pembentangan hasil dapatan bagi kajian aku sebelum viva kelak) yang dijangka akan dilaksanakana samada MEI atau JUN akan datang inshaallah(doakan yer...) untuk kajian aku ni....tiba- tiba jer aku teringat kawan2 lama masa menuntut di UTM dulu-MSc IT di Skudai....waktu itu aku tiada komitmen kepada famili lagi-masih di alam pertunangan...erm......
Ada di antara rakan2 di sini yang juga sedang dalam perjuangan phd: antaranya Jep di Brunel[gambar atas],
K. Nita di Birmingham,Lina di Loughborough dan Suzi di UKM[gambar bawah]
Sebenarnya tahun ni aku dah masuk tahun ketiga atau dalam istilah lain dah final year pun...tapi aku tak pernah rasa yang aku ni seorang 'final year' tambah2 lagi kalau aku berada dlm kelas 'doctoral training'; yg mana 'rakan2 sekelas aku selalunya berbeza-sebab sebab ianya bukan kelas wajib- bergantung kepad topik kelas itu sendiri..cuma selalunya muka2 pelajar tahun pertama atau tahun kedua selalunya akan kedapatan..dan apa yg aku dapat selain ilmu dlm kelas2 tersebut..aku dapat lihat bangsa2 lain( dan aku ada buat kesimpulan dengan beberapa jenis bangsa yang memang sangat 'outspoken') yang sangat 'berkeyakinan' melontarkan idea mahupun soalan tika pensyarah memberikan penerangan dan waktu itu terdetik di hati..mengapa aku bukan dalam golongan yang berkeyakinan sedemikian..kadang2 aku malu menjadi pelajar 'final year', tapi tak dak gaya langsung....ada beberapa situasi yang menggambarkan aku ini tak menampakkan pun sebagai pelajar yang tahu serba sedikit dalam selok belok proses pengajian phd...entah..adakalanya aku buntu..selalu aku tak mampu menolong memberi penerangan jika ada pelajar phd lain yang bertanya....
kadang2 aku berfikir sendirian..pelbagai kemungkinan yang akan berlaku kepada aku dalam tahun ini..namun biarlah aku pendamkan dalam hati...sebab takut disalah tafsirkan serta beluma ada kepastian. Lagipun aku ni sensitif jugakla dalam erti kata lain; kononnya peka atau prihatin dengan segala tindak balas kawan2 aku samada yang sama2 berjuang mahupun tidak.... Namun aku ada satu sifat yang ramai orang tidak tahu; hanya insan terdekat sahaja yang tahu...aku sebenarnya sangat 'keras hati'........dan aku yakin dengan sifat 'keras hati' itulah yang membuatkan aku bertahan sampai ke tahun tiga ini...jika tidak rasanya pertengahan tahun 2008 lagi aku sudah pulang ke tanahair dan tidak meneruskan pengajian aku di sini....
Mungkin ramai yang mengenali aku dengan jiwa sensitif aku yang lebih terserlah berbanding dengan sifat 'keras hati' aku ini......aku fikir kedua2 elemen itu sangat penting bagi aku (biarlah orang kata aku ni cengeng ke apa...) tapi aku yakin sebagai wanita nalurinya memang mudah sensitif dan bagi aku sensitif ada baiknya terutamanya apabila kita harus sedar yang manusia ini tidak ada yang sempurna....cuma besarlah harapan aku agar aku tidak akan mengalami sindrom sakit mental atau kemurungan sekalipun aku berjaya menamatkan perjuangan ini; walaupun kadang2 aku rasa seakan-akan ada simptom2 nya... wallahuam.....
Thursday, February 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment