Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Wednesday, January 13, 2010

Bengang

JUST IGNORE THIS ENTRY SINCE THIS ENTRY WAS WRITTEN, THE AUTHOR IS NOT STABLE EMOTION....
Dah lama rasanya tak menulis dalam bahasa ibunda aku....... bukannya niat berlagak mahupun lupa daratan..namun untuk entri kali ini..nak luahkan perasaan................. rasanya lebih afdhal menggunakan bahasa ibunda ku..supaya manusia yang tidak memahami bahasa ibunda ku tidak memahami apa yang nak kusampaikan....

Jika dilihat entri aku kebelakangan ini.... seakan aku diuji masalah besar...masalah besar ke aku diuji???aku pun tak tahu..sebenarnya mungkin orang lain melihat apa yang aku rasa ini hanyalah perkara remeh temeh dan tidak perlu diperbesarkan pun........ ya aku akui..aku tidak sekuat orang lain yang mana boleh lupa begitu saja dengan apa yang orang lain buat kepada aku....aku pun pelik..sejak aku melanjutkan pengajian aku peringkat phd ni tahap sensitif aku makin meningkat..kalau dulu- mungkin hanya 40-50% saja mungkin..namun kini..semakin lama semakin meningkat kadar peratusan itu...aku mudah sangat terasa dengan sesiapa sahaja waima dengan teman hidup(TH) ku..namun dengan TH lain...biar pedih macamana pun penawar tetap ada pada dia-apa dia??biarlah rahsia......lagipun selalu nya dialah tempat aku luahkan perasaan dan tempat aku 'berdebat' pun ya...namun jika orang lain..penawar nya aku harus cari sendiri dan fikir sendiri..yang kadang2 menyesakkan jiwa dan mampu menggugat ketenangan aku untuk fokus pada kerja2 phd aku ini....

sebelum aku melalut lebih jauh contoh macam hari ini okay...aku pergi nak mendaftar sebagai pelajar tahun tiga(ya allah... dah tahun akhir dah aku sekarang????) dah la tunggu hampir 30 minit dengan beg berat kemudian sampai giliran aku dan suami aku, dia kata kena ambil borang pendaftaran di 'School'...sabar je lah...sedangkan kawan aku sebelum ini dah daftar pun, borang diberikan tanpa perlu merujuk kepada 'School' pun...aku benar2 bengang2!!!!serius aku bengang...suami ku senyum jer lihat aku marah..dia kata itu perkara kecil jer...tapi aku tak rasa perkara kecil...selagi aku tak daftar sebagai pelajar tahun akhir...aku serabut...sebab apa???sebab banyak lagi perkara yang perlu aku fikirkan....ya.... aku akui pendaftaran tu dalam tempoh sebulan(sebab aku masuk Januari 2008, maka sepanjang bulan Januari la tempoh yang diberikan) diberikan tapi sebagaimana yang aku nyatakan tadi..selagi tak daftar, selagi tu la aku kena letak satu satu ruang dalam meori aku BAHAWA aku belum daftar lagi sebagai pelajar tahun akhir-boleh gitu???esok? aku dan suami tak pergi universiti..anak ku yang comel dan 'petah' berkata2,si hanie ada temu janji di hospital untuk perkembangan cystic hygroma nya...mudah-mudahan dipermudahkan insyaallah..jumaat belum pasti lagi ke universiti...minggu depan pulak la jawabnya...sabar je lah....

UPDATES 19/1- REGISTRATION PROBLEM HAD BEEN SETTLED AND AHNIE IS OKAY NOW AFTER THE MRI PROCEDURE...THANKS TO ALLAH FOR SMOOTH PROCESS....
minggu ni dah banyak 'ujian' yag diberikan olehNya untuk aku..ya aku redha..aku pasrah tapi hati aku tetap terluka ...sebagaimana yang aku dah nyatakan di atas tadi...tahap sensitif aku terlalu tinggi dan kalau aku ceritakan pada TH aku dia kata kat aku semula... sayang ni semua tak kena......... semua orang akan rasa tak kena dengan sikap aku..bukan itu yang aku maksudkan cuma...kadang2 aku dah penat menjaga hati orang lain SEBAB ...sekarang ni aku mula rasakan yang manusia ni tak pernah nak jaga hati dan perasaan orang lain..semua pentingkan diri sendiri..semua nakkan kebahagiaan untuk dia sahaja tetapi bukan untuk orang lain.....itu yang aku rasa sekarang ni....maaflah terlebih emosi sikit entri aku kali ini....ni gara2 mendalami teori 'Social Exchange' yang salah satu elemen nya jika kita mahu memberi, kita juga berhak menerima...tapi kadang2 apa yang aku rasa aku sahaja mem'beri', tapi aku tidak pernah menerima..aku bengang,sedih,sayu..dan dalam masa yang sama, terasa macam sekarang jugak aku nak terbang balik ke rumah mak aku- 21 jalan gasing taman berapit penang malaysia, nak makan mee udang TK,tom tam kung SR, roti jala dan gulai ayam air tangan mak dan macam2 lagi, kemudian datang semula ke salford,UK....boleh gitu?????itu tindakan kurang wajar namanya..walauapapun aku PASRAH dan aku berserah padaNya..sebab macam dalam salah satu motivasi poster yang aku pernah kongsi di bawah...yang mana???..cari sendiri....dan satu lagi aku memang terlebih emosi......

2 comments:

Sz said...

salam kak intan,dharap hanie cepat sembuh ye...
takpe kak...luahkan je la..sekurang2nya release kan...biasalah kehidupan..kita akan rasa jap2 emosi ok jap2 emosi tak ok..kadang bukan sengaja kan..ada shj yg blh menaikkan suhu badan...apa2 pun hanya cara bagaimana kita uruskan "masalah" itu yg penting. sebab kalo bukan kita yg uruskan/setelkan maka selagi itu la tak setel. kdg2 cara "abaikan" shj blh kurangkan sedikit tekanan tp back to basic, still masalah tak selesai kan. Saya percaya akak seorang yg kuat & tabah. sensitif? semua org mesti ada deria rasa tu...heee..barulah manusia normal..kalo takde perasaan kang cam tak normal plak..ihikss...

Unknown said...

sz- thanks dear....akak sayangg suzi...you understand me...insyaallah akak cuba akan jadi lebih kuat di masa2 mendatang...