Dalam perjalanan sendirian ini...terlalu banyak perkara pahit manis yang telah ku lalui...dan pada firasatnya di kala ujian kesedihan melanda ..hati ini banyak menangis sendirian...namun di kala kegembiraan datang menjenguk..ada insan yang tidak betah dengan keadaan itu...namun siapalah aku untuk menghalang daripada semua keadaan itu semua berlaku...sebenarnya aku bukanlah insan yang pandai bermain dengan kata-kata mahupun nukilan ataupun coretan menarik untuk dikongsi...tambahan lagi biasanya aku menulis dalam bahasa inggeris dengan niat untuk mempertajamkan kemahiran penulisan aku. Namun adakalanya aku merindui penulisan bahasa ibunda aku ini..... apatah lagi menulis dalam bahasa yang baku...walaupun adakalanya mungkin ianya seakan terselit kepelikan di mana2 ayat....namun..aku tetap cuba untuk meluahkan apa yang aku rasa pada minggu ini...yang sebenar-benarnya aku tahu ujian yang allah berikan ini mungkin di pandangan mata insan lain adalah ringan dan normal bagi mana-mana individu yang melalui proses phd ini...ya..... aku akui aku bukanlah insan yang mudah melatah..... namun aku adalah insan yang mudah terhiris dan sensitif...itulah yang menjadikan kesukaran bagi aku jika aku menemui 'kayu penghalang' di dalam perjalanan ini...minggu ini aku telah diuji dengan dua perkara...pertamanya tentang permohonan 'ethical approval' yang mana kawan-kawan lain berpendapat memang normal jika ianya perlu dibuat penambahbaikan, dan aku pun akui ianya normal dan alhamdulillah ada rakan2 seperjuangan yang sanggup menghulurkan sokongan... namun sebenarnya setelah aku memberikan penambahbaikan dokumen berkaitan, jauh di sudut hatiku terasa gusar...bila agaknya aku akan memperolehi kelulusan tersebut..aku pun tidak pasti bilakah penyelia aku akan memberikan maklumbalas secepat mungkin atau tidak..mana mungkin untuk aku memaksa beliau..seterusnya apabila penyelia aku berpuas hati, aku perlu menghantar semula kepada pihak berkenaan dan jika tiada penambahbaikan semula..proses kelulusan mengambil masa selama 12 minggu atau pun setidak-tidaknya 4 bulan...ya..sememangnya kini aku telahpun dalam proses mengumpul data...namun sejujurnya.... aku belum cukup yakin dengan apa yang aku lakukan selagi kelulusan 'ethical' itu belum diperolehi....sebenarnya banyak lagi peringkat2 yang perlu aku tempuh.....maklumbalas daripada adik2 responden di Kuala Lumpur pun masih diam seribu bahasa...entah apa silapnya...kemudian hari ini, aku mendapat berita yang tidak gembira lagi...permohonan aku menghadiri seminar di bawah bantuan universiti tempat aku bekerja tidak disokong atsa alasan aku hanya sebagai pembentang poster...aku tidak kecewa dengan hal tidak disokong itu..namun apa yanga aku kesalkan ianya tidak dinyatakan dalam syarat permohonan.....seharusnya syarat permohonan perlu dinyatakan lebih terperinci supaya insan2 seperti aku tidak membuang duit mengepos dokumen dan berakhir dengan tidak disokong...huh..hina sangat kah sebagai pembentang poster..bukan aku tidak mencuba sebagai pembentang secara berlisan..namun kertas kerja aku tersebut telah dinilai dan masih belum layak untuk dibentang secara lisan dalam seminar yang akan aku hadiri kelak..mengerti?????aku pernah berbicara dengan seorang rakan phd aku di sini di mana beliau ada menyatakan bahawa universiti tempat dia belajar pun hanya beri kelulusan bagi pembentangan secara lisan...tidak pembentangan poster...aku kesal rupa2nya wujud diskriminasi antara pembentang poster dan juga pembentang lisan terlalu ketara..bagi aku yang penting adalah perkongsian ilmu dan maklumbalas daripada pihak audiens- kedua-dua pembentang(poster dan lisan) perlu berinteraksi dengan audiens cuma pendekatan yang berbeza......aku sebenarnya terasa lemah secara tiba2 dengan ujian2 ini...namun, insyaallah aku yakin aku boleh lalui..tapi aku perlukan masa....aku tidak gagah atau pun kuat kental perkasa seperti orang lain..sebab tu rasanya aku dah tak boleh guna dah perumpamaan ini ' erm jika kita rasa kita diduga teruk, ada insan yang lebih teruk diuji Allah'..sebab aku yakin kemampuan manusia berbeza-beza....dan aku tahu tahap kemampuan aku....ujian yang ringan ini pun aku rasakan seakan tamparan hebat bagi aku....tak tahulah bagaimana agaknya jika aku diuji dengan dugaan yang lebih hebat daripada ini...mudah2an aku kuat dan tabah tempuhi perjalanan yang masih jauh ini....dan aku tetap bersyukur penyelia aku sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya untuk aku tempuh semua onak duri ini....yang pastinya di penghujung 2010, samada aku sudah tamat atau belum, aku perlu pulang ke tempat asalku bekerja kerana itulah polisi baru yang sedang diwar-warkan kini...polisi itu juga seakan memberi tekanan sebenarnya kepada aku...sebab aku pun tak pasti pada bulan disember 2010 itu adakah aku sudah tamat pengajian atau belum....sememangnya harapan aku sememangnya tinggi menggunung untuk tamat pengajian sebelum menjelangnya januari 2011, namu aku tidak boleh memberi sebarang kepastian, kerana allah yang maha berkuasa...kita hanya merancang, allah jua yang menentukan segala-galanya....wallahaualam...
Tajuk 1824 - Kisah saya di BLOG MENDELEY
3 years ago
2 comments:
k intan, Allah maha mengetahui dan maha adil...
InsyaAllah ada hikmah di sebalik kejadianNya...
thanks for your support dear....doakan akak yer dear....
Post a Comment