Actually my head was too anxious(worried and nervous) with this statement.......
ARKIB : 02/03/2009
Pensyarah lewat habis Ph.D diberi amaran
KUALA LUMPUR 1 Mac - Kementerian Pengajian Tinggi memberi amaran keras kepada para pensyarah di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan supaya melengkapkan pengajian peringkat tertinggi mereka dalam masa yang ditetapkan seperti dijanjikan dalam kontrak.
Timbalan Menterinya, Datuk Idris Haron berkata, kegagalan berbuat demikian memberi implikasi besar terhadap kos pembiayaan para pensyarah itu yang ditanggung kerajaan serta urusan pentadbiran institusi-institusi terlibat.
Justeru katanya, pensyarah yang didapati gagal melengkapkan program masing-masing dalam masa yang ditetapkan perlu mengemukakan surat tunjuk sebab mengenai kelewatan itu.
''Jika tidak diberikan peringatan sebegitu, kementerian khuatir ia akan menjadi kebiasaan kepada warga pensyarah yang mengikuti pengajian tanggungan kerajaan.
''Keadaan ini seterusnya menjadikan IPT di negara ini terutama IPT awam semakin pincang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan semalam mengenai 50 pensyarah Universiti Malaya (UM) diberi surat tunjuk sebab kerana gagal melengkapkan pengajian peringkat doktor falsafah (Ph.D) dalam masa dijanjikan.
Courtesy from http://aryatib.blogspot.com
Ya Allah permudahkanlah perjalananku dan suamiku ini....amin....
p/s just wondering...yg keluar statement ni ada phd ker??????haru haru....
Tajuk 1824 - Kisah saya di BLOG MENDELEY
3 years ago
No comments:
Post a Comment