Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Monday, February 02, 2009

Sesekali...

Di saat-saat ilhamku datang mencurah-curah bagaikan salji yang turun di luar rumahku pada waktu ini..tetiba emosiku diketuk dengan perasaan yang tak sepatutnya ada bagi seorang pelajar PhD...namun aku tidak sekuat itu..acapkali email dari penyelia utama adalah email yang amat aku takuti..takut-takut dapat respon yang negatif....erm...sememangnya esok aku akan berjumpa dengan beliau buat kali ke13 sejak setahun yang lalu...dengan pelbagai 'tugasan2' yang telah aku siapkan sepenuh hati...hari ni dia membalas email aku berkenaan abstrak kertas kerja yang bukan kali pertama aku hantar pada beliau....sudahla kertas kerja tersebut sebenarnya sudah pun disemak oleh rakan seperjuanganku yang lebih pandai tahap bahasa Inggerisnya daripada aku, nampaknya 'kakak' ku ini belum berpuas hati dengan meminta aku untuk membuat 'proof reading' bagi abstrak kertas kerja aku itu kepada orang putih..adus...nampak gayanya aku kena hantar kepada penyelia kedua aku untuk menyemak jika beliau ada dan jika dia tiada kena jugaklah cari sesapa yang sudi untuk 'proof-reading' abstrak aku itu...erm..dah hilang mood sebenarnya tadi dah tulis berjela-jela..tup-tup internet terputus plak di tambah dengan karenah anak2 yang adakalanya menguji jua kesabaranku tika aku begini...noktah je la jawabnya.......walaubagaimanapaun mereka jugaklah pembakar semangatku yang kian luntur ini...hatiku ini juga menangis mencurah-curah sebagaimana salji di luar turun mencurah-curah lagi ..esok entah jumpa ke tidak aku dengan penyelia ku....sebab sememangnya dalam ramalan cuaca salji akan turun sepanjang minggu ini...wallahualam...

4 comments:

YatiB said...

Salam Intan,

Saya tengah buat Phd di Sheffield University dalam bidang information studies. Saya juga mengalami masalah yang Intan alami. Selalu kena betulkan BI. Laporan saya dah lama siap, tapi disebabkan masalah BI, saya asyik membaiki sahaja. Tension kan...cuma nasihat saya untuk saya dan Intan supaya hantar laporan awal dari tarikh untuk 'interim'. Tension22..pun saya tetap kena betulkan. Walhal setiap laporan yg saya hantar kat sv saya dah mintak kwn dan professional proof read semak. Tapi di antara pengajaran yang saya dapat ialah sebab BI tak power kadang ayat2 kita tak 'coheren'. Sbb proof reader yang professional akan semak grammar aje...bukan jalan cerita kita...Nak tak nak ...kita kena improve style of writing...tu yang payah tu...Samalah2 kita mencuba semoga kita berjaya..Amin

mama3hz said...

YatiB-thank you so much for your concern...ye lah saya pun ada rasa mcm tu..alhamdulillah td dah minta wkn english man tolong check kan since core pun tk mo tgk...sedey gak apa boleh buat...hiudp kena tabah mcm algu ahzami tu...
p/s how I cang et thorugh to u more..takder link ke aper ker ???????

YatiB said...

Intan, akak dulu Staf UTM, FSKSM. Tak tahu pernah mengajar Intan ke tak? Akak memang tak ingat dengan pelajar-pelajar akak. Ramai kata ..akak garang. Apa-apa pun sama-samalah kita berjuang untuk menyiapkan PhD nie...

blog akak: aryatib.blogspot.com

Semoga Allah mempermudahkan urusan kia.

mama3hz said...

salam kak yati...rupa2nya akak ni kwn kak norazizah ali kan??kita pernah jumpa masa raya kat rumah kak aziah di hallworth road...erm..saya dulu wat master jer kat UTM(2002-2003)...IT-management..master project dgn Prof Dr Rose...mintak izin link blogs akak yer.....
p/s skrg ni saya tgh struggle fahamkan research philospohy in IS pulak....