Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Thursday, October 09, 2008

Penyelidik UUM Dapat Peruntukan FRGS Bernilai RM900,000

lazy to translate..for those understand in Malay languange, can proceed with this news...

Sebanyak 18 kumpulan penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM)
berjaya mendapat geran penyelidikan termasuk untuk mengkaji sistem kewangan
Islam di bawah projek penyelidikan dibawah Fundamental Research Grant Scheme
(FRGS), bernilai RM900,000.

Geran Penyelidikan sumbangan Kementerian Pengajian Tinggi itu diberikan kepada
18 kertas cadangan terbaik yang dikemukakan oleh penyelidik UUM.

Sehubungan itu, satu majlis menandatangani geran berkenaan telah diadakan di
Bilik Senat UUM, pagi tadi dan disaksikan oleh Naib Canselor, Tan Sri Dr Nordin
Kardi dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Dahlan Ismail.

Antara penyelidikan yang akan dilaksanakan bagi fasa ini ialah ’Islamic Quality
System (SIQS) - Islamic Financial System’ oleh Dr Asmadi Mohamed Naim, Mohd
Yazid Isa, Shamsul Naim Abd Rais dan Mohd Liki Hamid; ’Designing State Fiscal
Performance Index In Malaysia Using Representative System (RRS)/ Representative
Expenditure System (RES) Approach For Fiscal Year 1990, 1995, 2000, 2005 and
2007’’ oleh Dr Ahmad Zafarullah Abdul Jalil, Dr Noor Al-Huda Abdul Karim dan
Prof Madya Dr Fatimah Wati Ibrahim dan ’A Multi Criteria Tender Evaluation Model
Using Balanced Scorecard Method’ oleh Fauziah Baharom, Norida Muhd Darus,
Haslina Mohd, Prof Madya Dr Norita Mohd Norwawi dan Dr Maznah Mat Kassim.

Selain itu, projek penyelidikan bertajuk ‘Developing Triad Design Algorithms
Based On Compatible Factorization’ oleh Dr Haslinda Ibrahim, Prof Dr Zurni Omar
dan Dr Rahela Rahim
; ‘Robust Multivariate Control Charts Based On Modified
One-Step M-Estimator’ oleh Dr Nor Idayu Mahat dan Prof Madya Dr Sharipah Soaad
Syed Yahaya
; ‘Developing An Instructional Model For The Non-Native Speaker
Content- Based Instruction (CBI) Teacher’ oleh Dr Ruzlan Md Ali, Dr Harshita
Aini Haroon dan Dr Arsaythamby Veloo; ‘Intelligent Predictive Maintenance System
For Hard-Disk Media Manufacturing Using Data Mining Approach’ oleh Dr Shaidah
Jusoh dan Megat Norulazmi Megat Mohamed Noor dan ‘Developing New Algorithms For
Finding Determinants’ oleh Prof Dr Zurni Omar, Dr Haslinda Ibrahim, Khairil
Iskandar Othman dan Dato’ Prof Dr Mohamed Suleiman.

Projek penyelidikan lain ialah ‘Automated Time Series Forecasting’ oleh Dr
Suzilah Ismail dan Dr Rahela Rahim
; ‘Core Elements Of Digital Storytelling’ oleh
Harryizman Harun, Syamila Zakiah A. Wahab, Prof Madya Dr Norshuhada Shiratuddin,
Mohd Nizam Saad; ‘Membina Modul Pembangunan Insan : Menggunakan Kod Etika Guru
Dalam Menangani Disiplin Pelajar’ oleh Alis Puteh, Mohamad Khairi Othman,
Muhamad Dzahir Kasa dan Mardzelah Makhsin; ‘Developing Teacher Oral Competency
Framework (TOCF) for Secondary School Teachers: Moving Forward to Meaningful
Teaching and Learning of English Language and Mathematics’ oleh Fahainis Mohd
Yusof, Dr Ruzlan Md Ali dan Dr Arsaythamby Vello.

Projek penyelidikan yang akan dijalankan ini juga meliputi penyelidikan bertajuk
‘Efficiency Measurement Of Business Units Using Non-Parametric Method’ oleh Prof
Dr Ku Ruhana Ku Mahamud, Dr Faudziah Ahmad, Rafidah Abd Razak, Dr Maznah Mat
Kassim
dan Nor Farzana Abd Ghani; ‘Developing Project Based Learning (PBL) Model
Of Instruction For Engaging Rural Learners’ oleh Prof Dr Rosna Awang Hashim, Dr
Sarimah Shaik Abdullah, Dr Fauziah Abdul Rahim, Dr Norhafezah Yusof dan Hasniza
Nordin; ‘Pengukuran Budaya Komunikasi Masyarakat Melayu Malaysia: Penilaian
Empiri Melalui Pembinaan Instrumen’ oleh Prof Madya Dr Che Su Mustaffa, Dr
Hassan Abu Bakar; ‘Resolving Ambiguity And Uncertainty In Fact Extraction For
Text Mining Application’ oleh Prof Madya Dr Norita Mohd Norwawi dan Dr Shaidah
Jusoh; ‘Mobile Game-Based Learning (MGBL) Developing Methodology’ oleh Prof
Madya Dr Norshuhada Shiratuddin dan ‘Efficient and Highly Robust Location and
Dispersion For High Dimension Data Sets and Its Application in Manufacturing
Industry Process Quality Control’ oleh Prof Madya Dr Sharipah Soaad Syed Yahya,
Prof Maman A. Djauhari dan Prof Dr Zurni Omar.

Tan Sri Dr Nordin mengucapkan tahniah kepada para penyelidik yang berjaya
mendapat pembiayaan bagi menjalankan penyelidikan tersebut kerana katanya, hasil
penyelidikan itu akan dapat dikongsi bersama masyarakat sebagai ilmu baru.

Beliau juga berharap melalui penyelidikan yang dijalankan ini UUM akan terus ke
hadapan kerana sesebuah universiti itu dikatakan maju apabila berjaya
menghasilkan jumlah penyelidikan yang banyak.

“Kepada mereka yang tidak berjaya pula jangan berputus asa, penyelidik perlu
sentiasa bersemangat, belajar dan mencari penyelesaian kenapa proposal
penyelidikan kita ditolak dan cuba memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya lagi.

Beliau juga turut mencadangkan supaya proposal calon PhD turut dihantar bagi
mendapatkan pembiayaan FRGS ini dan penyelidikan yang akan dijalankan itu dibuat
bersama-sama dengan pensyarah untuk kebaikan kedua-dua pihak.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Abdul
Razak Chik, Pendaftar, Harun Amin dan Bendahari Amron Man.

source: email from http://e-web.uum.edu.my/

1 comment:

Ir. Dr. Kamarul Anuar Mohamad Kamar said...

kalau tak salah.. Prof. sobri UUM telah mendapat geran penyelidikan CIDB Malaysia untuk R&D bertajuk 'supply-chain construction' pada bulan 7 lepas. Jumalah geran adalah sebanyak RM 500,000.00 untuk satu projek.