Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Wednesday, October 22, 2008

Congratulations...

PROUUM ONLINE:Kajian Pengesanan Graduat (KPG) Universiti Utara Malaysia (UUM)
yang dijalankan dalam mengukur tahap employability dan marketability graduat
menunjukkan sebanyak 68.5 peratus iaitu 2,063 graduan yang berkonvokesyen sesi
Oktober 2008 ini telah mendapat pekerjaan.

Jumlah graduan yang mendapat pekerjaan kali ini telah menunjukkan peningkatan
membanggakan berbanding sidang pertama konvokesyen bulan Mac lalu yang hanya
mencatatkan jumlah sebanyak 50.6 peratus atau 1,739 graduan sahaja.

Daripada keseluruhan jumlah graduan yang telah menjawab KPG bagi sesi Oktober
ini iaitu sebanyak 3,013, seramai 915 atau 30.5 peratus lagi masih aktif
mencari pekerjaan sementara bilangan pelajar yang melanjutkan pengajian pula
ialah satu peratus iaitu 35 orang.

Pada konvokesyen sesi Mac lepas, data menunjukkan sebanyak 3,886 graduan
mengambil bahagian dalam KPG dengan kadar respon 91.0 peratus daripada
keseluruhan 4,268 graduan yang bergarduat.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 38.3 peratus iaitu 1,315 pula sedang aktif
mencari pekerjaan, 2.1 peratus (72) melanjutkan pengajian, sedang menunggu
penempatan perguruan dan mengikuti program Skim Latihan Siswazah Menganggur
(SLSM) sebanyak 7.7 (265) peratus dan lain-lain sebanyak 1.3 peratus.

Sejumlah 1,739 graduan ini telah bekerja selepas sahaja menamatkan pengajian
iaitu selepas menduduki peperiksaan di mana 70.8 peratus atau 1,232 responden
yang bekerja adalah perempuan.

Peratusan mengikut etnik yang memperoleh pekerjaan pula mencatatkan 65.8 peratus
daripadanya adalah graduat Melayu, 22.7 peratus graduat Cina, 8.1 peratus adalah
graduat India dan 2.6 peratus lagi daripada etnik lain dan selebihnya adalah
bukan warganegara.

source:http://e-web.uum.edu.my/

No comments: