Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Monday, January 30, 2012

Seberapa pantas...

Kerjaya sebagai pensyarah adakalanya seseorang individu itu bertindak dengan seberapa pantas mahupun menyiapkan beberapa tugasan dalam masa yang sama.Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna kerja yang disiapkan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Tugasan yang diamanahkan haruslah disempurnakan sebaik mungkin.

Bagi penulis, tidak dinafikan adalah menjadi ketidakselesaan bekerja tertakluk di bawah tarikh akhir tertentu. Lebih-lebih lagi tugas-tugas yang kurang digemari oleh seseorang individu itu sendiri.Tidak terkecuali bagi penulis......setelah hampir setahun kembali berkhidmat, kecenderungan penulis menyiapkan sesuatu tugasan adalah bergantung kepada minat dan keikhlasan penulis.

Jika dibuat dalam keadaan keterpaksaan dan tanpa keikhlasan, rasanya kerja yang dipinta akan ditunaikan agak lambat mahupun lewat dari tarikh yang ditetapkan.Namun bagi kerja2 yang menjadi minat dan kecenderungan, mungkin adakalanya boleh dibuat tanpa disuruh!!!!!seperti menulis entri di dalam blogs.

Tiada arahan daripada Tuan Dekan , mahupun Ketua Jabatan.Ini adalah minat sendiri dan insyaallah blogs ini jugalah akan menjadi salah satu medium 'pengumpulan data bagi kajian2 saya yang akan datang.Bermula dengan kajian Phd penulis(yang sederhana sahaja....).....pengumpulan data melalui pembacaan blogs juga boleh dikira antara sumbangan baru kepada kajian dalam bidang sistem maklumat berorientasikan teoritikal kualitatif.

Selingan gambar...(memori ketika menghadiri APCEMAL Nov 2011 yang lepas...;bersama 'network' yang baru dan juga mantan staf universiti tempat penulis bekerja....)

Calon Phd [ guru SMK Sungkai(atas) dan Nazir Sekolah(bawah)]





Prof Madya Dr Noorulhuda....pernah menjadi jiran di Changlun 8 tahun lepas..bertemu semula....
'Network' baru......Dr Nur Jahan...lepasan Phd  dari Leeds University

IPG4P;UUM;UPSI

Monday, January 16, 2012

Geran

Jika disebut geran, mungkin ada yang memahami sebagai geran tanah, geran kereta, geran rumah dan sebagainya. Walaubagaimanapun bagi ahli akademik, geran lebih sinonim dengan peruntukan kewangan oleh pihak tertentu yang diperolehi untuk menjalankan penyelidikan mahupun perundingan.Bagi ahli akademik yang baru 'setahun jagung' usia perkhidmatan seperti penulis, untuk memperolehi geran bukan suatu perkara yang mudah.Ia perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas dan tidak perlu berputus asa untuk menempuhi semua itu. Maka dengan itu, PERCAYA DENGAN KEBOLEHAN DIRI (tapi JANGAN TAKBUR DAN RIAK, NAUUZUBILLAHI MIN ZALIK).......ia lebih kepada semangat dalaman[intrinsic motivation] sangat penting untuk melalui proses permohonan, bermula dengan proses penyediaan kertas kerja termasuk menghadiri pelbagai bengkel berkaitan, pembentangan kertas kerja , tidak ubah seperti menjalani penyelidikan phd. Maka, ini bermakna jika anda merupakan ahli akademik yang berkelulusan phd mahupun sarjana, anda tidak boleh lari dari melakukan penyelidikan samada bergeran mahupun tidak bergeran (penyelidikan pembiayaan sendiri). Sentiasalah BERFIKIRAN POSITIF dan PERCAYA kepada KEBOLEHAN DIRI.Insyaallah pasti boleh...wallahulam

Thursday, January 12, 2012

Monday, January 09, 2012

SIBUK?perkataan sinonim dengan Penulis?

Sibuk?suatu istilah yang adakalanya dijadikan alasan penyelamat mahupun sememangnya kita benar-benar sibuk waktu itu.Bagi penulis, tidak dinafikan waktu  ini sitausai dan keadaan begitu mencemburui penulis setiap masa.Hari ini, pelajar-pelajar bagi subjek yang diajar penulis sudahpun selesai menduduki peperiksaan akhir, menandakan penulis perlu memeriksa kertas jawapan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa ada ralat dan kecuaian.

Dalam masa yang sama, penulis juga sedang merangka beberapa strategi untuk memastikan kerja2 penyelidikan atau penulisan mahupun permohonan geran dapat dicapai.Strategi yang diadaptasi ini tidak mampu dikongsikan bersama lagi sementelahan belum mampu dibuktikan buat sementara waktu ini. Hanya satu prinsip kerja penulis 'Just do it....' , kemudian, sebarang permasalahan timbul selepas itu, haruslah dinilai dan diberi penambaikan seadanya.

Bagi penulis, dalam zaman serba berteknologi ini, tidak ada kerja yang mudah, sementelahan menjadi surirumah tangga juga ada cabarannya yang tersendiri.Tidak terkecuali untuk ahli akademik, penulis selalu mengingatkan diri bahawa, jangan mudah menyerah dalam setiap tugas yang diamanahkan, jangan bongkak dan juga sebaik-baiknya jangan mendabik dada dalam apa jua yang kita lakukan.Ikutlah resmi padi...semakin tunduk semakin berisi, BUKAN resmi lalang,,,semakin tinggi,semakin melayang bak layang-layang ditiup angin.

Mencakna dan menjana pemikiran minda juga tidak harus dilimitasikan dengan sesuatu bidang tumpuan sahaja, afdhalnya akademia perlu ada sikap keterbukaan untuk mempelajari apa saja yang baru dan boleh dijadikan penambah nilai dalam fokus bagi akademia yang sedia ada.

Sebagai contoh, penulis sendiri berkelulusan Sistem Maklumat(information system) merangkumi teknologi maklumat-pengurusan serta sains dan pengurusan sistem, namun untuk menjamin daya juang dalam kerjaya penulis, penulis haruslah disiapsiagakan diri dengan bidang-bidang tumpuan yang boleh diaplikasikan seperti penyelidikan operasi dalam pendidikan,perniagaan mahupun kesihatan, samada pendekatan kuantitatif ataupun kualitatif.

Sikap keterbukaan ini penting supaya dapat melahirkan akademia yang tidak terlalu jumud mahupun obses dengan satu fokus tertentu sahaja sehingga menidakkan kelebihan bidang di luar pengetahuan  mahupun tidak berkaitan dengan kepakaran akademia itu sendiri.


Mungkinkah pada waktu mendatang penyelidikan penulis akan dipetakan sebegini???????Contoh 'interdiscipliary' dalam sistem maklumat mengkhusus dalam Pengurusan Pengetahuan dan Sistem Kognitif.

Monday, January 02, 2012

Anjakan paradigma...........Perlukah setiap tahun baru harus ada azam tahun baru???????????????

Bagi penulis, tidak perlu menunggu di awal tahun baru kita perlu ada azam untuk peningkatan diri....sebaik2nya azam yang terbaik adalah sebaik sahaja kita bangun tidur - dimana kita harus memasang niat, aku mahu jadi yang terbaik dan seboleh mungkin lebih baik dari semalam,dan sebelum tidur, yang afdhal nya bermuhasabah sebelum tidur....'penilaian diri sendiri' apa yang telah kita lakukan saban hari...

....tidak salah ada azam tahun baru dan tidak dinafikan penulis juga ada azam tahun baru apatah lagi tuntutan kerja yang perlu mencapai KPI tahunan, tentu tidak dapat lari dari memiliki azam secara individual...namun biarlah azam itu hanya untuk pengetahuan kita,bukan dihebah sana sini, mahupun dicanang sana sini...sebab hidup dalam zaman teknologi moden ini....tidak memungkinkan semua orang sealiran pemikiran dengan kita....seharusnya kita perlu berwaspada dan sentiasa peka dengan stail dan senario semasa.

Begitu juga bagi penulis, kerjaya seperti penulis sebenarnya menuntut kesabaran,pengorbanan dan tekanan yang amat tinggi serta pekerjaan berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit dan sebenarnya kerjaya seperti penulis...IAITU ..golongan akademia ini sebenarnya bersaing dengan dirinya sahaja(Prof Zakaria Abas,2012) bukan dengan orang lain...sebab itulah juga tidak perlu untuk kita mendabik dada mahupun bermegah-megah dengan apa yang kita  ada jika ilmu itu tidak dimanfaatkan untuk orang lain................wallahualam