Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Monday, January 17, 2011

Yang tak syoknya di sini apabila.................

Mendapat berita musibah di tanahair di mana untuk pulang bergegas macam Penang- Kelantan bukan suatu perkara yang mudah.Semalam baru sahaja mendapat tahu ibu mertuaku masih dalam keadaan tidak sedarkan diri dan perlu menjalani pembedahan segera akibat pendarahan beku dalam otak komplikasi dari tekanan darah tinggi yang beliau alami beberapa hari yang lepas. Mohon doakan moga ibu mertuaku dipermudahkan urusan beliau dan sembuh seperti sediakala.Aku dan suami hanya dapat berdoa dari jauh memandangkan aku hanya menunggu hari dan suami pula masih sibuk dengan penulisan tesisnya yang juga dijadualkan perlu dihantar kepada penyelianya sebelum kami 'back for good' dua bulan lagi.Insyaallah....

Dan beberapa perkara lagi yang akan kunukilkan kemudian.............

2 comments:

azizi said...

semoga Allah memberikan kesejahteraan kepada ibu mertua Intan.
Doakan yg terbaik kerana org yg belajar umpama berjuang di jalan syahid.
Be strong, to you and che' mat.

sz | m.s.s said...

aminnn..
semoga semuanya selamat...