Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Tuesday, November 02, 2010

Hari Penat Sedunia...........

Penat ..memang aku penat...Kenapa penat ?
Hanya aku yang tahu......
Moga aku terus diberi kekuatan untuk menempuhi hari2 yang mendatang yang sememangnya penat je aku rasa.
Orang takkan faham apa yang aku lalui dan memang kadang2 aku tak mahu orang faham apa yang ku tempuhi selama ini.
Cukup sekadar aku nukilkan di sini memang kehidupan sebagai aku sangat memenatkan.
Tidak ada yang paksa untuk aku menjadi begini.
Mungkin sudah tertulis di Luh Mahfudz suratan hidup ku sebegini...
Redha dan Tekad menjadi prinsip hidup ku selama ini
Walaupun di keliling aku menganggap aku ni 'kuat' dan sebagainya
Tapi sebenarnya aku ni insan hanyalah sebutir pasir yang ditakdirkan bernama Intan....................................

Senandung rindu mendayu
Mengiring langkah yang makin tersungkur
Terlalu jauh pendakian
Begitu tingginya harapan
Bermusim lama mencari
Tak ku temui sampai kini

Tak henti jiwa dipalu
Dugaan demi dugaan menguji
Rebah dan bangun sendirian
Mencari bumbung perteduhan
Mereka riang tertawa
Aku hanya sebatang kara

Perjalanan masa
Mengajar hati
Semakin tabah kini
Di dalam kemarau dan gerimis
Aku tetap tabah mengharungi

Tuhan
Aku bagaikan sebutir pasir
Yang lemah lagi kerdil
Teguhkan keimanan jiwaku
Agar tidak terpesong darimu

Beribu teman ketawa
Payah ku temu
Yang sanggup bersatu
Di dalam susah dalam senang
Yang hadir cuma kepalsuaan
Dugaan demi dugaan
Aku pasrah menadah tangan


Note- sekalung tahniah buat teman hidupku yang sudah berjaya dlm Internal Evaluation(selangkah lagi kemajuan untuk dirinya sebelum langkah terakhir iaitu- VIVA tidak lama lagi ...diri ini hanya sempat dedikasikan lagu ini untuk mu buat pemangkin semangat!!!!

2 comments:

Scorpio Warrior said...

kak, be strong. kuatkan semangat. xpe penat skarang, senang kemudian..saya doakan yg terbaik untuk akak..all d best kak..

Unknown said...

adik ira- thanks for visit blogs akak yg tak glamer ni...insyaallah itulah harapan akak...cuma 2.11 ni memenatkan sikit sbb kena print report yg agak byk salinan nya(1 master copy and 6 copies)...........