Ya!!!!!!!!!!!!! mak kini sudah pun selamat sampai di Malaysia..seperti yang aku jangkakan...sekembalinya ke rumah selepas menghantar bonda di Stansted ....
aku mulai sebak melihat wajah2nya di paparan blogs anak2 (3 Princess Blog)...ingin rasanya aku mahu dia menemani aku sehingga aku selesai perjuangan aku yang tidak tahu bila akan berakhir...namun itu suatu perkara yang mustahil...dia pun sudah mulai merindukan rumahnya di kampung....dan itulah yang tersurat untuk mak datang sini bagi tempoh 6 minggu sahaja....
Mungkin ada yang tidak mampu memahami apa yang aku tanggung sementelahan aku tidak mampu mengungkapkan semuanya melalui kata2 nukilan di sini...tambahan pula aku bukannya berniat menagih simpati dari mana2 pihak...cuma cukup di sini aku katakan antara yang menjadi aku sebak apabila bonda ku pulang....sebenarnya aku tak lah sebaik mana untuk dicontohi dan adakalanya aku sering ber'tembung' pendapat dengan mak ..lantaran menyebabkan aku gagal mematuhi nasihatnya....dan aku juga bukanlah ibu mithali untuk anak2 comel di mana aku sering bertindak luar kawalan terhadap anak2 aku jika mereka nakal atau buat hal...sehinggakan bonda aku risau memikirkan waktu2 aku sarat nanti...sehinggakan dia berpesan kepada jiran terdekat ku supaya membantu apa yang patut tika waktu itu tiba...
aku terharu juga tatkala mengenangkan kesemua permintaan aku,mak cuba penuhi sebaik mungkin ketika dia di sini...permintaan aku hanyalah tertumpu kepada makanan2 yang aku tak 'pandai' untuk masak, tapi teringin sangat untuk menjamah dan dia lebih arif....dia sangat memahami keinginan dan citarasa aku..................sekarang apa yang teringin semuanya haruslah masak sendiri-satu cabaran bagi aku dan aku perlu kuat dan aku bukannya baru di sini...mungkin juga Ramadhan yang bakal menjelang ini adalah Ramadhan yang terakhir buat aku di rantau orang...mudah2an.....
cukuplah kot untuk kali ini...erm kalau dalam bahasa ibunda ku ini...boleh je panjang lebar..tapi kalau dalam bahasa inggeris yang cuba ku pertajamkan kemahiran penulisan aku...pastinya ringkas ajelah....
nota- aku sudahpun men'nyahaktif'kan akaun FB buat sementara waktu..harap2 kali ini lebih komited!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Mudah2an..bulan ramadhan ini membawa sinar baru untuk aku sekeluarga...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment