Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Sunday, March 21, 2010

RM10K? incentive for those..................

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Eksekutif Universiti ke 158 bil 3/2010 hari ini bersetuju meluluskan insentif kewangan RM 10,000.00 (Sepuluh Ribu RINGGIT, tunai) kepada mana-mana staf akademik **M yang menyelesaikan pengajian PhD mereka dalam tempoh** yang diluluskan, berkuatkuasa serta merta.

**Mengikut tarikh surat kelulusan senat universiti berkenaan.


the question is......................................Can I acheive this challenge???????????...
I don't think so.......Thanks my dear...**M..

I try my best but it is not promising..because this journey is ver though, not easy as ABC and really need lots of patience and sacrification as been storied by this paragraphs:-



Apabila memikirkan perjalanan PhD aku berdebar-debar. PhD sama sekali berbeza dengan Master. PhD memerlukan terlebih banyak segala rencah berbanding Master. Sebahagian besar yang menempuh PhD adalah di usia yang lebih dewasa. Bila usia dewasa, ujian dan cabarannya lebih layak dengan kematangan dan kedewasaan seseorang itu.

Semua calon PhD cuba merancang yang terbaik, melakukan time-frame dan berusaha memenuhinya. PhD bukan untuk orang yang cerdik, tetapi PhD adalah untuk orang yang sabar. Kesabaran yang akan mendorong calon-calon PhD berjaya. Calon PhD perlu bersabar dalam membaca, menganalisis, berfikir, bersabar juga dengan segala ujian yang datang di luar upaya dan perancangan mereka.

Penyelia Master aku pernah bercerita semasa menyelesaikan PhDnya, beliau terpaksa kuatkan hati menghadapi dua kali kematian anak kecilnya. Seorang kakak seniorku menghadapi dua kali perceraian melalui dua perkahwinannya sepanjang tempoh menyelesaikan PhD. Seorang senior lagi menghadapi kahancuran rumah tangga di saat-saat dia sangat memerlukan sokongan suami, kawannya sendiri telah menjadi perosak rumahtangganya lalu merampas si suami. Ada juga yang berkali-kali keguguran. Ada juga calon PhD yang menghadapi kematian dirinya sendiri. Lahawla wala quwwata illa billah. Banyak kisah calon PhD lain lagi. Pendek kata, PhD adalah satu bentuk tarbiyah daripada Allah, menguji intelektual dan rohani sekaligus.

Najwa sahabatku selalu mengulangi, PhD adalah untuk orang yang sabar, PhD adalah medan untuk berdoa. Memang ia medan air mata. Ia medan mendekatkan kita kepada Allah.

Ujian-ujian lain seperti kewangan, penyelia, kesukaran mencari dan menganalisa bahan, adalah rencah-rencah biasa dalam PhD.

Di sebabkan itulah bagi aku, seharusnya PhD medan tarbiyah Allah ini melahirkan para doktor yang tawadhuk, merendah diri, tidak mementingkan diri sendiri. Yang lebih penting PhD melahirkan hamba-hamba Allah yang penuh bertaqwa dan penuh tawakkal, hati yang tulus merendah diri kepada Allah Ta'ala.

........

wallahualam

8 comments:

qaseh masyitah said...

Salam puan
semoga Allah merahmati usaha dan memudahkan urusan puan. kata-kata di sini bagaikan luahan motivasi bermakna.

Abu Aiman said...

setuju, ianya perlukan kesabaran dah ketabahan...

mama3hz said...

qaseh- thanks for visit my unproper blogs here..just sharing based on my availability....
azD- ya betul.....wpun tahap kesabaran dan ketabahan manusia berbeza2...

azizi said...

sy selalu memotivasikan diri dengan melihat phd merupakan seumpama projek, di mana kita berusaha utk menyelesaikan masalah. sebagaimana kerja, itulah proses phd. dan yg penting sy tidak pernah anggap proses phd ini sbg seorg pelajar, tetapi ketekunan seorg penyelidik. pembacaan pemikir2 terdahulu, saintis2 islam byk memberi semangat dan kekuatan yg tak tersangka. Bykkan doa, cari peluang utk mengutip sbyk mana yg boleh, dan berusaha gigih. insya' Allah. yg penting, bezakan masalah dan simptom. moga Allah memberkati.

mama3hz said...

dr azizi- million thanks for the points..you're one of my inspiration....sorry kami tk sempat ketemu jiji ari tu....

mama3hz said...
This comment has been removed by the author.
Pena QS said...

Salam puan,
terpanggil untk memberi komen di post ini, masyaallah terlalu banyak dugaan org2 PHD, membuatkn hati saya berkobar2 utk meyambung ke tahap itu dengan izin illahi. Utk pengetahuan, blog puan juga menjadi sumber inspirasi utk saya maju kehadapan. Salam perkenalan di alam maya. Selamat berjuang puan, didoakn segala impian menjadi kenyataan dgn izinnya.

mama3hz said...

Pena QS-
Thanks for being my regular visitor...inshaallah apa yg terdaya utk dikongsikan akan saya cuba sebaik mungkin....

phd ini juga medan untuk menguji ketahanan diri seseorg insan secara holistik...