Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Wednesday, September 17, 2014

Perlukah anugerah?

Bagi pendapat peribadi penulis, anugerah adakalanya mendatangkan kesan postif dan adakalanya juga mendatangkan kesan negatif.

Coretan ini mungkin seakan menzahirkan kekecewaan penulis(tidak sama sekali) waima adakalanya ketidakwajaran penganugerahan berlaku bagi sesetengah keadaan. Maka secara dasarnya, penulis selalu memperbetulkan niat bekerja bukan kerana nama, bukan kerana anugerah malah bukan untuk diperlihatkan diri kita ataupun kita sentiasa bagus atau cemerlang.

Sebenarnya kecemerlangan itu merupakan suatu hal yang amat subjektif. Kriteria yang digariskan juga seringkali boleh dipertikaikan. Maka, penulis tidak kisah jika penulis tidak pernah di beri apa2 'anugerah','suntikan semangat' mahupun pengikitirafan daripada mana-mana pihak, baik pihak majikan, keluarga ataupun sesiapa saja KERANA penulis yakin Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil terhadap hambanya.


Blogs ini sendiri bukan blogs popular, dan penulis tidak pernah mensasarkan untuk popular. Waima sudah lebih 4 bulan tidak terkemaskini, penulis tidak pernah tertekan kerana tiada pembaca yang mendesak untuk penulis menulis. Mungkin natural penulis bukan seorang yang gila populariti jauh sekali gilakan pengikitirafan.

Biarlah penulis dengan cara begini,cuma sesekali terdetik di hati untuk berhijrah ke dunia baru kerana di tempat sekarang sesekali terasa bagaikan 'aku hanya pendatang'...
 


Aku bagai seorang pendatang
Ke sempadan yang mengasingkan
Sedang dulu di sini aku bermesra denganmu
Kedatangan tiada sambutan
Dan senyuman tiada balasan
Langkah kaki sampai di sini terhenti
Ku mencari
Kembali pohon hijau nan rendang
Di situlah kita berteduh
Dan sungainya
Bertali arus air mengalir
Bagai takkan berakhir
Dijadikan perlambangan
Tanda setianya percintaan
Dua insan
Perjalanan di tanah gersang
Tanpa sungai dan pohon rendang
Kau dan aku demikian diibaratkan


Penulis perlu berani dan tekad selepas ini untuk keluar' dari 'zon yang selesa'......


Bila dan ke mana....biarlah masa dan keadaan yang menentukan,...



No comments: