Dato Siti Nurhaliza - Segala Perasaan
Ketika cinta
Telah bersarang
Taklukkan dua manusia
Untuk hanyut dalam rasa
Dan rindu datang
Setiap saat
Seolah tak mengizinkan
Sedetik untuk berpisah
Dan kini aku di sini
Merasakan segala keindahan dirimu
Menutup mata atas semua kelemahanmu
Ku melihatmu sempurna tak terungkap kata
Hilanglah kenangan luka
Tergantikan cerita yang berkisahkan cinta
Dan memberi harapan untuk kita berdua
Saling menjaga dan setia untuk selamanya
Tak sanggup aku
Melawan rasa Segala perasaan
Memangku jatuh cinta
Dan ini hanyalah untuk dirimu
Persembahan untukmu
Dirimu kekasihku
Dan kini aku di sini
Merasakan segala keindahan dirimu
Menutup mata atas semua kelemahanmu
Ku melihatmu sempurna tak terungkap kata
Hilanglah kenangan luka
Tergantikan cerita yang berkisahkan cinta
Dan memberi harapan untuk kita berdua
Saling menjaga dan setia untuk selamanya
Dan kini aku di sini
Merasakan segala perasaan cintaku
Di dalam pengabdian seumur hidupku
Saling menjaga dan setia
Saling menjaga dan setia
Selamanya
https://www.youtube.com/watch?v=7esf1EGHpzA
Tuesday, November 28, 2017
Monday, November 09, 2015
Garapan yang Mantap!
Sudah lama tidak membuat coretan di blog yang sudah berusia hampir 7 tahun ini.
Penulis terbeli sebuah buku baru-baru ini yang mampu mengimbau semula kenangan dan memori sewaktu di perantauan suatu tika dahulu.
Shahkang.....
Namanya pernah dilihat di media sosial sebelum ini kerana penulis juga ada ber'kawan' dengan beberapa adik MCOT dalam Facebook semasa mengumpul data kajian Phd enam tahun sudah, memadangkan beliau adalah pelajar ijazah pertama di sana tatkala penulis masih di Manchester.Kini beliau juga sedang dalam perjuangan solo sebelum menamatkan pengajian dan bergelar sebagai ahli doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan mekanikal.
Tahniah Shahkang untuk pencapaian yang mengagumkan!
Sememangnya penulisan kreatif dan Shahkang tidak dapat dipisahkan, ini terbukti dengan penghasilan buku ' Manchester, Aku Mai' yang sangat santai dan mudah difahami oleh orang kebanyakan kerana mampu menjentik hati dan membuka mata masyarakat Malaysia khususnya pengalaman pahit manis ketika belajar di luar negara.
Penulisan dan adunan yang beliau persembahkan menampakkan keluhuran dan kejujuran peribadi Shahkang itu sendiri. Itu yang membuatkan buku ini mempunyai keistimewaannya tersendiri. Buku yang mengandungi sebanyak 248 helai muka surat dihiasi dengan gambar-gambar yang menarik, membuatkan penulis mampu menghabiskan bacaan hanya dalam beberapa jam(bukan semua buku penulis boleh fokus dan habiskan dalam masa sehari dek komitmen yang tinggi terhadap keluarga) menunjukkan Shahkang mampu menambat hati pembaca beliau dengan gaya tersendiri.
Sebanyak 25 bab, di mana dua bab (Jazeera Bukan Agensi Berita dan Kebencian Terhadap London) mampu digambarkan oleh penulis kerana menempuhi pengalaman yang sama seperti apa yang diceriterakan sewaktu di sana oleh Shahkang dan sebahagian besar sememangnya tidak dialami oleh penulis.
Syabas Shahkang.
Teruskan perjuanganmu ,dik.
Semoga berjaya.

Wednesday, September 16, 2015
Tuesday, June 02, 2015
TAZKIRAH HARI INI (2)
Oleh: Abdullah Sholeh Hadrami
Allah banyak sekali
menerangkan dalam al-Qur’an tentang hakikat kehidupan dunia dan
menganjurkan kepada kita agar bersikap zuhud terhadapnya serta
memperingatkan kita akan bahaya cinta dunia tersebut, demikian pula
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam dalam sabda
–sabdanya.
Allah berfirman:
“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan
dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu
serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak.”
(QS. Al-Hadiid: 20)
Allah berfirman : “Dan
semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan
kehidupan akhirat itu di sisi Tuhanmu adalah bagi orang-orang yang
bertaqwa.” (QS.Az-Zukhruf: 35)
Allah berfirman: ”Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (QS. Ali Imran: 185)
Allah berfirman: “ Tetapi
kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan
akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (QS. Al-A’la: 16-17)
Allah berfirman: “Kamu
menghendaki harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala)
akhirat (untukmu)” (QS. Al-Anfal: 67)
Allah berfirman: ”Mereka
bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu
(dibandingkan dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang
sedikit).” (QS. Ar-Ra‘du: 26)
Dari sahabat Jabir
Radhiyallahu ‘Anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala
Alihi Wa Sallam melewati sebuah pasar bersama beberapa sahabat. Beliau
melihat seekor kambing cacat yang telah menjadi bangkai,
Beliau mengambilnya dan memegang telinganya seraya bertanya: “ Siapa
diantara kalian yang ingin menukar ini dengan satu dirham?” Para sahabat
menjawab: tidak ada seorangpun dari kami yang ingin menukarnya dengan
apapun, karena kami tidak dapat mengambil manfaat
darinya sama sekali. Beliau meneruskan : “Apakah ada yang ingin
memilikinya?.” Para sahabat menjawab: Demi Allah, andaikan dia hidup
diapun sudah cacat, apalagi ketika telah menjadi bangkai. Maka
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda:
“ Demi Allah, dunia ini dihadapan Allah lebih hina daripada bangkai ini
dihadapan kalian” (HR. Muslim dan Abu Dawud.)
Beliau Shallallahu ‘Alaihi
Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda: “Tiadalah dunia dibanding akhirat
melainkan hanyalah seperti air yang melekat di jari ketika salah seorang
dari kalian mencelupkannya di laut.” (HR. Muslim
dll)
Beliau Shallallahu ‘Alaihi
Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda: “ Seandainya dunia ini senilai sayap
seekor nyamuk, di sisi Allah, pastilah Dia tidak akan memberi minum
setitis air dunia pun kepada orang kafir.” (HR.
At-Tirmidzi dll, shahih.)
Beliau Shallallahu ‘Alaihi
Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda: “Apalah artinya aku dengan dunia,
tiadalah aku di dunia melainkan seperti seorang yang dalam perjalanan
bernaung dibawah pohon (sebentar), kemudian melanjutkan
perjalanan lagi dan meninggalkan pohon tersebut.”(HR. Ahmad,
At-Tirmidzi dan Al-Hakim, sahih.)
Beliau Shallallahu ‘Alaihi
Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam berwasiat kepada sahabat Ibn Umar Radhiyallahu
‘Anhuma: “ Jadilah kamu di dunia ini seperti orang asing atau seorang
yang dalam perjalanan.” (HR. Bukhari dll)
Berkata Yahya bin Mu’adz
-rahimahullah : “ Dunia adalah khamar (arak)- nya setan, barangsiapa
yang mabuk olehnya maka tidak akan tersedar kecuali apabila telah mati
dengan penyesalan bersama orang-orang yang merugi.”
Berkata Ibn Mas’ud
Radhiyallahu ‘Anhu: “ Tiadalah seseorang di dunia melainkan sebagai tamu
dan hartanya adalah titipan. Tamu pasti pergi dan titipan harus
dikembalikan.”
Berkata sebahagian salaf -rahimahumullah: “ Semua manusia dalam keadaan tertidur, apabila telah mati barulah terbangun.”
Berkata Sa’id bin Jubair
rahimahullah: “Kesenangan menipu (dunia) yang dicela adalah yang
melalaikan dari akhirat, adapun yang tidak melalaikan dari akhirat maka
bukanlah kesenangan yang menipu (tidak tercela), akan
tetapi kesenangan yang menyampaikan kepada kesenangan yang lebih baik
lagi.”
Ya Allah berilah kami kebaikan dunia dan akhirat, amien
BIRO KEBAJIKAN DAN AGAMA
SUTRANITA
Wednesday, May 27, 2015
TAZKIRAH HARI INI(1)
Pada
zaman dahulu ada seorang mukmin dan seorang kafir, kedua-dua mereka
pergi menjala ikan. Si kafir mengangkat jala dengan menyebut nama
berhalanya lalu
dia mendapat banyak ikan manakala si mukmin mengangkat jala dengan
menyebut nama Allah, tetapi tidak mendapat satu ikan pun. Orang mukmim
itu pun menjala sehingga waktu maghrib maka dia pun dapatlah seekor
ikan, tapi malangnya ikan itu telah jatuh kembali
ke dalam sungai. Maka kembalilah orang mukmin tanpa mendapat apa-apa
ikan dan si kafir pula mendapat banyak ikan.
Melihat
hal yang demikian, maka malaikat yang menjaga orang mukmin itu pun
sangat kesal dan apabila malaikat itu naik ke langit maka Allah
menunjukkan kepada
malaikat tersebut tempat yang disediakan oleh Allah untuk orang mukmin
itu, iaitu syurga. Sehingga malaikat itu berkata, “Tidak bererti apa-apa
pun penderitaan di dunia ini, apabila dia mendapat tempat di syurga”.
Allah juga menunjukkan tempat orang kafir
kepada malaikat itu, dan berkatalah malaikat, “Demi Allah tidak berguna
apa yang didapatinya di dunia pada hal tempat kembalinya adalah neraka
jahanam”.
Pada hari Kiamat Allah tetap akan menolak empat alasan atas empat sebab:
- Menolak alasan orang yang kaya jika orang kaya itu berkata, “Kekayaan itu telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melakukan amal ibadat”. Maka Allah akan berkata, “Kekayaan kamu itu tidak sampai dengan kekayaan Nabi Sulaiman, tapi Nabi Sulaiman tidak lalai dari melakukan ibadat”.
- Apabila hamba sahaya berkata, “Oleh kerana aku hamba sahaya, maka aku tidak bebas, oleh itu aku tidak dapat beribadat kepadamu”. Lalu Allah berfirman, “Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba sahaya, tapi tidak pula dia lalai dari melakukan ibadah”.
- Apabila orang miskin berkata, “Kemiskinan inilah yang menyebabkan kami lalai dari beribadat kepadaMu”. Lalu Allah berfirman, “Kamu tidaklah semiskin Nabi Isa tapi Nabi Isa tidak pula lalai dari beribadat kepadaKu”.
- Apabila orang yang sakit memberikan alasan dengan mengatakan, “Penyakit itulah yang telah menghalang aku dari beribadat kepadaMu”. Maka Allah berfirman, “Penyakitmu itu tidaklah seteruk seperti penyakit yang dihidapi oleh Nabi Ayub dan penyakit itu tidak menghalangnya dari beribadat kepadaKu”.
Untuk renungam bersama.
BIRO KEBAJIKAN DAN AGAMA
Thursday, April 02, 2015
Tertarik dengan artikel ini......
Lapan tips jika anda makan gaji
DR AZIZAN OSMAN
29 Januari 2015
ADAKAH seronok bila kita mendapat gaji ketika hujung
bulan? Mestilah seronok, kerja 20-24 hari sebulan then sehari dapat
gaji! Tapi, persoalannya adakah keseronokan itu mampu berpanjangan
hingga selepas kita bersara? Jika panjang umur.
Masa saya kerja dulu-dulu pun, seronok bila dapat gaji apatah lagi selepas “kekeringan wang” lebih separuh bulan. Tapi, dapat sahaja gaji yang sehari itu, masuk pagi duit dalam account, bila petang atau paling lewat esoknya, insya-ALLAH dah “game over” bayar hutang. Itu pun ada lagi belum selesai.
Itu tahun 1995-97. Gaji RM1,500. Bekerja di firma stockbroking.
Hari ini saya nak tanya soalan-soalan penting ini:-
• Adakah anda rasa nilai wang anda semakin bagus?
• Adakah anda rasa kuasa membeli duit anda semakin tinggi?
• Adakah anda rasa dengan pendapatan dari gaji semata-mata adalah cukup untuk bersara dengan semakin sihat dan tenang (Jika panjang umur)?
Ramai hari ini seronok kerana masih ada gaji kan. Siapa tidak?
Cuma tidak ramai yang mempunyai pelan kewangan dan pelaburan yang bagus dan teratur untuk mereka lebih bersedia samada untuk bertahan di dalam ekonomi hari ini atau untuk persaraan mereka. Tidak kisahlah anda bekerja atau berniaga. Sebenarnya peluang untuk setiap daripada anda hidup dalam keadaan kewangan yang tertekan adalah tinggi.
Gaji anda sama ada rendah atau sederhana pasti akan terkesan dengan kos sara hidup semakin meningkat. Hutang yang tidak putus-putus dan makin banyak tertunggak.
• Kos sara hidup meningkat.
• Kos membesarkan anak-anak meningkat.
• Harga hartanah/ rumah yang meningkat walaupun rumah kos rendah.
• Kos bahan binaan juga semakin meningkat.
• Kos pendidikan semakin mahal sedangkan tahap gaji kelayakan yang tinggi pun semakin rendah.
• Kos perubatan meningkat.
Dalam banyak-banyak kos di atas, cuba bayangkan satu daripadanya, sebagai contoh kos perubatan yang hari ini sudah meningkat ke tahap yang luar biasa 20-30 tahun lagi. Waktu itu, kita yang hari ini umur dalam lingkungan 30-40an akan berumur di antara 50-70an.
Adakah kos tersebut masih sama dengan hari ini. Jangan sampai tahap, hari ini kita guna kesihatan untuk mengejar kewangan, malangnya kewangan tersebut tak mampu nak beli kembali kesihatan ketika kita di ambang usia suatu hari nanti.
Sebab itu saya tertarik dengan amaran yang tertulis di sebuah billboard di Jakarta yang menyebut: “Jika anda tidak ada duit, anda perlu pastikan anda tidak sakit.”
Sesiapa yang ada terbaca berita semalam, 88% pekerja bimbang tak cukup duit bila bersara.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang tiada wang mencukupi bila bersara]
Jangan fikir pasal orang lain. Lihat dalam-dalam ke dalam diri kita hari ini. Adakah kita juga tergolong di kalangan 88 peratus tersebut? Masalah itu tidak akan selesai sehingga kita belajar dan bertindak mencari jalan selesaikannya.
Apa “jalan” yang ada? Kerana jika teruskan meminjam bukanlah pilihan yang terbaik, jangka pendek, OK tetapi lama-kelamaan beban hutang kita akan sesak ke kepala.
Sebagai respon pada berita semalam, ada 8 cadangan yang saya ingin berikan:-
1. Jika anda bekerja, tambah baik diri supaya dinaikkan gaji. Sama ada sambung belajar secara part-time sambil bekerja. Faktor kelulusan banyak mempengaruhi gaji seseorang di banyak syarikat atau sektor kerajaan.
2. Tukar kerja yang lebih tinggi gajinya, cuma masalah ini hanya berbentuk strategi jangka pendek atau tambah baik ilmu atau kemahiran diri untuk melayakkan diri mendapatkan gaji yang lebih tinggi.
3. Berniaga atau membuat pelaburan sama ada secara sepenuh masa atau sampingan. Cuma jangan mula dengan modal yang besar serta mestilah sedia untuk belajar ilmu berniaga dan melabur sama ada melalui membaca buku yang bagus atau hadir seminar yang terbukti melahirkan ramai yang berjaya.
4. Yang paling penting adalah belajar uruskan duit kerana duit sikit boleh jadi banyak jika diurus dengan baik. Begitu juga sebaliknya, banyak boleh jadi sedikit atau habis jika tidak pandai uruskan.
5. Tahan nafsu. Stop belanja makan di luar. Kurangkan window shopping. Kurangkan ke tempat yang mampu “menggalakkan” kita berbelanja mengikut “nafsu”. Kurangkan kos, kurangkan kos dan kurangkan kos.
6. Simpan duit, simpan duit dan simpan duit. Ini nasihat yang paling asas sebelum anda ada ilmu “memberanakkan” duit. Walaupun belum tahu berniaga atau melabur, anda mesti simpan sedikit duit secara berdisiplin. Set sasaran atau target berapa anda mesti simpan setiap bulan dan duit itu TIDAK BOLEH digunakan langsung melainkan bila ada ilmu pelaburan.
7. Jangan sertai skim cepat kaya atau meminjam untuk masuk skim cepat kaya. Berhati-hati dengan pelbagai skim yang boleh “menghilangkan” duit anda apatah lagi jika ianya di senarai hitam oleh Bank Negara.
8. Sedekah sedikit. Sebab sedekah telah terbukti memberikan keberkatan kepada rezeki kita. Cuba mulakan dengan jumlah yang paling kecil yang kita mampu dan lakukan secara konsisten. Anda akan merasai keberkatannya nanti.
Semua orang ingin ubah hidup tetapi ramai orang tidak mahu ubah sikap serta belajar.
Sudah masanya untuk anda berfikir tentang masa depan dan bagaimana mengatur serta meningkatkan kewangan anda secara serius.
DR AZIZAN OSMAN
Azizan Osman merupakan penulis buku dan merupakan Pengasas & Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan Richworks International yang mempunyai perniagaan dan pelaburan di dalam lebih 27 buah syarikat. Beliau juga merupakan Pengasas Koperasi Permodalan Usahawan Selangor Berhad dan telah membantu lebih 600,000 orang melalui seminar-seminar keusahawanan.

Friday, December 19, 2014
Tuesday, October 14, 2014
University Ambassador Engagement Camp
Alhamdulillah selamat dilaksanakan pada 25-26 Ogos 2014 yang lalu.
Moga Duta Universiti yang terlibat akan lebih bermotivasi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
lagi gambar-gambar berkaitan di link ini
juga boleh ke link sini
Duta Universiti yang dimaksudkan di atas adalah yang telah melalui tapisan temuduga di peringkat KPM -BHI
Gambar di bawah adalah pada 2 Jun 2014 .Daripada 7 calon, hanya 5 sahaja yang dilantik sebagai Duta Universiti RTC Perak untuk tahun 2014.

Wednesday, September 17, 2014
Perlukah anugerah?
Bagi pendapat peribadi penulis, anugerah adakalanya mendatangkan kesan postif dan adakalanya juga mendatangkan kesan negatif.
Coretan ini mungkin seakan menzahirkan kekecewaan penulis(tidak sama sekali) waima adakalanya ketidakwajaran penganugerahan berlaku bagi sesetengah keadaan. Maka secara dasarnya, penulis selalu memperbetulkan niat bekerja bukan kerana nama, bukan kerana anugerah malah bukan untuk diperlihatkan diri kita ataupun kita sentiasa bagus atau cemerlang.
Sebenarnya kecemerlangan itu merupakan suatu hal yang amat subjektif. Kriteria yang digariskan juga seringkali boleh dipertikaikan. Maka, penulis tidak kisah jika penulis tidak pernah di beri apa2 'anugerah','suntikan semangat' mahupun pengikitirafan daripada mana-mana pihak, baik pihak majikan, keluarga ataupun sesiapa saja KERANA penulis yakin Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil terhadap hambanya.
Blogs ini sendiri bukan blogs popular, dan penulis tidak pernah mensasarkan untuk popular. Waima sudah lebih 4 bulan tidak terkemaskini, penulis tidak pernah tertekan kerana tiada pembaca yang mendesak untuk penulis menulis. Mungkin natural penulis bukan seorang yang gila populariti jauh sekali gilakan pengikitirafan.
Biarlah penulis dengan cara begini,cuma sesekali terdetik di hati untuk berhijrah ke dunia baru kerana di tempat sekarang sesekali terasa bagaikan 'aku hanya pendatang'...
Aku bagai seorang pendatang
Ke sempadan yang mengasingkan
Sedang dulu di sini aku bermesra denganmu
Kedatangan tiada sambutan
Dan senyuman tiada balasan
Langkah kaki sampai di sini terhenti
Ku mencari
Kembali pohon hijau nan rendang
Di situlah kita berteduh
Dan sungainya
Bertali arus air mengalir
Bagai takkan berakhir
Dijadikan perlambangan
Tanda setianya percintaan
Dua insan
Perjalanan di tanah gersang
Tanpa sungai dan pohon rendang
Kau dan aku demikian diibaratkan
Penulis perlu berani dan tekad selepas ini untuk keluar' dari 'zon yang selesa'......
Bila dan ke mana....biarlah masa dan keadaan yang menentukan,...

Tuesday, April 01, 2014
Ulasan buku 3 & 4 2014: a-Celik Mata & Jiwa DAN b-Celik Hati Reset Minda
Penulis:Prof Dr Muhaya Mohamad
a-Buku ini merupakan sumber kekuatan bagi pembaca mahupun pemilik buku ini dalam menelusuri cabaran kehidupan,Mengapa kita harus hidup,paadigma yang seringkali manusia caknakan adakalanya meresahkan hati manusia sendiri dalam perjalanan kehidupan seorang khalifah Allah sejak lahir hingga dewasa.Erti kasih sayang,keazaman dan cabaran dalam kehidupan,apa yang diperlukan untuk hidup,kesantunan dan tingkah laku yang baik memberi refleksi dalam kehidupan masyarakat.Apabila selesai mebaca buku ini, penulis mengharapkan bahawa pembacanya akan sentiasa kuat dan tabah dalam kehidupan.
b-Buku ini merupakan susulan daripada penghasilan buku Celik Mata & Jiwa.
Daripada tajuk buku ini, dapat fahami bahawa penulis mempunyai matlamat untuk mengubah cara berfikir dan selalulah kita bermuhasabah dalam kehidupan yang kita tempuh.Untuk mengubah cara berfikir , memang merupakan satu cabaran besar bagi masyarakat kita yang sudah mempunyai norma kehidupan yang tersendiri.Namun apabila buku mampu difahami dan dihayati,kita akan terpacu untuk mensetkan semula daripada selalu berfikir negatif kepada akan cuba untuk memaksimakan pemikiran positif.

Ulasan buku 2 2014: Padanya Ada Hikmah
Penulis:Prof Dr Muhaya Mohamad dan Bahrudin Bekri
Buku yang berdasarkan kisah-kisah masyarakat, terselit inspirasi, setiap satunya untuk menyedarkan minda pembaca bahawa apa yang berlaku dalam dunia ini ada sebab dan justifikasinya yang tersendiri. Pendekatan yang kreatif, tidak secara langsungdi mana kisah-kisah ini adalah pengalaman-pengalaman hidup penulis sendiri namun digarapkan melalui watak yang tersendiri supaya cerita dan moral yang hendak disempurnakan lebih terkesan di hati pembaca,Tahniah buat penulis!

Ulasan buku 1 2014:Bagaimana menjadi seorang pelajar yang baik dan berjaya
Penulis:Prof Dr Muhaya Mohamad
Kandungan buku motivasi ini sememangnya seiring dengan tajuk buku yang mencakupi keseluruhan aspek dalam pembangunan pelajar dalam membangunkan potensi dirinya untuk berjuang dalam kehidupan.
Secara tidak langsung, buku ini mampu mencanai pembaca dalam panduan kepada pelajar untuk menjadi seorang yang lebih positif,tabah dan tidak mudah putus asa untuk berjaya.Ia merangkumi aspek emosi,intelektual,spiritual dan rohani.
Sebagai penulis yang berpengalaman luas dalam bidang perubatan khususnya,beliau berjaya mengadun teknik belajar dengan berkesan dan bagaimana untuk menjadi insan yang beriman kepada Tuhannya

Sunday, March 30, 2014
Kajian personaliti
Mahu percaya atau tidak terpulang.Boleh semak untuk diri sendiri.
Mungkin ada yang benar dan mungkin ada yang tidak benar....
Personaliti mengikut nombor
Personaliti mengikut bulan kelahiran
Bagi penulis sendiri, tidak perlulah untuk mempercayai 100%, cukup sebagai panduan hidup sudah memadai.....

Monday, February 17, 2014
Sunday, November 03, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)