Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Tuesday, April 01, 2014

Ulasan buku 3 & 4 2014: a-Celik Mata & Jiwa DAN b-Celik Hati Reset Minda

Penulis:Prof Dr Muhaya Mohamad

a-Buku ini merupakan sumber kekuatan bagi pembaca mahupun pemilik buku ini dalam menelusuri cabaran kehidupan,Mengapa kita harus hidup,paadigma yang seringkali manusia caknakan adakalanya meresahkan hati manusia sendiri dalam perjalanan kehidupan seorang khalifah Allah sejak lahir hingga dewasa.Erti kasih sayang,keazaman dan cabaran dalam kehidupan,apa yang diperlukan untuk hidup,kesantunan dan tingkah laku yang baik memberi refleksi dalam kehidupan masyarakat.Apabila  selesai mebaca buku ini, penulis mengharapkan bahawa pembacanya akan sentiasa kuat dan tabah dalam kehidupan.

b-Buku ini merupakan susulan daripada penghasilan buku  Celik Mata & Jiwa.
Daripada tajuk buku ini, dapat fahami bahawa penulis mempunyai matlamat untuk mengubah cara berfikir dan selalulah kita bermuhasabah dalam kehidupan yang kita tempuh.Untuk mengubah cara berfikir , memang merupakan satu cabaran besar bagi masyarakat kita yang sudah mempunyai norma kehidupan yang tersendiri.Namun apabila buku mampu difahami dan dihayati,kita akan terpacu untuk mensetkan semula daripada selalu berfikir negatif kepada akan cuba untuk memaksimakan pemikiran positif.

No comments: