Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Friday, December 19, 2014

Be STRONG .............................


.2014 will be end.......


2015 just around the corner....

Tuesday, October 14, 2014

University Ambassador Engagement Camp

Alhamdulillah selamat dilaksanakan pada 25-26 Ogos 2014 yang lalu. Moga Duta Universiti yang terlibat akan lebih bermotivasi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.




lagi gambar-gambar berkaitan di link ini

juga boleh ke link sini

Duta Universiti yang dimaksudkan di atas adalah yang telah melalui tapisan temuduga di peringkat KPM -BHI
Gambar di bawah adalah pada 2 Jun 2014 .Daripada 7 calon, hanya 5 sahaja yang dilantik sebagai Duta Universiti RTC Perak untuk tahun 2014.

Wednesday, September 17, 2014

Perlukah anugerah?

Bagi pendapat peribadi penulis, anugerah adakalanya mendatangkan kesan postif dan adakalanya juga mendatangkan kesan negatif.

Coretan ini mungkin seakan menzahirkan kekecewaan penulis(tidak sama sekali) waima adakalanya ketidakwajaran penganugerahan berlaku bagi sesetengah keadaan. Maka secara dasarnya, penulis selalu memperbetulkan niat bekerja bukan kerana nama, bukan kerana anugerah malah bukan untuk diperlihatkan diri kita ataupun kita sentiasa bagus atau cemerlang.

Sebenarnya kecemerlangan itu merupakan suatu hal yang amat subjektif. Kriteria yang digariskan juga seringkali boleh dipertikaikan. Maka, penulis tidak kisah jika penulis tidak pernah di beri apa2 'anugerah','suntikan semangat' mahupun pengikitirafan daripada mana-mana pihak, baik pihak majikan, keluarga ataupun sesiapa saja KERANA penulis yakin Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil terhadap hambanya.


Blogs ini sendiri bukan blogs popular, dan penulis tidak pernah mensasarkan untuk popular. Waima sudah lebih 4 bulan tidak terkemaskini, penulis tidak pernah tertekan kerana tiada pembaca yang mendesak untuk penulis menulis. Mungkin natural penulis bukan seorang yang gila populariti jauh sekali gilakan pengikitirafan.

Biarlah penulis dengan cara begini,cuma sesekali terdetik di hati untuk berhijrah ke dunia baru kerana di tempat sekarang sesekali terasa bagaikan 'aku hanya pendatang'...
 


Aku bagai seorang pendatang
Ke sempadan yang mengasingkan
Sedang dulu di sini aku bermesra denganmu
Kedatangan tiada sambutan
Dan senyuman tiada balasan
Langkah kaki sampai di sini terhenti
Ku mencari
Kembali pohon hijau nan rendang
Di situlah kita berteduh
Dan sungainya
Bertali arus air mengalir
Bagai takkan berakhir
Dijadikan perlambangan
Tanda setianya percintaan
Dua insan
Perjalanan di tanah gersang
Tanpa sungai dan pohon rendang
Kau dan aku demikian diibaratkan


Penulis perlu berani dan tekad selepas ini untuk keluar' dari 'zon yang selesa'......


Bila dan ke mana....biarlah masa dan keadaan yang menentukan,...



Tuesday, April 01, 2014

Ulasan buku 3 & 4 2014: a-Celik Mata & Jiwa DAN b-Celik Hati Reset Minda

Penulis:Prof Dr Muhaya Mohamad

a-Buku ini merupakan sumber kekuatan bagi pembaca mahupun pemilik buku ini dalam menelusuri cabaran kehidupan,Mengapa kita harus hidup,paadigma yang seringkali manusia caknakan adakalanya meresahkan hati manusia sendiri dalam perjalanan kehidupan seorang khalifah Allah sejak lahir hingga dewasa.Erti kasih sayang,keazaman dan cabaran dalam kehidupan,apa yang diperlukan untuk hidup,kesantunan dan tingkah laku yang baik memberi refleksi dalam kehidupan masyarakat.Apabila  selesai mebaca buku ini, penulis mengharapkan bahawa pembacanya akan sentiasa kuat dan tabah dalam kehidupan.

b-Buku ini merupakan susulan daripada penghasilan buku  Celik Mata & Jiwa.
Daripada tajuk buku ini, dapat fahami bahawa penulis mempunyai matlamat untuk mengubah cara berfikir dan selalulah kita bermuhasabah dalam kehidupan yang kita tempuh.Untuk mengubah cara berfikir , memang merupakan satu cabaran besar bagi masyarakat kita yang sudah mempunyai norma kehidupan yang tersendiri.Namun apabila buku mampu difahami dan dihayati,kita akan terpacu untuk mensetkan semula daripada selalu berfikir negatif kepada akan cuba untuk memaksimakan pemikiran positif.

Ulasan buku 2 2014: Padanya Ada Hikmah

Penulis:Prof Dr Muhaya Mohamad dan Bahrudin Bekri

Buku yang berdasarkan kisah-kisah masyarakat, terselit inspirasi, setiap satunya untuk menyedarkan minda pembaca bahawa apa yang berlaku dalam dunia ini ada sebab dan justifikasinya yang tersendiri. Pendekatan yang kreatif, tidak secara langsungdi mana kisah-kisah ini adalah pengalaman-pengalaman hidup penulis sendiri namun digarapkan melalui watak yang tersendiri supaya cerita dan moral yang hendak disempurnakan lebih terkesan di hati pembaca,Tahniah buat penulis!

Ulasan buku 1 2014:Bagaimana menjadi seorang pelajar yang baik dan berjaya

Penulis:Prof Dr Muhaya Mohamad

Kandungan buku motivasi ini sememangnya seiring dengan tajuk buku yang mencakupi keseluruhan aspek dalam  pembangunan pelajar dalam membangunkan potensi dirinya untuk berjuang dalam kehidupan.
Secara tidak langsung, buku ini mampu  mencanai pembaca dalam panduan kepada pelajar untuk menjadi seorang yang lebih positif,tabah dan tidak mudah putus asa untuk berjaya.Ia merangkumi aspek emosi,intelektual,spiritual dan rohani.
Sebagai penulis yang berpengalaman luas dalam bidang perubatan khususnya,beliau berjaya mengadun teknik belajar dengan berkesan dan bagaimana untuk menjadi insan yang beriman kepada Tuhannya

Sunday, March 30, 2014

Kajian personaliti

Mahu percaya atau tidak terpulang.Boleh semak untuk diri sendiri.
Mungkin   ada yang benar dan mungkin ada yang tidak benar....

Personaliti mengikut nombor

Personaliti mengikut bulan kelahiran

Bagi penulis sendiri, tidak perlulah untuk mempercayai 100%, cukup sebagai panduan hidup sudah memadai.....