Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Saturday, March 30, 2013

Ulasan novel remaja:'Bila blogger menjadi maid'

Sebuah novel yang agak unik di mana penulis novel ini cuba mengenengahkan bahawa menjadi blogger juga berpeluang menjadi insan yang dikenali seumpama selebriti.Watak utama di dalam novel ini merupakan graduan universiti tempatan yang tidak kisah untuk memulakan kerjayanya sebagai maid.Seterusnya beliau menemui jodohnya  secara tidak sengaja dengan anak majikannya, lulusan dari universiti luar negara dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam empayar perniagaan keluarganya.Pelbagai peristiwa pahit manis yang menguji kesabaran, kesetiaan, kecekalan seorang wanita yang masih muda.Perkahwinan yang pada mulanya mempunyai kontrak tempoh tertentu akhirnya bertukar menjadi perkahwinan yang benar-benar bahagia setelah melalui pelbagai ujian dan cabaran.Suatu kisah yang santai tetapi sarat dengan mesej dan teladan untuk pembaca dan ada di antara permasalahan dan konflik yang digarapkan dalam novel ini boleh dijadikan panduan buat wanita dan remaja terutamanya.Satu permulaan yang menarik buat penulis novel ini dan diharapkan beliau akan terus menulis novel2 yang santai tetapi penuh makna serta penuh dengan pengajaran dan teladan.

Monday, March 11, 2013

BERUSAHA MEMPERKASA MAHASISWA






“Pertemuan Persidangan Meja Bulat kali Pertama MPUI-Universiti ini adalah membincangkan beberapa agenda penting dalam usaha membangunkan modal insan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara”
“Selain itu untuk mendapatkan resolusi yang berkisar Kepada Pembangunan Modal Insan, Kebolehpasaran Graduan, Graduan Usahawanan, pemantapan Kurikulum Universiti serta resolusi bagi memantapkan lagi hubungan akademia-industri,” ujar Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal PElajar)dalam perasmiannya di majlis tersebut.
Tambahnya lagi keputusan universiti mewajibkan latihan praktikum kepada pelajar tahun akhir adalah tepat kerana pelajar dapat mengaplikasikan antara teori dan praktis selain industri dapat menyerlahkan potensi dan bakat yang ada pada mahasiswa universiti.Beliau berharap persidangan ini mampu memberi hasil yang terbaik bagi membantu universiti dan warganya untuk memacu pertumbuhan negara, ujar beliau lagi.

Hasrat pihak pengurusan universiti itu turut disambut baik oleh wakil Industri Tan Chong Education Services Sdn Bhd yang mengambil slot dalam sesi perkongsian knowledge sharing: graduate entrepeneurship menyatakan empat kriteria utama perlu ada dalam diri setiap graduan meliputi pengetahuan, keyakinan diri, sikap dan kemahiran untuk memasarkan diri mereka dalam dunia kerjaya.
ADAPTASI DAN IHSAN DARIPADA:

 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT UUM