Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Sunday, December 02, 2012

Sudah lama tiada coretan....

Sudah lebih dua bulan penulis tidak ada coretan mahupun catatan pengalaman yang boleh dikongsikan bersama...bukan tidak sudi, namun pengurusan masa yang masih belum efisien membataskan perkongsian pengalaman ataupun informasi ....

Selama hampir dua bulan tidak ada catatan akademia ini, tidak bermakna penulis duduk melepak tidak buat kerja langsung atau  banyak 'mengulor'...namun, seperti mana yang dicoretkan tadi......tugas2 yang diamanahkan kepada penulis sebenarnya boleh disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan tapi selalunya ada penangguhan tarikh dek pengurusan masa yang terhad dan kurang berkesan.....MAKA  dengan SEJUJURNYA penulis mahu senaraikan tugas2 yang tertangguh dek kerana kelemahan pengurusan masa penulis sendiri NAMUN penulis perlu mempunyai KEAZAMAN YANG TINGGI untuk menyelesaikan kerja2 tertangguh ini  sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya......

1- Siapkan jurnal  bersama Dr Maria Burke Univ of Salford yang sepatutnya hantar 15 Okt lepas...INTAN BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!sasaran tarikh 31hb Dis 2012
2- Siapkan jurnal bersama Dr Nazean UM sebelum 15hb Dis ini
3-Hantar draft laporan penyelidkan PPA sebelum 19 Dis ini
4-Siapkan soalan ujian subjek QIT5023 sebelum 23hb Dis ini.
5- Pastikan kerja pengemaskinian website akan mencapai sasaran 75% sebelum 31hb Dis- Tugasan ini memerlukan kerjasama daripada ramai pihak, baik samada AJK penulis, consultant 'programmer' dan semua warga SQS ........kalau tidak mencapai sasaran, kesalahan sepatutnya tidak patut ditunding ke atas bahu penulis 100%...
6-Siapkan semak tugasan2 pelajar yang hanya 6 orang...tambah pelajar subjek gantian....11 orang..
7.Perancangan pengemaskinian draft buku bertajuk ''pengalaman peribadi phd...catatan menguji kematangan diri...; satu titik permulaan perjalanan seorang akademia yang sederhana dalam semua aspek kehidupan'.....(sasaran tahun diterbitkan tahun 2013...wallahualam...paling awal, paling lewat 2014)

SEKALI LAGI DITEGASKAN..... ini tidak termasuk tugas2 menghadiri mesyuarat,perjumpaan, bengkel,seminar dan lain2 yang tidak pernah disasarkan sebelum menjelang akhir tahun 2012...Doakan moga penulis berjaya menyempurnakan sasaran2 diatas.....Sasaran no.7 hanyalah perancangan buku dahulu..... hasilnya belum lagi.....insyallah......semuanya hanya bermula dengan perancangan. 

CABARAN(sebenarnya KPI tapi penulis tidak gemar guna istilah KPI....) TAHUN 2013:
1-Siapkan 1 penyelidikan geran Universiti
2-Pastikan geran2 KPT(FRGS,ERGS,[UA,PA,KTP-bwh CUIC]) mengikut perancangan dan ada alternatif2 gerakerjanya tersendiri ...nama2 terperinci......entri akan datang...apabila tiba masa yang sesuai....
3-Penyeliaan pelajar sarjana dan Phd-moga aku dan pelajar2 diberi kekuatan olehNya....
4-Penulisan buku dan kelestarian penulisan blog ini SERTA penulisan ulasan karya seperti ulasan BUKU/ARTIKEL DALAM MAJALAH,ulasan RENCANA dan juga ulasan ARTIKEL dalam JURNAL.....satu suku tahun satu jenis....maka penulis sasarkan empat ulasan KARYA...

Ameeeeen......................

Azam untuk keluarga- insyaallah...mungkinkah ada penambahan ahli????...Hanya Allah yang mengetahui segala perancangan hambanya yang lemah ini..... 



Segala yang baik adalah dari Maha kuasa...segala yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri sendiri.....




2 comments:

Anonymous said...

salam,akak buat PHD di USM ke?

Unknown said...

sorry lmbt reply.....maaf dik...saya tak pernah buat phd di usm..cuba baca dari awal blogs ni...awak akan tahu dimana saya belajar...