Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Monday, March 26, 2012

Sibuk sangatkan anda??????????????

Secara jujurnya memang saya akui masa sangat berharga buat masa sekarang. Pengurusan masa yang salah dan tidak efektif menyebabkan saya rasa, masa tidak pernah cukup setiap hari.Hari demi hari dirasakan begitu pantas.Adalah tidak wajar untuk dinukilkan secara terperinci apa yang disibukkan saban hari.Cukuplah saya mengatakan bahawa saya masih perlu memperbaiki diri dalm hal pengurusan masa, diri dalam kerjaya dan juga untuk keluarga.Masih terlalu banyak jurang dan lompang-lompang yang perlu diisi.


Walaubagaimanapun dalam masa yang sama, saya tumpang gembira dengan kejayaan demi kejayaan rakan2 seperjuangan yang sudahpun bergelar Dr(Phd) sejak akhir2 ini......Sejak hujung tahun 2011 lagi sehingga sekarang, berita gembira itu sering datang menjelma, kebanyakannya berjaya dengan cemerlang.Saya sendiri lulus Phd ini hanya setakat biasa2 sahaja,namun saya tetap gembira dengan pencapaian saya.Namun, teman hidup saya masih belum sampai gilirannya. Saya sentiasa mendoakan kejayaan beliau akan tiba jua, cepat atau lambat, biar Allah yang menentukan segala2nya...


Saya mendoakan yang terbaik untuk perjalanan karier saya yang masih jauh lagi. Phd sebenarnya bukan segalanya namun ia boleh dikatakan titik permulaan untuk peningkatan kredibiliti sesesorang pensyarah atau profesional dalam bidang tugas masing-masing. Phd bukan juga boleh dijadikan alasan untuk kita mendabik dada dan mengatakan bahawa kita tahu segala-galanya di dunia ini. Ilmu yang kita ada untuk mencapai kelulusan tersebut boleh diibaratkan  umpama setitis air di lautan sahaja.Moga yang terbaik dan yang terindah menjadi milik saya,teman hidup, rakan2 seperjuangan dan sesiapa sahaja yang membaca coretan ini.Insyaallah......

Monday, March 05, 2012

Sebuah buku selautan Ilmu (Bhgn 2)


Walaubagaimanapun salah satu cabaran untukmenangani bagaimana untuk menarik minat pelajar mahupun orang dewasa untukmenjadikan membaca sebagai satu budaya yang berterusan hingga ke akhir hayat?
Sebagai contoh, dalam menangani masalahmemupuk minat membaca bacaan sastera di kalangan pelajar sekolah? Perkara inidirujuk melalui laporan kajian oleh Lee(2005) bahawa; kelemahan dalam minat danperasaan fobia terhadap sastera telah menjadi penyumbang utama kepadakemerosotan skor markah dan prestasi sastera. Keadaan ini menimbulkanmasalah-masalah susulan seperti pelajar kurang memberi perhatian semasapengajaran dan pembelajaran, pasif, tidak membuat kerja rumah dan tiadainsentif untuk meningkatkan prestasi diri. Dweck (1975 dalam Lee(2005)) dalamkajiannya membuktikan bahawa pelajar perlu sedar kekurangan usaha pada dirinyasupaya dia dapat memperbaiki kelemahan pada dirinya dalam proses pembelajaran. Safiah(1979 dalam Lee(2005)) pula menegaskan kewujudan hubungan minat membaca dikalangan pelajar ada perkaitan dengan faktor pencapaian. Pelajar memerlukan kepelbagaiancabaran-cabaran intelektual. Tambahan pula mereka tidak terhad untuk memahami maksudyang tersurat, malah juga perlu memahami maksud tersirat melalui penaakulan dangerak hati. Menurut Lee(2005) lagi, hasil kajian beliau menggariskan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajarkurang meminati sastera. Pertama, pelajar kurang berminat untuk membaca dantiada kesedaran untuk membaca bahan sastera. Golongan ini leih berkecenderunganuntuk meminati bahan bacaan yang ringan dan santai, tanpa perlu menggunakanotak mereka semaksima mungkin. Kedua, sikapibubapa yang juga tidak menyedari kepentingan bahan bacaan sastera untukanak-anak. Ketiga, tiada pendedahan yang menonjol tentang kepentingan bahansastera serta kos untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan juga agak mahal.

Sementara itu, hasil dapatan kajian Kathy(1994 dalam Lee(2005)) turut membuktikan bahan bacaan sastera berbentuksantai masih kurang, maka seharusnya diwujudkan kelab membaca. Ini membolehkanpelajar boleh minat membaca dengan adanya sedikit imbuhan dengan sokongandaripada pihak berkaitan. Selain itu, kajianKathy (1994 dalam Lee(2005)) mendapati teknik bacaan yang didorongi dengansemangat yang kuat serta tiada mengenal erti jemu daripada pihak sekolah untukmenggalakkan pelajar membaca dan buku percuma diberikan kepada pelajar yangterlibat. Tambahan lagi, galakan berbentuk motivasi dalaman atau motivasi luaranperlu ada daripada pihak persekitaran iaitu pihak ibu bapa atau guru. Kajian Ina Sue (1994 dalam Lee(2005)) turut mendapati bahawa budaya membaca yangseronok timbul apabila terdapatnya galakan, pilihan bahan bacaan dan masa untukmembaca. Ini bermaksud, pelajar membaca dengan penuh minat apabila wujudnyasokongan dan galakan daripada ibu bapa dan guru.
Merujuk pula kepada kajian oleh Badusahdan Embi(2006), selain buku secara nyata, aplikasi buku elektronik untukperingkat pembelajaran dan pengajaran adalah merupakan satu pilihan bijak dan inovatifserta sesuai dengan gaya pembacaan generasi kini dalam mendapatkan maklumat.Kemajuan di dalam teknologi informasi dan komunikasi telah membawa transformasidalam kaedah dan cara pembacaan.
Tambahan lagi, hasil kajian oleh Gandhi (2001 dalam Badusah danEmbi(2006)) turut menyokong pernyataan faedah buku elektronik dimana buku elektronikjuga termasuk maklumat-maklumat digital antaranya bahan-bahan pemprosesanperkataan, surat elektronik, hiperteks atau internet. Aplikasi buku elektronik termasuklahbuku digital, komputer dan internet yang berbentuk alat bantu belajar bagitujuan pembelajaran di dalam bilik darjah pada zaman teknologi maklumat dankomunikasi. Buku elektronik merupakan salah satu lagi pilihan bagi tenagapengajar selain membawa buku teks kekuliah mahupun ke kelas.
Walaubagaimanapun, buku elektronik ataujuga boleh dikenali sebagai buku digital ini boleh serta perlu dikawal kandunganperisiannya melalui portal pembelajaran. Medium baru melalui penggunaan bukuelektronik ini mampu menarik minat serta meningkatkan motivasi membaca danmengumpulkan maklumat bagi pelajar(Gandhi 2001 dalam Badusah dan Embi(2006)).
Selain itu, buku elektronik jugaberkebolehan beroperasi tanpa wayar, mudah dan praktikal untuk digunakan; amat sesuaibagi mendapatkan maklumat dengan selesa dan pantas. Rekabentuk untuk buku elektronikberbentuk setempat memandangkan buku elektronik ini menggunakan sistem tetingkap.Sistem ini membenarkan lebih daripada satu tetingkap muncul di layar bukuelektronik tersebut.
Ini menunjukkan kepelbagaian bahanpembacaan berbentuk multimedia.Ini membolehkan capaian melalui tetingkap olehpelajar sama ada melalui aplikasi Internet atau teks digital (Godwin 2003 dalamBadusah dan Embi(2006)). Kepelbagaian kajian berkiatan hal ini membuktikan keistimewaan dan kemudahan buku elektronik inimampu meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran di bilik darjah(Becker 1994; Awbrey 1996; Bracha & Feldman 2000; Chambers dan Davies 2002dalam Badusah dan Embi(2006)).
Teknologi buku elektronik ini juga bolehdikategorikan sebagai alat bantu belajar yang baru. Memandangkan ia menggabungkanpelbagai aplikasi teknologi sebagai penyediaan persekitaran yang kaya maklumatdan sumber maklumat serta mampu beradaptasi dengan keadaan setempat. Inimerupakan satu inovasi dalam pendekatanpengajaran bahasa yang dibantu komputer. Inovasi yang dimaksudkan dalam hal iniadalah ia boleh merangkumi kepelbagaian jenis buku, majalah dan surat khabar didalam sebuah buku elektronik.
Buku elektronik boleh dideskripsikan dengankemudahan layar dan papan kekunci yang saiznya lebih kecil daripada sebuahkomputer persendirian sebagai contoh Kindle oleh Amazon(Kindle Malaysia,2011),dewasa ini. Saiz buku elektronik juga boleh menayamai saiz buku biasa. Tambahan lagi buku ini ini bersifattanpa wayar serta berfungsi menggunakan jaringan Internet mahupun rangkaiansetempat (Local Area Network) (Gandhi 2001; Godwin 2003 dalam Badusah danEmbi(2006)). Maka dengan adanya kemudahan jaringan tanpa wayar ini, pelajarlebih mudah membaca bahan yang digemarinya dengan menggunakan buku elektronik.
Walaubagaimanapun ada juga sesetengahpendapat mengatakan dengan adanya teknologi canggih melalui teknologikomunikasi ini menyebabkan manusia semakin malas. Manusia semakin malas keperpustakaan, malas untuk bersosial secara alam nyata, memandangkan kewujudanribuan laman sosial seperti Facebook dan sebagainya. Adakalanya maklumat di hujung jari tidakdiperolehi secara holistik, dan adakalanya bersifat provokasi (Johnjim, 2011).Ini menyebabkan perpecahan fahaman berlaku. Maka melalui pembacaan buku yangberkualiti tinggi dapat menangani situasi daripada terus menjadi barah dalammasyarakat. Walaubagaimanapun kecanggihan teknologi untuk kemudahan komunikasidewasa ini sebenarnya bergantung kepada seseorang individu itu sendiri. Malah,selain individu, komuniti juga memainkan peranan dalam menyumbang kepadakelakuan perkongsian pengetahuan di zaman teknologi canggih ini(Sulaiman,2010). Secara tidak langsung, ketiga-tiga faktor ,individu(personal,komuniti dan teknologi) ini ada perkaitan dalam menentukan sejauh mana sesebuahperkongsian pengetahuan berlaku(Sulaiman,2010).
Maka kepentingan buku juga tidak boleh disangkalkanlagi malah amat bermakna dalam pembangunan minda individu dan juga ketamadunan sesebuahbangsa juga. Buku dan membaca, ibarat irama dan lagu. Tanpa buku, masakanseseorang boleh membaca,manakala tanpa membaca, seseorang itu tidak bolehmeperolehi maklumat dan pengetahuan yang diperlukan. Budaya membaca perludipupuk seawal seseorang insan didalam kandungan ibu lagi. Ini mampu melahirkangenerasi yang berpengetahuan dan dapat meningkatkan lagi pembangunan sahsiahseseorang. Buku juga boleh diibaratkan sebagai senjata kepada seseorangindividu untuk mempertahankan diri.
Rujukan
Alatas,S.A.(2011),’Senyumlah’, Galeri Ilmu, PetalingJaya,Selangor.
Badusah, J. & Embi, M.A.(2006),Keberkesanan Penggunaan Buku Elektronik:Penulisan Karangan Berbentuk Deskriptif’, Jurnal Teknologi Maklumat &Multimedia, 3(2006) ,43-54

Johnjim.(2011),’ Teknologi jadikan manusia pemalas? 8 Ogos 2011 ; http://berita-harian-online.com/teknologi-jadikan-manusia-pemalas/

Hamid, H.(2010),Masadepan buku terletak pada kanak-kanak hari ini’, 28 Mac 2010; http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0328&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_12.htm
Hong, L.K.(2005),’ Pengajarandan Pembelajaran Sastera dalam Sukatan Pelajaran Pengajian Cina KDPM’ , Seminar PenyelidikanPendidikan MPBL 2005, Holiday Inn,Kuching, Sarawak.
Kedai Rakyat 1Malaysia(2012),’Utamakan kesejahteraan rakyat’, 5 Februari2012, http://www.kedairakyat1malaysia.com.my/ms/utamakan-kesejahteraan-rakyat
Mohanad,B dan Hashim,I.(2009), ’Bagaimana Memotivasi Pelajar : Teori, Konsep dan Kepentingan’, PTSPublishing Kuala Lumpur.
Mzurs(2010), ‘Kepentingan membaca’, 16 Mei 2010, http://edu4u.edublogs.org/2010/05/16/kepentingan-membaca/
Sulaiman,N.I.S(2010),The Critical Success Factors in Knowledge Sharing Behaviouramong Malaysian Undergraduate Students, Phd Thesis, The University ofSalford,Manchester
Pengurusan SumberPendidikan(2012),’i-NILAM’,5 Feb 2012, http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/faqs/214-program-nilam.html
Portal rasmiKementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2012), ‘Baucar Buku 1Malaysia’,5Februari 2012; http://www.mohe.gov.my/portal/component/content/article/34-slide-banner/535-baucar-buku-1malaysia.html

Portal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia(2011),’Bajet 2012’, 7Oktober 2011, http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub12.pdf

Zainal Abidin, N. danAyudin,M.R.(2009),’Kerjaya sebagai pensyarah:Siri Pendidikan Kerjaya, PTSPublishing,Kuala Lumpur.


Artikel@Esei ini mendapat tempat kedua di dalam Pertandingan Menulis Esei sempena Pesta Buku Utara 2012 di UUM (19hb-23hb Feb 2012) .
Alhamdulillah........