Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Friday, December 03, 2010

'Mengupas' lirik nasyid

PASRAH SEGALANYA
-orange font-lirik lagu
-red font-kupasan jujur dari aku

Pernah hati ini terguris
Seingat aku masa tahun pertama....aku selalu menerima 'kritikan' yang negatif terhadap diri dan anak2
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Orang memberi persepsi yang negatif apabila mengetahui aku dan suami belajar dgn anak2 yang masih kecil...termasuk anak2 pun ditegur...dimana saiz mereka yang agak kecil dengan umur mereka sehingga kini
Sehingga terasa diri ini hina
Aku memang terasa sedih dan lemah semangat sepanjang tahun pertama...dengan tiada famili di sisi-jauh di Malaysia
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Aku cuba meluahkan perasaan kepada yang sudi mendengar...ada yang sudi mendengar tapi hanya segelintir ..

Kutabahkan hatiku harungi hidup
Namun aku cekalkan hati dengan sokongan moral suami dan bonda tercinta di Malaysia
Biarpun tiada siapa yang menemani
Hanya suami dan anak2 lah penguat semangat ku sepanjang hidup di rantau ini
Keseorangan aku di laluan sepi
Bonda dan keluarga tersayang semuanya di Malaysia, termasuklah sahabat2 karib ku
Ditinggalkan mereka yang kupercayai
Bukanlah ditinggalkan, aku yang terpaksa meninggalkan buat sementara waktu demi sebuah perjuangan ini

Namun ku tahu ada hikmahnya
Aku cuba belajar meredhai
Setiap segala yang menimpa diri
Dengan apa yang telah ditakdirkan buat diri ini
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Setiap kali solat, padaMu lah aku mengadu
Yang berkuasa jua mencipta
Yang Maha Mendengar dan Maha Mengasihani
Kerana engkau Maha Mengetahui
Moga aku sentiasa merasakan kebergantungan terhadapMu
Segala apa yang terbuku di hati
Kerana hanya padaMu yang mengetahui segalanya

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Namun di tahun ketiga ini, aku merasakan perjuangan aku PERLU menemui titik noktahnya
Menahan dugaan yang mencabar ini
Janganlah engkau memanjangkan lagi tempoh perjuangan yang penuh dengan cabaran ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mohon padaMu agar aku dapat menamatkan perjuangan ini secepat mungkin
Mengakhiri segala yang telah kumulai
Dengan kejayaan yang dinanti2kan oleh semua pihak.....terutamanya famili tersayang
Ya Allah engkau lindungilah aku
Namun aku sedar banyak lagi ujian yang perlu ditempuh
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Kuatkanlah semangatku, Cekalkanlah hatiku
Agar tabahku menghadapi dugaan
Supaya aku 'lulus' dengan ujian2 Mu ini
Agar tidakku terhenti di pertengahan
Dan tidak pulang ke Malaysia dengan 'tangan kosong'

Kini di sini aku berdiri
Aku pasrah padamu
Bersama harapan yang tulus suci
Moga aku berjaya menggapai apa yang dijuangkan
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Semoga kejayaan milik aku dan suami
Setelah malamku berkalut benci
Setelah kami menempuhi segala keperitan hidup di rantau orang hampir 42 bulan insyaallah(sehingga Jun 2011 kelak....)

No comments: