Sometimes switch languange...mutiara hati....
Islam tidak pernah menghalang kehendak manusia, tetapi ajaran Islam membendung manusia supaya tidak melampau batas penghidupan yang akan merosakkan dirinya dan masyarakat sekelilingnya.
Berlawanan dengan sifat tamakkan kebendaan ini, Islam meraikan konsep zuhud. Namun, perlu difahami zuhud tidak bererti meninggalkan dunia secara total, tetapi bermaksud mengambil daripada dunia ini sekadar keperluan.
Zuhud bermaksud membebaskan jiwa daripada segala kemewahan dengan memilih yang lebih baik serta berusaha meninggalkan yang tidak baik. Zuhud juga bukannya memisahkan diri daripada dunia.
Akan tetapi, zuhud adalah satu pengertian membentuk seseorang supaya mempunyai pandangan jelas terhadap hidup di dunia. Kemewahan di dunia tidak menguasai hati dan diri. Seseorang itu juga tidak membenarkan kehidupan di dunia memisahkan mereka daripada taat kepada Allah .
Berkaitan zuhud, Islam juga meraikan sifat qanaah iaitu reda menerima takdir serta ketentuan Allah selepas beliau berusaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh. Seterusnya, dengan keredaan itu dia akan bebas daripada sifat keluh kesah, tetap bersyukur dan pada masa sama berusaha memperbaiki keadaan.
Rezeki dalam Islam tidak hanya merujuk kepada pemilikan harta benda semata-mata atau semua berbentuk material saja. Aspek ketenangan atau sakinah misalnya, perlu disedari sebagai rezeki dan rahmat Allah kepada hambanya.
Rezeki juga termasuk ketenangan fikiran, keselamatan hidup, hidup yang dilimpahi kasih sayang, dipercayai ramai dan tidak dihimpit hutang walaupun kehidupan tidak dalam kemewahan. Penilaian hamba disisi Allah juga tidak berdasarkan kepada bilangan, namun yang utama ialah dari segi keikhlasan dan ketakwaan.
Allah tidak hanya menguji hambanya dengan kepayahan dan kemiskinan. Ujian Allah juga boleh datang dalam bentuk kesenangan dan kekayaan.
READ MORE...ENTRY
Zuhud, qanaah sifat mulia capai kebahagiaan
Tajuk 1824 - Kisah saya di BLOG MENDELEY
3 years ago