Motivation Quotation......

Aku meminta kepada Tuhan setangkai bunga, segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu diberinya-Nya ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNYA! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan. Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka. Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.............................................

Monday, July 01, 2013

Ulasan artikel 1 dalam jurnal:Tema Sosial Media dan Web 2.0

Artikel pertama Artikel ini telah diterbitkan oleh Jurnal tempatan pada tahun 2010.Hasil penyelidikan ini adalah lebih kepada pendekatan kualitatif.Pendekatan kualitatif yang digunakan adalah berorientasikan pemerhatian berpartisipasi(participant observation) dan juga analisis kandungan(content analysis) terhadap jaringan sosial tempatan yang telah dipilih oleh penulis artikel ini.Gaya penulisan artikel ini juga mudah difahami bagi penyelidik dari Malaysia memandangkan artikel ini ditulis dalam Bahasa Melayu.Kupasan dan susun atur kertas artikel juga mempunyai susunan yang memudahkan pembaca memahami apa itu media sosial secara umumnya dan khususnya di dalam konteks Malaysia. Lima jaringan sosial yang dipilih untuk dijadikan kajian kes perbandingan adalah FriendX,eKawan,eMeimei;Arakian;Yemmz!;Ruums: dan juga Myfriends2u.Menariknya, laman jaringan sosial antarbangsa tidak dikupas secara terperinci, hanya dinyatakan kedudukan senario jaringan sosial di Malaysia sehingga November 2009.Di dalam kedudukan tersebut Facebook mendahului jumlah pelawat berbanding Friendster,MySpace,Twitter dan juga Multiply.Secara keseluruhannya artikel ini boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang mahu membuat kajian literatur apa itu media sosial dalam konteks Malaysia di peringkat awal fenomenon global jaringan sosial dalam talian ini.Artikel ini juga membincangkan sejarah laman jaringan sosial dan bagaimana penggunaan jaringan sosial dalam talian di Malaysia bermula.Seterusnya penganalisaan jaringan sosial tempatan secara keseluruhan dan juga secara spesifik kepada lima jaringan sosial tempatan dibincangkan.Keseluruhannya artikel bagus untuk penyelidik yang mahu menbuat kajian tentang sosial media. Walaubagaimanapun tidak semua rujukan yang tersenarai dalam bahagian rujukan di'cite' kan dalam artikel.

Tuesday, April 30, 2013

Ulasan buku motivasi:Bersyukurlah Kerana-Nya

Penulis meminati hasil karya penulis ini, Syed Alwi Alatas di atas kupasan dan garapan yang sangat menyeluruh dan pengolahan dari sumber yang boleh dipercayai. Buku Tarbiah Rohani hasil terbitan Galeri Ilmu ini terbahagi kepada empat bahagian setebal 328 mukasurat,iaitu Nikmat yang melimpah;Belumkah datang masa untuk bersyukur;Bagaimana bersyukur dan juga diakhiri dengan bahagian Berbahagialah mereka yang bersyukur. Untuk bahagian pertama,Syed Alwi Alatas cuba menyedarkan pembaca, bahawa nikmat yang Allah limpahkan adalah terlalu besar ertinya dan ujian kekayaan dan kesusahan semuanya adalah nikmat yang menguji kekuatan iman hambanya.Maka Syed Alwi Alatas juga cuba menyedarkan pembaca bahawa kepentingan dan signifikan mensyukuri nikmat yang Allah berikan untuk kita sama2 menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi Allah.Maka, untuk bahagian ketiga, disusuli pula dengan kisah2 bagaimana untuk mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan serta faedah2 dan kelebihan mensyukuri nikmat Allah dikupas kemas dalam bahagian terakhir. Sesungguhnya buku ini mempunyai kesinambungan daripada hasil penulisan Syed Alwi Alatas sebelum ini seperti buku 'Bila Allah Menduga Kita', 'Senyumlah', 'Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu' serta 'Mudahkan Jangan Susahkan'.Semua tajuk hasil penulisan beliau sememangnya amat sesuai dijadikan pedoman buat pembaca dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar minda dan akal manusia yang sentiasa terdedah dengan pelbagai kelemahan nafsi dan aqli.

Thursday, April 04, 2013

Ketidaksempurnaan....

Adakalanya sebagai seorang manusia kita terlalu mementingkan kesempurnaan di dalam sesuatu perkara yang kita lakukan.Walaupun kita sedia maklum, sebagai seorang manusia, kita bukanlah seorang yang maksum seperti Rasulullah S.A.W. Namun kita cenderung untuk selalu melihat ketidaksempurnaan seseorang daripada melihat kebaikan yang seseorang itu miliki.

Itulah lumrah kehidupan. Tidak pernah puas hati dengan apa yang ada.Mengkritik untuk tujuan penambahbaikan prestasi individu mahupun organisasi adalah amat dialu-alukan, namun jika ia hanya sebagai kata-kata pembunuh semangat, ia hanyalah sesuatu perkara yang sepatutnya tidak berlaku.

Perjalanan hidup ini sebenarnya bukanlah sentiasa lurus dan sentiasa sempurna, ujian dan gelombang kehidupan yang adakalanya di atas dan adakalanya di bawah sebenarnya menguji kesabaran dan kematangan diri seseorang dalam menjalani kehidupan sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi ini.

Moga kita semua diberi kekuatan dan inayahNya untuk terus sama-sama berazam meningkatkan kemandirian diri dan prestasi tanpa ada unsur dengki-mendengki.Wallahualam.

Saturday, March 30, 2013

Ulasan novel remaja:'Bila blogger menjadi maid'

Sebuah novel yang agak unik di mana penulis novel ini cuba mengenengahkan bahawa menjadi blogger juga berpeluang menjadi insan yang dikenali seumpama selebriti.Watak utama di dalam novel ini merupakan graduan universiti tempatan yang tidak kisah untuk memulakan kerjayanya sebagai maid.Seterusnya beliau menemui jodohnya  secara tidak sengaja dengan anak majikannya, lulusan dari universiti luar negara dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam empayar perniagaan keluarganya.Pelbagai peristiwa pahit manis yang menguji kesabaran, kesetiaan, kecekalan seorang wanita yang masih muda.Perkahwinan yang pada mulanya mempunyai kontrak tempoh tertentu akhirnya bertukar menjadi perkahwinan yang benar-benar bahagia setelah melalui pelbagai ujian dan cabaran.Suatu kisah yang santai tetapi sarat dengan mesej dan teladan untuk pembaca dan ada di antara permasalahan dan konflik yang digarapkan dalam novel ini boleh dijadikan panduan buat wanita dan remaja terutamanya.Satu permulaan yang menarik buat penulis novel ini dan diharapkan beliau akan terus menulis novel2 yang santai tetapi penuh makna serta penuh dengan pengajaran dan teladan.

Monday, March 11, 2013

BERUSAHA MEMPERKASA MAHASISWA






“Pertemuan Persidangan Meja Bulat kali Pertama MPUI-Universiti ini adalah membincangkan beberapa agenda penting dalam usaha membangunkan modal insan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara”
“Selain itu untuk mendapatkan resolusi yang berkisar Kepada Pembangunan Modal Insan, Kebolehpasaran Graduan, Graduan Usahawanan, pemantapan Kurikulum Universiti serta resolusi bagi memantapkan lagi hubungan akademia-industri,” ujar Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal PElajar)dalam perasmiannya di majlis tersebut.
Tambahnya lagi keputusan universiti mewajibkan latihan praktikum kepada pelajar tahun akhir adalah tepat kerana pelajar dapat mengaplikasikan antara teori dan praktis selain industri dapat menyerlahkan potensi dan bakat yang ada pada mahasiswa universiti.Beliau berharap persidangan ini mampu memberi hasil yang terbaik bagi membantu universiti dan warganya untuk memacu pertumbuhan negara, ujar beliau lagi.

Hasrat pihak pengurusan universiti itu turut disambut baik oleh wakil Industri Tan Chong Education Services Sdn Bhd yang mengambil slot dalam sesi perkongsian knowledge sharing: graduate entrepeneurship menyatakan empat kriteria utama perlu ada dalam diri setiap graduan meliputi pengetahuan, keyakinan diri, sikap dan kemahiran untuk memasarkan diri mereka dalam dunia kerjaya.
ADAPTASI DAN IHSAN DARIPADA:

 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT UUM



Tuesday, February 26, 2013

Introduce my other sites

Alhamdulillah, akhirnya selain blogs 'pencetus idea' ini dan blog famili 'sumber inspirasi;, penulis telah berjaya  menghasilkan satu lagi site yang lebih akademik untuk 'promosi keupayaan diri' yang ada untuk membantu dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang seadanya ini.Boleh layari ke Intan's google site.

Wednesday, January 30, 2013

Bersama CEO SME Corp

She was so energetic woman...adore her commitment.....no wonder she was CEO...may allah bless her

Penulis berpeluang mendengar 'perkongsian maklumat' oleh CEO SME Corp sewaktu urusan rasmi(Bengkel Kepimpinan Duta Universiti) di AKEPT minggu lepas. Gaya penyampaian beliau sememangnya dikagumi dan seharusnya boleh menyuntik semangat keapda semua duta universiti yang terlibat.

Gambar di atas...penulis bersama CEO SME Corp, Dato' Hafsah Hashim serta mentor2 merangkap rakan2 setugas.....  

Monday, January 14, 2013

Refleksi entri 2 Dis 2012-Tercapaikah malamat atau tersasar daripada sasaran ???

1- Siapkan jurnal  bersama Dr Maria Burke Univ of Salford yang sepatutnya hantar 15 Okt lepas...INTAN BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!sasaran tarikh 31hb Dis 2012- ALHAMDULILLAH DAH HANTAR SEBENARNYA PADA 15 DIS 2012 NAMUN DI'REJECT' SEHARI SELEPAS HANYA KERANA TEMA KERTAS JURNAL SUDAH TERLALU BANYAK, MASIH MENCARI KEKUATAN UNTUK MENGHANTAR SEMULA KE JURNAL LAIN....TERIMA KASIH KEPADA EDITOR JURNAL TERSEBUT YANG SANGAT EFISIEN

2- Siapkan jurnal bersama Dr Nazean UM sebelum 15hb Dis ini -DAH HANTAR KEPADA DR NAZEAN SEBAGAI FIRST DRAFT YANG SANGAT 'LOUSY' UNTUK SEMENTARA WAKTU DAN AKAN MENCARI WAKTU UNTUK FINALISE DENGAN BELIAU....DALAM BULAN JANUARI 2013 INI INSYAALLAH
3-Hantar draft laporan penyelidkan PPA sebelum 19 Dis ini -ALHAMDULILLAH DAH HANTAR PADA TARIKH YANG DISASARKAN DAN MASIH MENUNGGU RESPON DARIPADA PIHAK HEP SEMENTARA ITU, MENSASARKAN UNTUK LAKUKAN PEMURNIAN BAHAGIAN RUJUKAN LAPORAN

4-Siapkan soalan ujian subjek QIT5023 sebelum 23hb Dis ini.-ALHAMDULILLAH SELESAI KURSUS INI DAN AKAN 'SUBMIT' MARKAH KERJA KURSUS TIDAK LAMA LAGI

5- Pastikan kerja pengemaskinian website akan mencapai sasaran 75% sebelum 31hb Dis- Tugasan ini memerlukan kerjasama daripada ramai pihak, baik samada AJK penulis, consultant 'programmer' dan semua warga SQS ........kalau tidak mencapai sasaran, kesalahan sepatutnya tidak patut ditunding ke atas bahu penulis 100%...-ALHAMDULILLAH KERJA2 INI AKAN BERALIH KEPIMPINAN BARU JK WEBSITE...WALAUBAGAIMANAPUN PENULIS MASIH MENYELESAIKAN KERJA2 YANG TERSISA SEMENTARA PENGERUSI BARU MENGAMBIL ALIH....

6-Siapkan semak tugasan2 pelajar yang hanya 6 orang...tambah pelajar subjek gantian....11 orang..
SELESAI PADA MASANYA

7.Perancangan pengemaskinian draft buku bertajuk ''pengalaman peribadi phd...catatan menguji kematangan diri...; satu titik permulaan perjalanan seorang akademia yang sederhana dalam semua aspek kehidupan'.....(sasaran tahun diterbitkan tahun 2013...wallahualam...paling awal, paling lewat 2014)
- MASIH DALAM PROSES...ADAKALANYA RASA SEAKAN MUSTAHIL DAPAT DISIAPKAN DALAM TAHUN INI,APAPUN BERUSAHA DAN BERTAWAKAL KEPADA YANG MAHA ESA...

4 CABARAN YANG TELAH DINYATAKAN DALAM ENTRI TERSEBUT/DIBAWAH JUGA PERLU ADA PERANCANGAN STRATEGIKNYA YANG TERSENIDIRI DAN TIDAK BOLEH DIBIARKAN IANYA BERLALU TANPA PERANCANGAN YANG RAPI....
[ 1-Siapkan 1 penyelidikan geran Universiti
2-Pastikan geran2 KPT(FRGS,ERGS,RAGS]) mengikut perancangan dan ada alternatif2 gerakerjanya tersendiri ..

3-Penyeliaan pelajar sarjana dan Phd-moga aku dan pelajar2 diberi kekuatan olehNya....
wallahualam
4-Penulisan buku dan kelestarian penulisan blog ini SERTA penulisan ulasan karya seperti ulasan BUKU/ARTIKEL DALAM MAJALAH,ulasan RENCANA dan juga ulasan ARTIKEL dalam JURNAL.....satu suku tahun satu jenis....maka penulis sasarkan empat ulasan KARYA..]

Wednesday, January 09, 2013

anda adalah apa yang anda fikirkan....

Biasanya kita sukar nak mengaku kita hebat di depan orang lain kecuali pada diri kita sendiri.....namun kita risau kemungkinan apabila kita bercakap kepada diri sendiri akan hadir sifat riyak mahupun ujub dan sebagainya.Namun untuk menaikkan semangat dan motivasi yang boleh membantu kita meneruskan kehidupan ...seharusnya kita perlulah sentiasa berfikiran positif namun tidak keterlaluan untuk meletakkan diri kita terlalu ke dasar lautan mahupun tinggi melangit....bagi penulis...sejujurnya memadai setakat di ufuk timur mahupun permukaan lautan .Selalulah melihat ke lautan yang mana seluas2 lautan  bolehlah di samakan seluas2nya ilmu pengetahuan yang ada di muka bumi Allah ini.Maka ilmu yang kita miliki ini hanyalah setitis dari air lautan dan kita seharusnya  perlu sentiasa mencari ilmu baru dan tidak harus mendabik dada mengatakan aku tahu aku tahu ini..semuanya aku tahu.....bertawaduklah dan sentiasa  meletakkan pergantungan diri kita kepada yang Maha Esa...bukannya kepada manusia semata-mata....

Sunday, December 16, 2012

Sunday, December 02, 2012

Sudah lama tiada coretan....

Sudah lebih dua bulan penulis tidak ada coretan mahupun catatan pengalaman yang boleh dikongsikan bersama...bukan tidak sudi, namun pengurusan masa yang masih belum efisien membataskan perkongsian pengalaman ataupun informasi ....

Selama hampir dua bulan tidak ada catatan akademia ini, tidak bermakna penulis duduk melepak tidak buat kerja langsung atau  banyak 'mengulor'...namun, seperti mana yang dicoretkan tadi......tugas2 yang diamanahkan kepada penulis sebenarnya boleh disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan tapi selalunya ada penangguhan tarikh dek pengurusan masa yang terhad dan kurang berkesan.....MAKA  dengan SEJUJURNYA penulis mahu senaraikan tugas2 yang tertangguh dek kerana kelemahan pengurusan masa penulis sendiri NAMUN penulis perlu mempunyai KEAZAMAN YANG TINGGI untuk menyelesaikan kerja2 tertangguh ini  sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya......

1- Siapkan jurnal  bersama Dr Maria Burke Univ of Salford yang sepatutnya hantar 15 Okt lepas...INTAN BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!sasaran tarikh 31hb Dis 2012
2- Siapkan jurnal bersama Dr Nazean UM sebelum 15hb Dis ini
3-Hantar draft laporan penyelidkan PPA sebelum 19 Dis ini
4-Siapkan soalan ujian subjek QIT5023 sebelum 23hb Dis ini.
5- Pastikan kerja pengemaskinian website akan mencapai sasaran 75% sebelum 31hb Dis- Tugasan ini memerlukan kerjasama daripada ramai pihak, baik samada AJK penulis, consultant 'programmer' dan semua warga SQS ........kalau tidak mencapai sasaran, kesalahan sepatutnya tidak patut ditunding ke atas bahu penulis 100%...
6-Siapkan semak tugasan2 pelajar yang hanya 6 orang...tambah pelajar subjek gantian....11 orang..
7.Perancangan pengemaskinian draft buku bertajuk ''pengalaman peribadi phd...catatan menguji kematangan diri...; satu titik permulaan perjalanan seorang akademia yang sederhana dalam semua aspek kehidupan'.....(sasaran tahun diterbitkan tahun 2013...wallahualam...paling awal, paling lewat 2014)

SEKALI LAGI DITEGASKAN..... ini tidak termasuk tugas2 menghadiri mesyuarat,perjumpaan, bengkel,seminar dan lain2 yang tidak pernah disasarkan sebelum menjelang akhir tahun 2012...Doakan moga penulis berjaya menyempurnakan sasaran2 diatas.....Sasaran no.7 hanyalah perancangan buku dahulu..... hasilnya belum lagi.....insyallah......semuanya hanya bermula dengan perancangan. 

CABARAN(sebenarnya KPI tapi penulis tidak gemar guna istilah KPI....) TAHUN 2013:
1-Siapkan 1 penyelidikan geran Universiti
2-Pastikan geran2 KPT(FRGS,ERGS,[UA,PA,KTP-bwh CUIC]) mengikut perancangan dan ada alternatif2 gerakerjanya tersendiri ...nama2 terperinci......entri akan datang...apabila tiba masa yang sesuai....
3-Penyeliaan pelajar sarjana dan Phd-moga aku dan pelajar2 diberi kekuatan olehNya....
4-Penulisan buku dan kelestarian penulisan blog ini SERTA penulisan ulasan karya seperti ulasan BUKU/ARTIKEL DALAM MAJALAH,ulasan RENCANA dan juga ulasan ARTIKEL dalam JURNAL.....satu suku tahun satu jenis....maka penulis sasarkan empat ulasan KARYA...

Ameeeeen......................

Azam untuk keluarga- insyaallah...mungkinkah ada penambahan ahli????...Hanya Allah yang mengetahui segala perancangan hambanya yang lemah ini..... 



Segala yang baik adalah dari Maha kuasa...segala yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri sendiri.....




Monday, October 01, 2012

'Content Analysis' lagu Memandang Awan [Siri III]

Pada sang mentari Yang sering menjadi saksi Akan segala rahsia cinta Malam yang berbintang Yang beralih sendiri Menanti dinihari kembali Rangkap ini cuba mendeskripsikan kekuasaan penciptaNya yang tidak pernah berhenti melaksanakan tanggungjawab yang telah diatur Bagai arus yang mencari Penghujung buat ku pasti Hamba yang menyerah cinta Kepada yang ingin dicinta i>Sebenarnya insan yang dimaksudkan ini masih tercari-cari hala tuju dalam kehidupan yang semakin mencabar, namun ini tidak mematahkan semangat untuk beliau terus melayari kehidupan Ku akan terus berlari Mengejar awan yang pergi Di selangit seribu mimpi Saat ini, bertemu diriku dalam rangkap ini, pula menguatkan lagi penceritaan insan dalam bait2 lirik ini sentiasa tidak putus asa walaupun banyak ujian dan dugaan mahupun hal2 yang menguji kesabaran; sentiasa memandang dari sudut positif untuk segala yang berlaku terhadap dirinya... Hujankan diriku Dengan sentuhan jiwa Biar menjadi kasih abadi Dalam masa yang sama dia perlukan sokongan dari sekeliling samda keluarga,rakan2 mahupun masyarakat... Bagai arus yang mencari Penghujung buat ku pasti Hamba yang menyerah cinta Kepada yang ingin dicinta -sda- Ku akan terus berlari Mengejar awan yang pergi Di selangit seribu mimpi Saat ini, bertemu diriku -sda- Heyyh, sering kali ku terleka Wajah indah didepan mata Lidah kelu untuk bicara Kini bila kau tiada Tak terungkap rasa kecewa Nafas ku bergetar memandang ke awan Dalam rangkap ini, insan yang menjadi pendorong utama mungkin telah tiada mahupun meninggalkan insan dalam bait2 ini, mungkin kekentalan dia sedikit tergoya Ku akan terus berlari Mengejar awan yang pergi Di selangit seribu mimpi Saat ini, bertemu diriku [2x] -sda- Bertemu diriku Bertemu diriku sentiasalah bermuhasabah diri...wallahualam

Monday, August 27, 2012

Kursus di bulan Ramadhan......

Sudah lama penulis tidak berkongsi cerita sementelahan masa yang sentiasa tidak mencukupi bagi penulis yang selalu ada simptom PMS('penyakit malas sedia') NAMUN, penulis sedar PMS ini tidak boleh dilayan keterlaluan sangat dek kerana kerja2 yang banyak masih belum terlaksana yang menunggu untuk dilunaskan.... Untuk kali ini, penulis mahu berkongsi lokasi berkursus anjuran kementerian pengajian tinggi, di penghujung bulan ramadhan yang lalu.Nampak agak membebankan,namun pengalaman melihat perkembangan pelajar universiti yang berdedikasi menghadiri sesi latihan penulis sewaktu menghadiri sesi2 'latihan',sangat tidak ternilai harganya.Insyaallah jika ada peluang lagi, penulis mungkin sampai di sini lagi(AKEPT,Bandar Enstek,Nilai).... maklumat dan gambar duta universiti selanjutnya, boleh ke laman blogs ini



Dewan makan ala2 coffe house
Surau ala2 masjid

Blok penginapan dari jauh....

Tempat penginapan blok perempuan 'ala2 Hotel Seri Malaysia'

Budak kecil yang sentiasa menemani mama@penulis ke mana sahaja penulis pergi dek masih menyusu badan.

Untuk sekian kalinya 'outstation' kali ini, ada yang tak dapat ikut......pengorbanan yang sukar namun harus ditempuh....

Friday, July 20, 2012

Moga kejayaan ini menjadi pembakar semangat .......

Buat yang masih berjuang.....

 bersama penyelia kedua, Dr Helen Richardson
bersama kedua-dua penyelia, dan juga baby phd penulis.......

bersama penyelia utama, Dr Maria Burke....sangat teruja bertemu penulis....insyaallah masih dalam proses untuk berkolaborasi membuat penyelidikan bersama beliau....

Monday, July 02, 2012

Sepatutnya....

Cari yang mana satu nama penulis....

Insyaallah mudah2an saat yang diimpikan bagi penulis yang ditangguhkan dari 2011 akan menjadi kenyataan untuk tahun ini, 2012...Amin.............Biarlah orang kata penulis gila menghabiskan duit, membazir waktu sebabnya bukan dekat, namun hanya jauhari yang mengenal manikam.Doakan kami sekeluarga selamat pergi dan selamat pulang......Bukan esok.....dua minggu lagi dari sekarang.......